You are on page 1of 2

Motivasi Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK Jalan Semenyih 1, 43000, Kajang,

Selangor darul Ehsan. Pada 24 April 2013, satu program motivasi dan ceramah kepimpinan bagi pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 1. Penceramah dari SK Bangi telah dijemput bagi menyampaikan motivasi tersebut. Perjalanan majlis telah bermula seawal jam 7.45 pagi bagi pendaftaran peserta kursus yang terdiri daripada pengawas sekolah pengawas pusat sumber dan ketua dan penolong ketua kelas bagi tahun 4 hingga tahun 6. Terdapat dua slot bagi perjalanan program ini di mana slot yang pertama merupakan ceramah motivasi dan slot yang kedua ialah pembugar bersama dengan guru praktikum. Program ini telah berjalan dengan lancar dan turut dihadiri oleh Guru Besar SKJS1 iaitu Encik Tumiran bin Sapuan. Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan kepada murid mengenai asas kepimpinan dalam diri mereka. Program tamat pada jam 10.00 pagi dan semua objektif yang disasarkan berjaya dicapai dengan jayanya.

You might also like