You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMUNO TERINGAI DARAT

KOTA MARUDU

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2017

SK TEMUNO TERINGAI DARAT, KOTA MARUDU

TARIKH:

13 JULAI 2017 (RABU)


TEMPAT:

KELAS TAHUN 6 SK TEMUNO TERINGAI DARAT

ANJURAN:

PENTADBIR DAN GURU-GURU TAHUN 6

SK TEMUNO TERINGAI DARAT

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa murid-murid menjelang UPSR agar lebih
bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini:
Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran SK TEMUNO Teringai
Darat untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada murid-murid di
samping meningkatkan semangat untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam UPSR 2017.

2.0 PENGENALAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar di Tahun 6
sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun
di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu
Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris Writing dan Bahasa Inggeris grammar.
Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka program motivasi
perlu diadakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Afektif:
Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada murid Tahun 6 untuk memberikan
kesedaran bahawa kecermerlangan dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

3.2 Kognitif:
Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi
peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.

3.3 Psikomotor:
Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui
penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

4.0 TEMA
“KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

5.0 ANJURAN
Pentadbir sekolah dan guru-guru tahun 6 SK TEMUNO Teringai Darat

6.0 PERASMI
Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah:
Perasmian Pembukaan oleh Tuan George Elang (Guru Besar SK TEMUNO Teringai Darat)

7.0 TARIKH
Program ini diadakan pada 13 Julai 2017 bersamaan hari rabu.

8.0 TEMPAT PROGRAM


Tempat Program : Kelas tahun 6 SK TEMUNO Teringai Darat
9.0 SASARAN
Murid Tahun 6 SK TEMUNO Teringai Darat

10.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

10.1 Bina kertas kerja


10.2 Perbincangan bersama Jawatan Kuasa Kerja
10.3 Perlaksanaan program
10.4 ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
10.5 Hantar laporan ke pejabat.

11.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

11.1 Guru Besar SK TEMUNO Teringai Darat


11.2 YDP PIBG SK TEMUNO Teringai Darat
11.2 Guru-Guru Tahun 6
11.3 Guru-Guru yang terlibat

Masa Perkara Tindakan


Urusetia program
12:30 ptg Pendaftaran

1.00 ptg Taklimat Kem / Urusetia Penyelaras Program


Guru Tahun 6
1.:30 ptg Ice Breaking
- Matlamat
- Nikmat Jarang Disyukuri
PK HEM
2:30 ptg LDK 1
- Radio Rosak
- Nak Tak?
- Fantasi Kejayaan

Asrama Pride SK
3:30 ptg Rehat TEMUNO Teringai Darat

Guru Tahun 6
4.00 ptg LDK 2
- Kenali Diri
- Kekuatan dan Kelemahan Diri
Guru Tahun 6
4.30 ptg Ceramah Motivasi
“Wake Up and Make Your Dream
Come True)

Warden Asrama
5:30 ptg Bersurai
12.0 TENTATIF PROGRAM

12.1 Tentatif Program Motivasi kecemerlangan

13.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat
En. George Elang (GURU BESAR)

Pengarah Program
En. Edwin bin Peter (PK 1)

Timbalan Pengarah
En. Baitin bin Pelang (PK HEM)

Setiausaha Program
Cik Quenstina Usop

Bendahari Program
Pn. Masly
Ahli-Ahli Jawatankuasa:

Persiapan Tempat :

Laporan Program : En. Malim

Pengacara Majlis : En. Matdin

Juru Foto : En. Larry Leong

Sijil dan buku program :

Makanan : En. Kenneth

14.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

Sumber kewangan dikenakan kepada peserta sebanyak RM

Perbelanjaan
Makanan & Minuman 50 x RM3.00 x 1 hari RM 150.00
Peralatan LDK (fail, kad manila, filem,dll) RM 200.00
Cenderhati Penceramah ` RM 150.00
---------------
JUMLAH RM 500.00
---------------

15.0 PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu
memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang
kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua
pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui
tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan
berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan
dalam peperiksaan.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

........................................... ......................................
( QUENSTINA USOP ) ( GEORGE ELANG )
Setiausaha Guru Besar
Program Motivasi Kecemerlangan Upsr SK TEMUNO Teringai Darat
SK TEMUNO Teringai Darat

You might also like