You are on page 1of 64

Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku

(EDU3104)

Ahli Kumpulan : Muhamad Ridhuan Bin Wahab Muhammad Saufik Bin Ahmad Ismail Muhamad Aiman Bin Muhamad Nur Afiqah Binti Zulkafli Siti Umirah Binti Buseral Pensyarah : Tuan Haji Khalid Bin Abdullah

Isi Kandungan
Bil. 1. 2. 3. 4.
5. 6.

Perkara
Tajuk Kes Latar Belakang Kes Analisis Cadangan Penyelesaian Masalah Kesimpulan Rujukan

1. Tajuk Kes Lampiran 6 :

Grandmas Boy

2. LATAR BELAKANG KES

SINOPSIS
Grandmas Boy bermula dengan Cikgu Helen yang menceritakan kisah seorang murid iaitu Justin yang telah baru pindah ke sekolahnya dan dimasukkan dalam kelasnya Second Grade. Sebelum kedatangan Justin, Cikgu Helen telah menggunakan teknik pengurusan tingkah laku (behaviour management technique) bagi menguruskan kelasnya dan turut menamai kelasnya Home of The Spartan. Akan tetapi, kemasukan Justin telah menimbulkan masalah di mana dia suka memencilkan dirinya dan tidak bercampur dengan rakan sekelasnya. Selain itu, Justin juga didapati suka menyendirikan dirinya dan selalu sahaja termenung dalam kelas. Di samping itu, Justin akan berpura-pura belajar apabila rakan-rakannya cuba mendekatinya dan mempunyai sikap pasif-agresif serta dia juga tidak mempedulikan teguran gurunya. Pencapaiannya dalam ujian bertulis dan lisan juga kurang memuaskan.

Maka, sebagai langkah mengatasi masalah Justin, Cikgu Helen telah menghubungi guru lama Justin dan mengumpul maklumat peribadinya. Dia mendapat tahu bahawa ibu bapa Justin telah bercerai dan kini dia tinggal bersama ayahnya En. Richardson dan neneknya Ann Richardson. Di sekolah tersebut Justin telah mempamerkan sikap negatif seperti mana yang telah ditunjukkan di sekolah barunya. Langkah seterusnya, guru tersebut memanggil bapa Justin dan menceritakan tentang sikap Justin semasa di kelasnya. Cikgu Helen juga ingin mendapatkan persetujuan bapa Justin untuk melibatkan anaknya dalam program home-school behavior management program. Tetapi bapanya seperti tidak mahu bekerjasama dengan cikgu Helen kerana mendengarkan kata-kata nenek Justin, Ann Richardson.

Cikgu Halen

Justin

En. Richardson

Ann Richardson

Pn. Richardson

Judy

Cikgu Halen
Cikgu Helen merupakan seorang guru kelas Home of The Spartan yang selalunya mengambil berat tentang anak muridnya. Sebagai langkah mengatasi masalah muridnya Justin, Cikgu Helen telah menghubungi cikgu lama Justin, Judy bagi mendapatkan maklumat tentang pelajarnya. Cikgu Helen juga menunjukkan ciriciri guru yang asertif seperti yakin diri, konsisten, demokrasi, mudah didampingi dan berlaku adil terhadap setiap pelajarnya.

Justin
Justin, salah seorang anak murid Cikgu Helen yang mengalami masalah keluarga iaitu penceraian antara ibu dan bapanya. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap diri Justin di mana dia mula mengharapkan kasih sayang ibunya. Justin mula bersikap muram dan suka berkhayal di kelas memikirkan ibunya. Semasa melakukan kerja kumpulan Justin tidak memberi kerjasama malah dia bersikap pasif dan dia juga mula menjadi seorang pelajar yang agresif dalam kelasnya. Selain itu, Justin juga didapati mengendahkan kata-kata cikgunya.

En. Richardson
En. Richardson merupakan bapa Justin yang tidak memahami perasaan anaknya. Beliau selalu menyakitkan hati anaknya melalui bercakap buruk tentang ibunya setiap kali Justin bertanya mengenai ibunya. Beliau juga seorang yang tidak suka bekerjasama. Hal ini dapat dilihat melalui cara beliau respon terhadap program yang dicadangkan oleh cikgu Helen untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Justin. Selain itu, beliau juga tidak mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh anaknya walaupun beliau sudah mengetahui masalah anaknya melalui cikgu Helen.

