You are on page 1of 14

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) KALI KE - 12


SEKOLAH KEBANGSAAN KIARAMAS
PERSIARAN DUTAMAS, 50480 KUALA LUMPUR
Tarikh

7 Mac 2015

Hari

Sabtu

Masa

8.00 pagi

Tempat

Dewan Terbuka SK Kiaramas

1. Ucapan Y. Brs YDP PIBG

1.1

Y. Brs YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang
kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir pada Mesyuarat Agung kali ini.

1.2

Beliau menerangkan peraturan dalam mesyuarat agung bahawa ibubapa


yang hadir pada mesyuarat yang lepas sahaja boleh menjadi pencadang dan
menyokong untuk minit mesyuarat yang lepas.

1.3

Y. Brs YDP PIBG menyatakan bahawa semua usul akan hanya dibahaskan
sekiranya pengusul hadir pada mesyuarat hari ini, sekiranya tidak hadir usul
dikira batal.

2.

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke


Sepuluh

Dibentangkan oleh Setiausaha kehormat PIBG.


Pencadang : En. Muhammad Saufi bin Mohamad Saleh
Disokong

3.

: En. Ahmad Zamri bin Warlan

Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Mengikut Biro PIBG 2014/2015

Dibentangkan oleh Setiausaha kehormat PIBG.


3.1
En. Muhammad Saufi bin Mohamad Saleh mengajukan soalan tentang
sewaan padang. Cik Norhaiyune binti Abu Bakar menjelaskan bahawa sebenarnya
bukan sewaan tetapi sumbangan . Beliau mencadangkan agar tambahan fasiliti
padang dan sewaan terbuka kepada awam dengan dapat menjana pendapatan
PIBG.

3.2
Y. Brs YDP PIBG memaklumkan bahawa padang sekolah digunakan pada hari
Ahad dan mendapat sumbangan daripada orang negara Korea. Sumbangan tersebut
dimasukkan di dalam akaun sekolah bukan akaun PIBG.

4.

Laporan Kewangan

4.1
Cik Norhaiyune binti Abu Bakar selaku Bendahari PIBG Sesi 2013/14 telah
membentangkan laporan kewangan bagi tempoh 1 Januari 2014 dan berakhir
sehingga 31 Disember 2014.
Pencadang : En. Nazim bin Abd Aziz
Disokong

5.

: En. Mohd Nazli bin Mohd Taib

Perkara Berbangkit
Tiada.

6.

Membahaskan Usul

6.1

Usul Pertama

Membuat program motivasi BEST BELAJAR supaya dapat meningkatkan


kesedaran dan rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
(Pn. Siti Khadijah binti Abd Rashid)

Program motivasi untuk calon UPSR


(Pn. Nor Khamisah binti Yussof)

Menyarankan pihak sekolah melaksanakan program persediaan untuk murid


tahun 5 menghadapi peperiksaan tahun 6.
(Pn. Halimah binti Sugiman)

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) memaklumkan
program tersebut bukan sahaja sesuai untuk murid tahun 6 tetapi untuk semua
murid. Cadangan yang dikemukakan baik dan boleh dipertimbangkan. Maklumat
lanjut beliau meminta Pn. Khadijah binti Abd Rashid untuk hadir berbincang dengan
pihak sekolah bagi pengurusan program. Progaram tersebut dibawah kendalian Unit
Bimbingan Dan Kaunseling serta guru-guru tahun 6.
6.2

Usul Kedua:
Baju sukan berlengan panjang untuk murid peremPn..
(Pn. Nor Khamisah binti Yusoff)

Maklum Balas Usul


En. Mohd. Khairani bin Hassan (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) menjelaskan
bahawa beliau telah berjumpa dengan pengusaha kedai buku sekolah dan maklum
balas yang diberikan kedai buku sekolah akan ada longgokan stok baju yang
merugikan mereka. Oleh itu, guru kelas bertanggungjawab untuk mengambil
pesanan ukuran saiz baju murid agar masalah yang dinyatakan tidak berlaku.
Namun harga bagi baju berlengan panjang mungkin akan lebih sedikit dengan baju
biasa. Tindakan segera akan diambil.
6.3

