You are on page 1of 4

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15(2017)

1.0 : TUJUAN

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim
antara ibu bapa dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program seperti ini dapat
melahirkan sekolah yang cemerlang dan memberi faedah kepada semua pihak.

2.0 : PENGENALAN

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program
yang dijalankan bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap
tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan
penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-15 ini telah dilaksanakan pada
11 Februari 2017 yang telah dirasmikan En. Mohamad Hidayat Bin Mahmud, YDP PIBG SMK
USJ 23. Kehadiran ibu bapa pula adalah memuaskan.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk
menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak-anak. Cadangan tindakan susulan
diberikan sebagai garis panduan kepada ibu bapa untuk menambahbaik dalam bidang-bidang
tertentu. Sebenarnya ibu bapa telah melakukan pelbagai usaha mengikut kemampuan masing-
masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi
kesan yang lebih besar.

Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akan
dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan juga
sekolah.

3.0 : MISI

Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai segi bagi
membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid
dalam kebajikan dan kemajuan pelajaran anak-anak selaras dengan dasar kerajaan melalui
pengenalan Sarana Ibu Bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

4.0 : MATLAMAT

Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.

Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di


sekolah.
Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah
dan masyarakat setempat.

Meningkatkan keceriaan sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi
menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

5.0 : OBJEKTIF

Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6
elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.

6.0 : ANJURAN

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, Selangor.

8.0 : TARIKH : 11 Februari 2017

9.0 : MASA : 8.00 pagi

10.0 : TEMPAT : Dataran Warisan SMK USJ 23

11.0 : PENGLIBATAN

a. Jumlah peserta : 267 orang

i. Ibu bapa/ penjaga : 196 orang

ii. Jumlah guru : 71 orang

12.0 : STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA

- (rujuk lampiran)

13.0 : TENTATIF/ ATURCARA PROGRAM

- (rujuk lampiran : Buku Program)

14.0 : PERINCIAN PROGRAM


8.00 Pagi – : Pagi Ketibaan dan pendaftaran para Ibu bapa/ penjaga/ guru
8.30 Pagi

8.30 Pagi : Ketibaan YDP PIBG

8.35 Pagi : Bacaan Doa

8.45 Pagi : Ucapan Pengetua SMK USJ 23(Pn. Rosliyah Binti Samiun)
9.15 Pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK USJ 23 Sesi 2016 / 2017
(En. Mohamad Hidayat Bin Mahmud)

9.35 Pagi : Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan AJK PIBG sesi 2016/2017

9.55 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 dimulakan :


- Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2016/2017
- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi
2016/2017
- Perbincangan Perkara-perkara Berbangkit
- Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2016/2017
- Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Sesi 2016/2017
- Perbincangan Usul/Cadangan
- Pembubaran AJK PIBG SMK USJ 23 Sesi 2016 / 2017
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pelantikan AJK PIBG SMK USJ 23 Sesi 2017/2018
- Ucapan Salam Perkenalan YDP PIBG Sesi 2017/ 2018
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG Sesi 2017/2018

15.0 : BELANJAWAN / ANGGARAN PERUNTUKAN

Sumber Perbelanjaan : PIBG

1) Makan minum AJK PIBG : RM96.00

3) Buku aturcara : RM752.40

4) Mengubah suai Banner : RM40.00

5) Cenderamata Perasmi : RM50.00

6) Sijil Kosong : RM11.80

7) Backdrop : RM97.20

JUMLAH KESELURUHAN : RM1047.40

16.0 : PENCAPAIAN

16.1: Pelaporan Perlaksanaan 6 Elemen yang Menyokong Pembelajaran

(Borang A,B : Rujuk Fail SARANA)

16.2: Pelaporan Kehadiran Ahli-Ahli Program (Lampiran)


16.3: Pelaporan Bergambar (Lampiran)

17.0 : PENUTUP / SYOR

Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini sedikit sebanyak dapat dijadikan landasan
oleh ibu bapa yang mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan
berbeza-beza, untuk menjadikannya sebagai panduan untuk mengatasi cabaran dalam mendidik
anak-anak. Namun demikian, setiap suatu usaha yang diambil oleh ibu bapa untuk terlibat lebih
mendalam dengan pembelajaran anak di rumah sangatlah diharapkan. Apabila anak-anak
mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai
pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. Kerjasama erat antara pihak sekolah dan
ibu bapa diharap dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh ,

……………………….
(PN. RASMUNA BINTI ARIFFIN)
SETIAUSAHA PIBG
SMK USJ 23

You might also like