Ann Richardson
Ann Richardson ialah nenek kepada Justin. Beliau suka bercampur tangan dengan hal-hal yang berkaitan dengan pihak sekolah dan cucunya. Selain daripada itu, beliau juga suka menghasut anaknya En. Richardson supaya tidak bekerjasama dengan pihak sekolah dan selalu menyakiti perasaan cucunya melalui bercakap buruk tentang ibu Justin setiap kali Justin bertanya akan ibunya.

Watak Sampingan
Watak sampingan pula dimainkan oleh ibu Justin iaitu Pn. Richardson, Judy selaku cikgu daripada sekolah lama dan Cindy sebagai rakan yang mendengar akan keluhan cikgu Helen.

3. ANALISIS KES

MENGENAL PASTI MASALAH


Justin bersikap muram dan suka berkhayal di dalam kelas.

Justin seorang yang tidak begitu aktif dan kurang bercakap di dalam kelas.

Kadang-kadang Justin juga bersikap agresif-pasif di dalam kelas.

Mr. Richardson dan Ann Richardson (nenek Justin) enggan memberi kerjasama dalam menangani masalah Justin.

Punca Masalah
Masalah Dalaman Masalah Luaran

Kekurangan tahap kemahiran berbanding rakannya Kekurangan motivasi intrinsik

Penceraian ibubapa
Kekurangan kasih sayang ibu Tidak mendapat asuhan yang betul

PUNCA MASALAH LUARAN


Antara punca masalah didalam kes ini ialah PERCERAIAN IBUBAPA Justin.

Perceraian ibu bapa Justin mengakibatkan gangguan emosi Justin. Ianya bertambah rumit apabila Justin terpaksa mengikut ayahnya tinggal bersama neneknya Ann Richardson.

Selain itu, masalah Justin juga berpunca daripada pengaruh neneknya, Ann Richardson kepada Mr. Richardson.

Nenek Justin selalu menyibuk perihal cucunya, ianya ditambah lagi dengan ayahnya yang sentiasa mengikut telunjuk neneknya.

Daripada petikan, dapat kita lihat dominasi nenek Justin terhadap Justin dan Mr. Richardson.

Seterusnya, antara punca masalah ialah KURANG KASIH SAYANG IBUBAPA.

Setelah bercerai, Justin tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya.

Tambahan pula, punca yang dialami ialah JUSTIN TIDAK MENDAPAT ASUHAN YANG BETUL DARIPADA AYAHNYA.

Apabila Justin bercerita berkenaan ibunya dihadapan ayah dan neneknya, mereka akan memburukkan ibu Justin.

PUNCA MASALAH DALAMAN


Justin juga kurang kemampuan tahap kemahirannya berbanding rakan kelasnya yang lain.

Justin juga mempunyai masalah kurang motivasi intrinsik dalam dirinya.

4. CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Cadangan mengatasi masalah Justin


Punca masalah

Kekurangan motivasi ekstrinsik

Cadangan Cara Mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh Justin.

Masalah Dalaman

Kekurangan motivasi ekstrinsik

Kekurangan tahap kemahiran berbanding rakannya

Kekurangan motivasi intrinsik

Masalah dalaman 1

Cadangan Mengatasi
Guru memberikan motivasi kepada murid-murid terutamanya murid-murid seperti Justin.

Guru memberikan motivasi kepada Justin


Untuk mengatasi masalah Justin yang suka muram dan suka berkhayal di dalam kelas , Teori Atribusi yang membantu dengan memberikan motivasi intrinsik dan ektrinsik.

Menurut Ee Ah Meng (1992) di dalam buku psikologi di dalam bilik darjahMotivasi Intrinsik ialah : motivasi yang wujud dari dalaman seseorang individu. Contoh: seseorang yang bermain sebuah lagu di piano berulang-ulang kali sehingga mencapai kepuasan diri.

Di dalam kes ini, tindakan guru terutama cikgu Helen, seharusnya memberikan motivasi kepada murid seperti Justin.

Cikgu Helen seharusnya, mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra , teratur dan kemas. Keadaan ini mendorong pengajaran dan pembelajaran.

Cikgu Helen sepatutnya membantu murid yang bermasalah seperti Justin untuk menetapkan matlamat-matlamat yang realistik yang boleh dicapai. Yakinkan dirinya bahawa yang dia juga boleh berjaya.

Cikgu Helen juga boleh menarik perhatian murid seperti Justin dengan sesuatu yang berlainan atau mengagumkan. Sebagai contoh, ketika Cikgu Helen mengajar subjek sejarah contohnya, cikgu Halen boleh menunjukkan suatu barang yang antik atau yang benda yang ganjil seperti jarang dijumpai.

Cikgu Helen boleh meningkatkan motivasi ekstrinsik Justin dengan memberikan peneguhan dan ganjaran.