Usul Ketiga:

KELIRU- Buku PPPM dan buku Aktiviti perlu dibawa ikut jadual atau hari
tertentu.
(Pn. Hasmah binti Hasan)

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) menyatakan
bahawa guru-guru akan memaklumkan mengikut jadual. Beliau juga harap agar guru
dapat memastikan buku latihan dan buku aktiviti dapat digunakan sebaik mungkin.
Beliau juga memaklumkan murid tahun satu baru sahaja habis Program Orientasi
Tahun 1.

6.4

Usul Keempat:

Cadangan untuk pihak sekolah mengadakan khidmat SMS kepada ibubapa


berkenaan apa-apa perkara.
(Pn. Halimah binti Sugiman)

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) menerangkan
cadangan itu baik tapi perlu berbincang bersama guru kelas untuk mengelakkan
masalah yang tidak diingini timbul. Pihak ibubapa boleh melayari laman facebook
sekolah dan harapkan surat makluman yang dikeluarkan kepada ibubapa diambil
perhatian.
Y. Brs YDP PIBG juga mencadangkan kepada pihak sekolah sebarang makluman
boleh ditampal dihadapan sekolah agar ibubapa dapat membaca dan maklum awal.

6.5

Usul Kelima:

MAINAN Penjualan mainan di kedai buku sepatutnya tidak perlu.

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) memaklumkan
bahawa beliau telah berjumpa dengan pengusaha kedai buku. Pihak kedai buku
telah berjanji untuk tidak menjual barang-barang yang tiada kaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran.

6.6

Usul Keenam:

Pemakaian tali leher diwajibkan pada hari Isnin sahaja.

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) memaklumkan
tali leher diwajibkan pemakaian pada hari Isnin kerana perhimpunan rasmi sekolah.
Hari selain hari Isnin murid tidak diwajibkan tapi digalakkan memakai untuk
kekemasan. Namun begitu, tiada tindakan yang dikenakan ke atas murid yang tidak
memakai tali leher

6.7

Usul Ketujuh:

Optimumkan penggunaan fail Pentaksiran Berdasarkan Sekolah(PBS)


(Pn. Nor Khamisah binti Yusoff)

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) memaklumkan
penggunaan fail PBS tidak digunakan lagi atas arahan dari Jabatan.
Pn. Izzati selaku penyelaras PBS memaklumkan bahawa selepas keluarkan surat
pekeliling baru setiap laporan prestasi boleh berjumpa dengan guru kelas, guru mata
pelajaran sendiri atau berjumpa dengan beliau bagi mengetahui prestasi anak
masing-masing..

6.8

Usul Kelapan:

Mengadakan tuisyen

Mengadakan kem ibadah


(En. Adnan bin Ladin)

Maklum Balas Usul


Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) memaklumkan
untuk pengetahuan ibubapa program Kem Ibadah adalah program wajib bawah
Panatia Pendidikan Islam, dan program ini dianjurkan sekali setahun dan wajib untuk
tahun 6 sahaja. Selain itu Kem Bestari Solat juga dijalankan 4 kali setahun
mengikut jadual perancangan untuk murid dari tahun satu hingga murid tahun 6.

6.9

Usul Kesembilan:

Sumbangan PIBG Tahun 2015 sebanyak RM 100.00 (sekeluarga)


(AJK PIBG)

