You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : XBA2225/100/12
Tarikh :04.07.2017
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan,
Unit Pengurusan Maaklumat & ICT,
Aras Gomantong, W.D.T 22,
90200 Kinabatangan, Sabah.
U.P : En. Alhassim Attip

Tuan/Puan,

ADUAN KEROSAKAN DAN PERMOHONAN PENYELENGGARAAN ICT SEKOLAH.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Berhubung perkara di atas, pihak kami ingin membuat aduan bahawa router internet di
sekolah telah mengalami kerosakan. Router ini telah tidak berfungsi selepas cuti pertengahan
tahun 2017 baru-baru ini.

03 Pihak sekolah ingin memohon agar penyelenggaraan segera dapat dilaksanakan supaya
segala urusan dapat diselesaikan dengan baik. Bersama ini disertakan lampiran bergambar untuk
tindakan lanjut pihak tuan.

04. Kerjasama dan pertimbangan tuan dalam perkara ini kami dahului dengan teima kasih.

Sekian..

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( MAJAHIL MAJINGKIL)
GURU BESAR
SK.BuangSayang,.
Sk. : Fail

You might also like