You are on page 1of 4

Laporan Program Thitthikkum Deepavali

Pada 27 Oktober 2016. IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan Program
Thitthikum Deepavali. Program ini merupakan aktiviti Unit Pengajian Bahasa Tamil bersama
guru pelatih sempena perayaan Hari Deepavali. Yang Berbahagia Tuan Baharom bin Mohd
Noor, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar telah merasmikan program tersebut di Balai
Kerapatan.Semua guru pelatih India setiap semester dijemput pada majlis itu. Tidak
ketinggalan juga tetamu kehormat iaitu Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan
Bahasa IPG Kampus Raja Melewar.

Tujuan utama Program Thitthikkum Deepavali ini adalah untuk memberi peluang dan
ruang kepada guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu program serta mencungkil bakat
guru pelatih yang terpendam serta berkongsi pengalaman sepanjang tempoh di kampus.
Selain itu, sambutan ini juga dapat merapatkan hubungan di antara guru-guru pelatih.
Terdapat banyak persembahan seperti tarian,sketsa, dan drama telah diadakan dengan
berjaya. Persembahan tersebut telahpun memeriahkan lagi program tersebut.

Seterusnya, selepas semua persembahan ini selesai, kami telah mengadakan Majlis
Perpisahan sem 8. Majlis ini diadakan untuk menunjukkan kasih sayang dan tanda hormat
kami kepada siswa pendidik sem 8. Kami mendapat tahu bahawa program ini dapat menjadi
sebagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan kepada semua siswa pendidik.
Sokongan dan kerjasama dari semua siswa pendidik telah memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjayakan program tersebut.

Laporan disediakan oleh,

…………………………

(THARSHINI A/P MURALI)

Setiausaha Program Thitthikum Deepavali 2016,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.


Laporan Pertandingan Oranga Naadagam 2016

Pada 4 Jun 2016, seramai 5 orang siswa pendidik IPG Kampus Raja Melewar dari Unit
Bahasa Tamil telah mengambil bahagian dalam pertandingan Oranga Naadagam di
peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini telah diadakan oleh Penubuhan ‘Vanakam
Malaysia’ dan ;Astro Vaanavil’ di Stadium Putrajaya. Ramai pelajar daripada IPTA,IPTI,IPG
dan Politeknik telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Antara nama siswa
pendidik IPG Kampus Raja Melewar yang terlibat dalam pertandingan ini ialah, Prithvi Raju
a/l Maratha Muthu, Rubinia a/p Arumugham, Yagneswary a/p Sundran, Piremalahshini a/p
Nilavezhilan dan Kogiladevi a/p Maniam.

Tujuan utama mereka mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah untuk
memupuk perasaan cinta dalam diri mereka terhadap bahasa ibunda dan mereka telah
menggunakan peluang ini untuk menonjolkan kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang
terdapat dalam diri mereka. Pensyarah-pensyarah dari Unit Pengajian Bahasa Tamil telah
memberi sokongan dan dorongan kepada mereka supaya para siswa pendidk meyakinkan
diri untuk mencapai kejayaan dalam pertandinagan ini.

Seterusnya, dalam pertandingan ini para siswa pendidik IPG Kampus Raja Melewar telah
mendapat tempat yang kelima. Mereka telah menerima sijil dan hadiah sebagai
penghargaan daripada penyelaras program tersebut.Penglibatan mereka dalam
pertandingan ini dapat mengharumkan nama baik IPG Kampus Raja Melewar kita.

Laporan disediakan oleh,

…………………………

(THARSHINI A/P MURALI)

Setiausaha Persatuan Bahasa Tamil,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.


LAMPIRAN

Tuan Pengarah sedang masuk ke dalam balai kerapatan.

Pelajar sem 8 telah mengambil gambar bersama pensyarah.


Tuan Pengarah sedang memberi hadiah kepada Pensyarah.

Pelajar sedang menjamu selera.

You might also like