Maklum Balas Usul


Pn. Zuriati wakil ibubapa tidak bersetuju dengan kenaikan yuran PIBG RM 100.00
sekeluarga kerana masalah kewangan untuk ibubapa yang banyak tanggungan anak
di sekolah menengah dan di universiti. Pihak PIBG dan sekolah perlu tumpu kepada

cara tingkatkan prestasi murid dan meningkatkan usaha mencari dana dengan
syarikat korporat.
En. Saifol Rizam wakil ibubapa bersetuju dengan usul yang dibawa dan menyatakan
dengan kenaikan bayaran yuran ini PIBG dapat dimantapkan seperti sekolah hebat
yang lain.
Y.Brs YDP menjelaskan bayaran yuran PIBG hanya setahun sekali. Cadangan
kenaikan ini adalah untuk kebaikan murid-murid di sekolah ini. Dengan kemudahan
dana ini dapat memudahkan serta melicinkan program yang dirancang oleh pihak
sekolah dan PIBG bagi peningkatan prestasi serta kemajuan sekolah.
Y.Brs YDP meminta cadangan dan pendapat ibubapa sama ada bersetuju atau tidak
usul yang dikemukakan iaitu kenaikan sumbangan PIBG sebanyak RM 100.00
sekeluarga.

BIL

USUL

JUMLAH UNDIAN
Setuju

1.

Sumbangan PIBG sebanyak RM 100.00 44 orang


Sekeluarga.

Tidak
Setuju
20 orang

Mesyuarat bersetuju menetapkan sumbangan PIBG adalah sebanyak RM 100.00


sekeluarga. Y. Brs YDP PIBG juga memaklumkan sekiranya ibubapa ada masalah
dalam membuat pembayaran, boleh berbincang dengan pihak sekolah atau PIBG
untuk membayar beransur-ansur mengikut kemampuan ibubapa.

7.

Hal-hal lain

7.1

Y.Brs YDP PIBG memaklumkan sewaan loker sebanyak RM 300.00 setahun


bermula 2014 dan pada tahun 2017 loker berkenaan menjadi milik PIBG
sekolah. Tiada keuntungan yang diambil atas sewaan loker tersebut.

7.2

Y. Brs YDP PIBG memaklumkan borang sarana yang diberikan dapat


dikembalikan kepada bahagian pendaftaran sebelum balik.

8.

Pembubaran AJK PIBG Sesi 2014/15

8.1

Y. Brs YDP PIBG membubarkan AJK PIBG sesi 2014/2015 dan melantik Pn.
Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) sebagai
pengerusi sementara untuk mengendalikan majlis perlantikan AJK PIBG bagi
sesi 2015/2016.

9.

Perlantikan AJK Baru Sesi 2015/16

9.1

Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
memaklumkan bahawa pemilihan AJK PIBG yang baru iaitu YDP, NYDP, AJK
ibu bapa adalah seramai 8 orang berdasarkan Perlembagaan PIBG yang
ditetapkan oleh pihak jabatan tidak termasuk 2 orang juru audit. Undian akan
dibuat secara mengangkat tangan.

9.2

Melalui proses undian, ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut:

Yang DiPertua PIBG

: En. Muhammad Saufi bin Mohammad Saleh

Naib YDP

: En. Sulaiman bin Hj Yusop

AJK

: En. Ahmad Zamri bin Warlan


: En. Sivanesan Subramaniam
: En. Shaun Sivajothy
: Pn. Anita binti Hassan
: Pn. Raiza binti Zakaria
: Pn. Siti Khadijah binti Abd Rashid

Juru Audit

: Pn. Anita binti Hassan


: Encik Azrul Fahmi bin Mohd Saat

9.3 Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum) berharap
agar semua AJK yang dilantik dapat memikul dan menjalankan tanggungjawab yang

diamanahkan dengan sebaik-baiknya bagi memajukan lagi imej serta prestasi


sekolah.
10.

Ucapan Penangguhan

10.1 Pn. Rabaah binti Kadir (Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum)
mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa pada Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-12. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan tahniah kepada AJK PIBG yang dilantik. Beliau mengharapkan agar
kerjasama dapat dikekalkan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Sekiranya terdapat
sebarang masalah, boleh diselesaikan dengan perbincangan bersama PIBG atau
pihak sekolah.

