You are on page 1of 3

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH KERJASAMA PUSAT KEGIATAN GURU KAYANG DAN SK KAYANG

TARIKH : 19 JANUARI 2013 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : PKG KAYANG

LAPORAN KURSUS Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Kayang. Peranan Pusat Kegiatan Guru Kayang dalam menyediakan tempat dan mendapatkan penceramah amat membantu dalam memudahkan kursus ini. Kursus ini diadakan untuk membina keyakinan dan kesedaran kendiri dalam diri pelajar bahawa mereka berpotensi untuk membantu guru membentuk pelajar menjadi lebih berdisplin.dan juga meningkatkan kesedaran pelajar tentang kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai seorang individu

Pendaftaran peserta dijalankan di dataran perhimpunan. Jumlah peserta yang hadir seramai 60 orang, terdiri daripada PSS Tahun 3 seramai 10 orang, Tahun 4 seramai 20 orang, Tahun 5 seramai 15 orang dan Tahun 6 seramai 15 orang. Jam 8.30 pagi semua peserta telah bersedia untuk menjalani kursus. Semua peserta dibekalkan fail yang berisi helaian kertas A4 untuk

membuat catatan. Taklimat tentang kursus diberikan oleh Cikgu Fauziah. Setelah selesai urusan pendaftaran, peserta berjalan masuk ke PKG Kayang.

Program ini dirasmikan oleh En. Shamsul Ariffin bin Mohd Diah (PK Pentadbiran SK Kayang).

Penceramah jemputan ialah Pn. Nor Hashimah bt. Md Tajuddin, Jurulatih GPM, BTPN Perlis. Ceramah yang disampaikan bertajuk Peranan dan tanggungjawab Pengawas PSS. Peserta mendengar ceramah dengan tekun.

Aktiviti seterusnya ialah latihan dalam kumpulan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan diarah untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru bilik-bilik khas iaitu perpustakaan, makmal komputer, bilik ABM dan bilik Acces.

Syukur Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga segala ilmu yang disampaikan kepada peserta dapat diguna dan diamalkan dengan baik. Dilaporkan oleh, (HAMIDAH MOHD DAUD) AJK PUSAT SUMBER SK KAYANG

You might also like