You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal

: Kelapan : Kelapan : 17 Mac 2014 21 Mac 2014 : Minggu kelapan di Sekolah Kebangsaan Desa Putra

1. Kronologi Minggu Kelapan Pada minggu kelapan (17 Mac 2014 21 Mac 2014), rutin mingguan tidak berjalan seperti biasa. Hal ini kerana saya hanya mengajar pada hari Isnin dan Selasa sahaja. Pada hari Rabu hingga hari Jumaat, saya menghantar pasukan badminton ke Pertandingan Badminton Daerah Sepang. Saya diamanahkan untuk menghantar pasukan ini ke Kolej Vokasional kerana saya telah dilantik sebagai Penolong Jurulatih bagi pasukan badminton SK Desa Putra.

2. Pertandingan Badminton Daerah Sepang Pada minggu ini iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat, pertandingan badminton daerah sepang telah diadakan di Kolej Vokasional Sepang. Pada tahun ini, SK Desa Putra telah menghantar seramai 8 orang peserta diiringi 3 orang guru termasuk saya sendiri. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Bagi setiap kategori terdapat 2 pecahan lagi iaitu perseorangan dan beregu. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pingat berjaya dimenangi oleh pasukan sekolah. Namun saya berpuas hati dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh setiap peserta.

3. Projek Guru Pelatih di Sekolah Kebangsaan Desa Putra Projek menaik taraf kolam sekolah telah dimulakan dan memerlukan perbelanjaan sebanyak RM535.00. Segala perbelanjaan telah diluluskan oleh pihak sekolah.

Disemak oleh guru pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh pensyarah pembimbing, Tandatangan : Nama : Tarikh :

You might also like