10.2 Y. Brs YDP PIBG sesi 2015/16 En. Muhammad Saufi bin Mohammad Saleh
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada barisan AJK
PIBG yang baru sesi 2015/2016 dan seterusnya akan meneruskan usaha yang sedia
ada. Beliau juga mengharapkan sokongan dari semua ibu bapa yang lain serta guruguru dan mengharapkan pandangan dan sokongan dari kedua-dua pihak ibu bapa
dan guru demi kebaikan anak-anak di sekolah ini.

10.3

Sesi perkenalan AJK PIBG SESI 2015/2016

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.10 pagi.

Disediakan oleh,

.....................................................
(NOOR SYAHIDAH BINTI RAMLI)
Setiausaha PIBG
SK Kiaramas
Kuala Lumpur
.

Disemak oleh,

............................................
(NORJAFNY BIN JAAFAR)
Yang DiPertua PIBG
SK Kiaramas
Kuala Lumpur

PENYATAAN USUL BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG SK KIARAMAS 2015/16


BIL.

USUL

PEMBAWA USUL

1.

Memperbanyakkan program yang bermanfaat Shafawi bin Ahmad


kepada murid-murid sekolah terutamanya murid (Siti Nur Mardhiah)
6 Cerdas
tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

2.

i. Mohon diwujudkan group what apps ibu bapa i. Nor Rosmah bt Rosman
(Mohd Faris dan Iman)
dan guru bagi setiap kelas tahun 6.Bertujuan
6 Inovatif dan 5 Cerdas
untuk mengetahui kerja rumah dan penyediaan
alat-alat lukisan.
ii. Sebagai contoh kumpulan (what apps) yang ii. Mohamad Fuad b. Kahar)
(Adha Danish Fashmir
dibuat oleh Pn. Siti Norani bagi kelas 1 Cerdas
6 Kreatif
2015 amat berjaya dan berkesanan dan berjaya.
Interaksi untuk kemajuan anak-anak dapat iii.Hajah Beevi
dipantau dan dikesan dengan lebih baik.
(Thaibun Nisha Begum
2 Bestari

3.

i. Mohon adakan kelas tambahan bagi pelajar Suhaimi b. adnan


(Nur Hamizah Ayuni)
Dual Language Programe (DLP) tahun 4.
6 Kreatif
Ahmad Shah
(Ameera)
3 Kreatif

4.

i. Mohon adakan aktiviti sukan atau kelab Abd Rashid


bersama sekolah Antarabangsa yang berdekatan (Saidatul Sakura)
bagi membuka peluang pelajar bertutur dalam 4 Kreatif
bahasa Inggeris antara pelajar.

5.

i. Mohon pihak kantin sediakan makanan Mohd Yusof b. Ruslan


berkhasiat waktu rehat dengan harga yang tidak (Muhammad Aqil Haqimy)
4 Inovatif
membebankan.

6.

i. Mohon menganjurkan program BACATHON Nasrullah Hj Osman


dengan menjemput penerbit buku-buku ilmiah (Nash Syahza Aieman)
dan kanak-kanak.1% dari hasil jualan masuk ke 4 Bestari
tabung PIBG sekolah.

7.

i.Berharap agar yuran PIBG dikecualikan kepada Asini b Asan


kanak-kanak yang tiada ibu atau bapa (anak (Muhd farel
4 Bertari
yatim piatu)

8.

i. Perbaiki tandas antaranya singki, mangkuk i. Aman Shah Khamsah


(Putri Arafah)
tandas, pam tandas dan sebagainya.
3 Bestari
ii. Kebersihan tandas harus dipertingkatkan dan
perlu dipantau sekurang-kurangnya 2 kali sehari. ii.Nur Ashikin Asri
(Taufiq Danial)
iii. Sediakan bilik persalinan lelaki dan 1 Kreatif
perempuan untuk Pendidikan Jasmani .

9.

i. Sediakan perkhidmatan bas yang selesa dan Ahmad Ridzuan Mohamad


menjaga keselamatan pelajar supaya tidak (Nur Najwa Aqilah)
berulang peristiwa kemalangan maut pelajar 3 Kreatif
disebabkan kecuaian pemandu bas.

