You are on page 1of 2

BUTIR-BUTIR UCAPAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SEMPANG
2016

PERKARA BUTIR UCAPAN

UCAPAN Yang Berbahagia Encik Daud Bin Abd Rahman,


SALUTASI Bahagian Perancang Bandar dan Desa,

Yang Dihormati Encik Mohd Aidil Bin Masih,


Penghulu Mukim Sedili Besar.

Yang Berusaha Encik Abdullah Bin Mohamed,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sempang,

Guru-guru Penolong Kanan,


AJK-AJK PIBG,
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian.

BUTIR-BUTIR Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima


UCAPAN kasih kepada Encik Daud Bin Abd Rahman, Bahagian
Perancang Dan Desa untuk merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah bagi
Sekolah Kebangsaan Sempang untuk tahun ini.
KURIKULUM Mempunyai dua orang calon UPSR.
Seorang menerima keputusan yang cemerlang iaitu
4A 2B. Mengekalkan keputusan 100% lulus selama 5
tahun berturut-turut bermula 2010 sehingga 2015. Bagi
2016, SK Sempang telah berada dalam kelompok 10
sekolah terbaik Daerah Kota Tinggi dari segi Gred
Purata Sekolah (GPS)
KO-KURIKULUM Seorang murid telah layak ke
peringkat negeri, mewakili daerah Kota Tinggi
dalam Pertandingan Catur selama dua tahun
berturut-turut iaitu pada tahun 2015-2016. Kebitaraan
Sekolah Sempang dapat dilihat pada permainan catur
apabila sering mendapat jemputan pertandingan catur
terutamanya daripada anjuran KEJORA.
HEM Bilangan murid yang semakin bertambah.
Bilangan murid keseluruhan 41 orang murid termasuk
prasekolah.
PRASARANA Mempunyai 5 blok utama. Mempunyai
satu bangunan pejabat, satu bilik ICT dan bilik
mesyuarat yang digabungkan, bilik SPBT dan bilik
JQAF yang digabungkan, bilik guru, perpustakaan, satu
bangunan pra sekolah, 6 kelas, satu bilik sains dan bilik
pemulihan yang digabungkan. Untuk makluman, kami
baru sahaja membina sebuah kantin atas kerjasama
dan gotong-royong ibu bapa dan guru-guru SK
Sempang. Kita juga dalam proses menerima sebuah
surau baharu atas sumbangan Dato Daeng Malik.
GURU Bilangan guru dan staff seramai 16 orang.
Semua guru di sini semuanya mempunyai ijazah dan
kepakaran dalam bidang masing-masing.
NYATAKAN PERMINTAAN DARIPADA PIHAK GM
1. Dana untuk program kecemerlangan 2017
terutamanya untuk program-program UPSR.
2. Dewan terbuka untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti seperti aktiviti sukan, majlis-majlis
dan program sekolah.
3.

PENUTUP DAN Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali


MERASMIKAN lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-
MAJLIS
guru, staff dan semua yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menganjurkan Majlis Hari Anugerah
Cemerlang dan Graduasi Prasekolah tahun ini.
Penghargaan kepada semua jemputan terutama Yang
Berbahagia Encik Daud Bin Abd Rahman kerana
sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis kami
yang serba sederhana ini.

You might also like