You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

( KPI) KEY PERFORMANCE INDICATORS MURID UPSR BERSAMA IBU BAPA

1.0 PENGENALAN

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid Tahun 6
khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing masing dengan meletakkan suatu
target bagi setiap mata pelajaran peperiksaan awam (UPSR 2017) yang akan diduduki tahun
ini. Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama sama
murid Tahun 6 berupaya merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama
pihak sekolah secara tidak langsung dapat menentukan target setiap mata pelajaran utama di
sekolah.

2.0 RASIONAL
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada
penyelesaian masalah pembelajaran murid.
Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak
anak.
Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh
kepada program sekolah.
Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik.

3.0 OBJEKTIF
Meningkatkan peratus keseluruhan UPSR SK. St. Edmund.
Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 6A di dalam UPSR 2017.
Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memantau
pembelajaran anak anak semasa berada di sekolah.
Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan
dan harmonis.
Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung prestasi murid
Tahun 6 berjalan lancar.
Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa dan guru.

4.0 SASARAN
Ibu bapa dan semua murid Tahun 6 seramai 90 orang.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 09 Februari 2017
Masa : 8.00 a.m 10.00 pagi
Tempat : Dewan Menunggu SK St. Edmund
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Laurentius Thomas ( Guru Besar )
Naib Pengerusi I : Dyg. Mariam Bt. Awang Lair ( PK Kurikulum )
Naib Pengerusi II : Busak Sia ( PK HEM )
Setiausaha : Bibi Brahim ( S/U Peperiksaan )
Naib Setiausaha : Habibah Undak ( Guru Tahun 6 )
Penyelaras : Uji Anak Midin (Guru Bimbingan )
AJK : Semua guru Tahun 6

AJK Pelaksana

Pengacara Majlis : Hajah Habibah Binti Undak


Hiasan Pentas & Backdrop : Matassan Sapar
Hajah Sopiah Bt. Abdul Karim
Siaraya : Hj. Awang Zainalabidin Bin Usop
Bacaan Doa : Ustaz Mohd Ali Bin Rejab
AJK Makanan & Minuman : Masdimah Matderis
Halizah Bt. Abdul Hamid
Penyusunan Kerusi di dewan : Busak Sia, Wong Yi Sze
Pendaftaran Ibu Bapa : Cathelysia Laura Piri (6K)
Hjh Sopiah Bt Abdul Karim (6B)
Radiah Ubing (6M)
Pendaftaran Borang UPSR : Bibi Brahim

7.0 TENTATIF PROGRAM


8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa & murid Tahun 6
Ibu bapa & guru mengambil tempat dan duduk
Ucapan Pengerusi
Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Ali Bin Md Rejab
Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
Ikrar Aku Janji Murid Tahun 6
Sesi Pemuafakatan
- Perjumpaan Ibu bapa dengan guru mata pelajaran & Penetapan
Target
- Menandatangani Surat Akur Janji/ Penetapan Target
- Pendaftaran borang UPSR

10.00 pagi Majlis Bersurai / Jamuan Ringan

8.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga seunit RM


1. Kuih muih 270 biji 0.40 108.00
2. Air mineral 4 kotak 10.00 40.00
Jumlah keseluruhan 148.00
9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan duit PIBG

10.0 PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian
murid Tahun 6 SK St. Edmund dalam mencapai target yang diingini dan mencapai sasaran
sekolah selaras dengan misi dan visi ingin menjadikan SK St. Edmund cemerlang menjelang
tahun 2017.

You might also like