10.

i. Mohon mesyuarat PIBG diadakan pada hari Mastura bt Muhammad


Ahad kerana hari Sabtu merupakan hari bekerja (Muhammad Faiz Izuddin)
3 Kreatif
bagi pekerja swasta.
ii. Mohon kelas tambahan hari Sabintiu secara
percuma .
iii. Mohon baju sukan lengan panjang khususnya
untuk pelajar peremPn. Islam.
iv.Mohon
kadar
dikurangkan.

bayaran

sewa

locker

v.Mohon Tiada yuran PIBG.


vi.Hadiah pelajar cemerlang ditukarkan kepada
barang yang boleh dimanfaatkan seperti kamus
dan beg sekolah,tidak perlu plak.
11.

i.Mohon dikurangkan pembayaran yuran PIBG.


ii.Mohon dikurangkan yuran PIBG kepada RM50
sekeluarga .

i. Zalizam Zakaria
(Danish Iskandar)
3 Kreatif
ii.Salawati Ahmad Jailani
(Damean Hilmiey)
3 Kreatif
iii.Hairul Nizam b. Md Saleh
(Intan Zulaikha)
1 Cerdas

12.

i.Mohon adakan kelas kecemerlangan pelajar Shahruddin Shukor


(Nur Afifah Hannah)
untuk setiap tahun dan berterusan
3 Kreatif
ii. Hari Terbuka dan Hari Kecemerlangan pelajar
dilaksankan dengan sistematik dan berkesan.

13.

i. Mohon harga makanan di kantin harus Salawati Ahmad Jailani


(Damean Hilmiey)
diturunkan.
3 Kreatif

14.

i.Larangan menjaja di hadapan sekolah tidak Muhammad Fadli Ishak


(Ahmad Rashidi)
dipatuhi
2 Dinamik
ii.Mendapat aduan murid pihak kantin tidak
memberi
duit
baki
semasa
membeli
makanan,namun diberi pilihan mengambil
makanan dengan nilaian baki.
iii.Tindakan ibu bapa yang membuat pusingan U
di lampu isyarat ketika menghantar anak waktu
pagi menyukarkan pengguna jalan raya yang
lain.

15.

i.Menghadkan makanan ringan seperti nugget Zammelal Sharif


(Adnan Firdaus)
dan sosej kepada 2 kali seminggu sahaja.
1 Kreatif
ii.Mohon pihak kantin menjual buah buahan
potong.
iii.Melarang kedai buku menjual barang-barang
yang tidak berfaedah seperti pelekat dan kartun
bo boboy warna gores.

16.

i.Mohon pihak sekolah menyediakan takwim Nur Azni Binti Aziz


tahunan yang menyatakan jadual peperiksaan (Ameera Batrisya)
1 Kreatif
dan cuti agar mudah untuk perancangan.

17.

i.Menjaga keselamatan murid


ii.Mohon Wujudkan kelas fardhu Ain.

18.

Leni Kusrini
(Siti Addyniah )
1 Inovatif

i.Mohon kerap melakukan pemeriksaan mengejut Hairul Nizam B.MD Saleh


di kantin sekolah agar sentiasa berada di dalam (Intan zulaikha)
keadaaan bersih dan tidak menjual makanan dan 1 Cerdas
minuman yang sudah tamat tempoh .

19.

i.Mohon pihak PIBG menyediakan kerusi rendah Mohd Yusof b. Ruslan


plastik
untuk
kegunaan
murid
semasa (Nur Aleesya Qistina )
perhimpunan.Murid juga boleh berdisplin melalui 1 Cerdas
rasa tanggungjawab untuk mengambil dan
menyimpan semula kerusi tersebut selepas
digunakan.

