You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SKUDAI,

TAMAN SRI SKUDAI,


81300 SKUDAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR
Web: http//www.myskss.com Tel & Fax - 07-5562533
E-mel:myskss@yahoo.com.my

Ruj. Kami : JBA1036/200-2/3/1 Jld.2/(19)


Tarikh : 7 Januari 2018

Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru,


Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru,
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru.
(U/P : Unit Pembangunan)

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN (KEBOCORAN) SILING DI DALAM BILIK DARJAH

Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

2. Merujuk kepada surat aduan JBA1036/200-2/3/1 Jld.2/(19) yang bertarikh 8


Januari 2018 berkenaan Aduan Kerosakan (kebocoran) siling di bilik darjah 2 Al-
Kawarizmi SK Sri Skudai.

3. Saya bagi pihak sekolah amat berbesar hati jika pihak tuan dapat membuat baik
pulih dengan segera. Ini kerana, kejadian berkenaan amat merbahaya kerana akan
mengakibatkan berlakunya kebakaran lintas pintas dan keruntuhan siling dalam bilik
darjah dan ini akan membahayakan kepada murid-murid sekolah khususnya, juga
keselamatan seluruh murid dan warga sekolah. Bersama-sama ini disertakan gambar
yang berkaitan.

4. Saya amat berharap agar mendapat perhatian segera daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJH. ROSMAWATI BINTI MOHAMED)


Guru Besar,
SK Sri Skudai,
81300 Skudai, Johor.
LAMPIRAN

Ruangan yang mengalami kebocoran yang menyebabkan kayu menjadi reput dan juga
akan mengakibatkan berlaku lintas pintas disebabkan air terkena sistem pendawaian
elektrik.

Ruangan di dalam kelas yang mengalami kebocoran yang mengakibatkan air bertakung
di dalam kelas yang akan mengakibatkan ruangan di dalam kelas dipenuhi air dan
perabot-perabot di dalam kelas rosak.

You might also like