You are on page 1of 4

SK ULU BERANANG,

71750 LENGGENG, NSDK.

KERTAS KERJA 

JURU LATIH PASUKAN BOLA TAMPAR SEK.KEB.ULU


BERANANG 2015
Setiap tahun Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang akan menyertai Kejohanan Bola Tampar, Lelaki dan
Perempuan Bawah 12 Tahun untuk sukan MSSD dan MSSNS serta pelbagai aktiviti lagi. Pada tahun
2015 ini pihak sekolah telah kehilangan khidmat jurulatih yang berpengalaman kerana telah berpindah ke
sekolah lain. Ketiadaan beliau secara tidak langsung telah memberi kesan kepada persediaan kelab bola
tampar sekolah untuk menyediakan latihan yang berkesan kepada pelajar-pelajar menyebabkan pelajar-
pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan. Oleh sebab itu pihak Sekolah
Kebangsaan Ulu Beranang berhasrat untuk mendapatkan khidmat seorang jurulatih luar yang juga
merupakan bekas guru di sekolah ini sedikit masa dulu.

Tunjuk ajar juru latih baru ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung
melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut. Tambahan pula juru latih ini sudah mengenali
pelajar-pelajar yang akan memudahkan lagi proses melatih mereka dengan lebih berkesan.

MATLAMAT

1. Membina kemahiran bola tampar yang tinggi dalam kalangan murid SK. Ulu Beranang untuk
menyertai pertandingan peringkat MSSD dan MSSMNS.
2. Membina keyakinan diri pelajar agar lebih yakin bertanding setelah mendapat pendedahan serta
tujuk ajar daripada juru latih yang berpengalaman.
3. Memberi peluang guru-guru kelab bola tampar sekolah ini untuk turut menimba ilmu berdasarkan
pengalaman beliau untuk di praktikkan kepada semua murid .
4. Murid berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kecemerlangan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum melalui kemudahan


kejurulatihan.
2. Meningkatkan kecemerlangan Kokurikulum SK Ulu Beranang
3. Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan & permainan
4. Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar
5. Melahirkan bakat baru yang berkualiti
6. Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleks selaras
dengan falsafah Pendidikan Negara.

CADANGAN

1. Memohon peruntukan bagi memberi sumbangan saguhati kepada En. Mohd Aniza B. Mohd
Yusuf. (Juru latih Bola Tampar)
2. Memohon bantuan daripada pihak PIBG.

ANGGARAN KOS

1. Anggaran kos bagi pembayaran sagu hati ialah RM 50.00 setiap sessi latihan
(Ringgit Malaysia : Lima puluh ringgit sahaja). Akan di bayar untuk setiap sessi latihan yang
beliau hadiri.

PENUTUP

1. Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat merealisasikan impian seluruh warga sekolah ini.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(En. Azizan bin Manap) 8 (En. Abd Rahman bin Ahmad)


GPK Kokurikulum, Guru Besar,
SK Ulu Beranang, SK Ulu Beranang,
71750 Lenggeng, NSDK. 71750 Lenggeng, NSDK.

Lampiran 1.

TARIKH DAN BILANGAN SESSI LATIHAN BOLA TAMPAR YANG TELAH DI SAMPAIKAN
OLEH EN. MOHD ANIZA B. MOHD YUSUF

1. 25 Januari 2015
2. 1 Februari 2015
3. 8 Februari 2015
4. 15 Februari 2015
5. 18 Februari 2015
6. 1 Mac 2015
7. 8 Mac 2015
8. 14 Mac2015
9. 15 Mac 1015
10. 17 Mac 2015
11. 19 Mac 2015
12. 21 Mac 2015
13. 28 Mac 2015
14. 5 April 2015

● 14 kali sessi latihan x RM 50.00 = RM 700.00 (Tujuh Ratus Ringgit Sahaja)

You might also like