20.

i.Mohon sediakan jadual kelas dan maklumat Suriawati bt. Abu Aziz
(Muhammad Afif b. Mohd
guru yang mengajar mengikut subjek.
Hishamuddin Lubis)
1 Dinamik
ii.Menyediakan
kemudahan
online untuk
sebarang maklum balas kepada pihak sekolah
contoh borang maklum balas kehadiran
mesyuarat PIBG diberi dalam bentuk google
document.

21.

i.Pihak sekolah perlu lebih tegas kepada ibu Azhari Kassim


bapa yang berada di dalam kawasan sekolah (Nur Muhammad Syah)
terutamya semasa murid belajar di kelas dan 4 Inovatif
menganggu proses pembelajaran.

22.

i.Mohon agar pengawal bertugas memastikan Azmi b Borhan


murid-murid melintas hingga masik ke kawasan (Nur Lisa Sharmila)
1k
sekolah.

AKTIVITI PIBG MENGIKUT BIRO


SK KIARAMAS, KUALA LUMPUR
TAHUN 2015
BIRO AKADEMIK/ SUKAN
Ahli Jawatankuasa:1. En. Khairani bin Hassan
2. Pn. Siti Khadijah binti Abd Rashid
3. En. Nasrun Safwan bin Mohd Nasir
4. En. Mohd Azim Faiz bin Mohd Yussof
5. En. Azrul Fahmi bin Mohd Saat
Aktiviti:i.
ii.
iii.
iv.

Hari Anugerah Cemerlang


Motivasi Tahun 6 (Best Belajar )
Teknik Menjawab UPSR
Temasya Sukan Tahunan SK Kiaramas 2015
v. Pertandingan persahabatan bola sepak dan bola jarring
vi. Progaram Juara UPSR 2015
BIRO KESELAMATAN
Ahli Jawatankuasa:1. Pn. Rabaah binti Kadir
2. En. Sivanesan Subramaniam
3. Pn. Raiza binti Zakaria
Aktiviti:i. Menyediakan pengangkutan untuk aktiviti sekolah
ii. Memohon pasukan RELA bagi mengawal keselamatan lalu lintas
pelajar
iii. Menggantikan bidai baru di dalam dewan terbuka
BIRO KEBAJIKAN DAN SARANAN
Ahli Jawatankuasa:1.
2.
3.
4.
5.

En. Khairul Nizam bin Shaharuddin


En. Sulaiman bin Hj.Yusop
En. Fakhrurrazi bin Ahmad
En. Musa bin Harun
Cik Nur Mazliyana binti Rahim

Aktiviti:i. Mengumpul maklumat pelajar tahap satu dan dua pada penggal
pertama dan kedua sesi persekolahan 2015
ii. Hari akademik dan program sarana ibu bapa Tahun 2015
iii. Data sarana ibu bapa dikemaskini dan telah dihantar kepada PPW
Sentul
iv. Mengemaskini maklumat aktiviti disekolah di laman facebook
v. Taklimat sarana pada hari orentasi pada tahun 2015
vi. Menghadiri Kursus Sarana PIBG
vii. Mencari dana untuk penambahan kerusi meja di kantin
viii.Mengantikan getah paip baharu di dalam tandas pelajar
ix. Mengecat makmal sains
x. Menyediakan katil rehat bagi pelajar yang tidak sihat di dalam bilik
kesihatan
xi. Ifhtar Jamaie majlis berbuka puasa bersama anak yatim
BIRO EKONOMI
Ahli Jawatankuasa:1.
2.
3.
4.

En.Ooi Hock Leong


En.Shaun Sivajohty
Cik.Nor Haiyune binti Abu Bakar
Pn Ikrimah binti Zahari

Aktiviti:i. Hari Graduasi Tahun 6


ii. Mengurus sewaan locker
iii. Mesin Fotastat
iv. Sewa padang
v. Mencari Dana PIBG
vi. Sumbangan PIBG
vii. Menaja Program dan Aktiviti sekolah
viii.Jualan Amal
ix. Hari Kanak-Kanak
x. Pertandingan peringkat Negeri Action Song
xi. Perkhemahan Badan Beruniform

You might also like