You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6


TAHUN 2015

TAJUK PROGRAM : PERJUMPAAN IBU BAPA

TARIKH : 26 JUN 2015

MASA : 2.30 PETANG – 3.15 PETANG

TEMPAT : BILIK PEMULIHAN


SK LA SALLE (1) SENTUL

SASARAN : SEMUA MURID LINUS DAN PEMULIHAN

OBJEKTIF :

1. Memberi pendedahan bagaimana program LINUS dan pemulihan dijalankan kepada ibu bapa /
penjaga murid.
2. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada ibu bapa / penjaga murid tentang 12 konstruk
literasi dan numerasi.
3. Menyediakan platform dan medium kepada ibu bapa / penjaga dan guru berbincang tentang
prestasi akademik murid.
4. Menyediakan platform dan medium kepada sekolah untuk menyatakan dan menjelaskan
harapan pihak sekolah kepada murid-murid LINUS dan pemulihan.

ATUCARA PROGRAM :

2.30 ptg : Ketibaan ib bapa / penjaga


2.40 ptg : Taklimat kepada ibu bapa / penjaga
Disampaikan oleh Pn. Nor Azizah Mohd Lazim (GPK HEM)
2.55 ptg : Perjumpaan dan perbincangan dengan Guru Pemulihan dan Guru-guru LINUS

MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI :

Ibu bapa / penjaga tidak hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, taklimat tidak dapat
dijalankan secara serentak. Taklimat telah diadakan dalam kumpulan yang kecil. Untuk memudahkan,
ibu bapa / penjaga telah diberi salinan paparan power point dan helaian 12 konstruk literasi dan
numerasi.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, objektif yang ditetapkan untuk program ini teRcapai. Dari sesi taklimat dan
perbincangan yang diadakan, dapat dilihat kefahaman di kalangan ibu bapa tentang persediaan tahun 6.
Sesi soal jawab yang aktif di kalangan ibu bapa menandakan bahawa ibu bapa / penjaga telah sedar
bahawa perjumpaan tahun 6 ini banyak membantu dalam peningkatan prestasi akdemik anak mereka.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh,

…………..........……….. Tarikh : ...................................


(PN. NOR DIANA BINTI ARZAN)
Guru Bahasa Inggeri Tahun 6
SK La Salle (1) Sentul

Disahkan oleh,
…………..........……….. Tarikh : ...................................
(EN. BASCARAN A/L ARUMUGAM)
Guru Besar
SK La Salle (1) Sentul
MINGGU BAHASA ARAB S.K TAMAN MELATI 2011

You might also like