2 Teori yang digunakan

Modifikasi Tingkah laku B.F Skinner Teori Psikologi Individu Alder

Modifikasi tingkah laku B.F skinner


Dalam masalah ini, penggunaan model Modifikasi tingkah laku B.F skinner sangat diperlukan bagi membantu masalah yang dihadapi oleh Justin iaitu kekurangan motivasi ekstrinsik.

Motivasi ekstrinsik : menurut Skinner, motivasi ekstrinsik boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu ganjaran dan peneguhan.

Model Modifikasi ini menggunakan prinsip peneguhan.

Menurut Skinner( 1904) , dalam buku pengurusan bilik darjah dan tingkah laku, beliau menyatakan bahawa, tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-apa yang berlaku sebaik sahaja tingkah laku ditunjukkan.

Model Modifikasi tingkahlaku B.F Skinner.


2 jenis peneguhan

Peneguhan Positif : untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan Negatif: bertujuan supaya muridmurid menunjukkan kembali tingkah laku yang diingini.

Tindakan Cikgu Helen


Cikgu Helen boleh mengaplikasikan model ini melalui Pengajaran dan pembelajaran. Dua langkah peneguhan iaitu: Langkah pertama peneguhan tetap dan berkala

Setiap kali justin menunjukkan tingkah laku yang diingini , dia membentuk tingkah laku yang baru. Contoh: cikgu Helen ingin membantu Justin yang tidak aktif dan pemalu supaya melibatkan diri dalam bilik darjah

Cikgu Helen boleh memberikan pujian jika Justin berjaya menjawab soalan yang diberi. Dengan cara ini Justin akan berani untuk melibatkan diri dalam aktiviti dalam bilik darjah.

Langkah Peneguhan pengekalan

Cikgu Helen tidak perlu memberikan pujian setiap kali murid mengangkat tangan. Cikgu Helen hanya perlu memberikan peneguhan pada waktuwaktu tertentu sahaja.

Untuk aktiviti ini, cikgu Halen harus berhati-hati supaya murid tidak berhenti untuk melibatkan diri dalam P&P.

Teori Psikologi Individu


Teori Psikologi Individu yang dikemukakan oleh Alder, terdapat sebanyak 12 langkah tetapi hanya 3 sahaja yang akan digunakan dalam menangani masalah ini.

Tindakan Cikgu Helen

Peringkat hubungan-empati Cikgu Helen akan mula membina hubungan dengan Justin dengan menggunakan kemahiran empati. Ketika membina hubungan, Cikgu Helen perlu menunjukkan kefahaman, mesra penerimaan, perasaan empati, dan nyatakan idea yang boleh membantu Justin mengatasi konfliknya.

peringkat interpretasi dan penerimaan


Cikgu Helen akan membantu Justin memahami bahawa adalah salah mengkritik orang lain yang menyebabkan tingkah laku agresif atau depresifnya. Justin akan dibantu untuk untuk menukarkan desakan oran lain kepada desakan diri dan bersedia untuk menghadapi situasi social yang baru.

Masalah dalaman 3
Kekurangan tahap kemahiran berbanding rakannya

Guru terlebih dulu


mengenal pasti perbezaan individu muridmuridnya di dalam kelas

Cikgu Helen mengenalpasti perbezaan individu muridmuridnya di dalam kelas.


Menurut Gardner dalam buku (Murid dan Alam Belajar) beliau menyatakan, setiap individu mempunyai pelbagai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap yang berbeza-beza.

Dalam kes ini, Justin mempunyai kekurangan dari segi kemahiran bertutur dan juga berfikir.

Oleh itu, teori Kecerdasan pelbagai Hardward Gardner boleh membantu masalah Justin. Cikgu Helen boleh menggunakan teori ini dalam menangani masalah Justin yang mempunyai masalah membaca ataupun bertutur.

Tindakan Cikgu Helen


Masalah yang dihadapi oleh Justin ini ialah kekurangan kemahiran verbal-linguistik. Cikgu Helen sewajarnya membuat intervensi untuk menangani masalah ini dengan cara, memberikan pendidikan Pemulihan.

Pendidikan pemulihan ini dapat membantu Helen yang lemah membaca.

Masalah Luaran

Tidak mendapat asuhan yang betul

Kekurangan kasih sayang ibu

Perceraian ibubapa

Cadangan mengatasi : Guru mengamalkan amalan budaya penyayang di dalam kelas

Menurut Larrivee (2005) dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, budaya penyayang terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan. Komuniti yang mengamalkan budaya penyayang akan saling hormat-menghormati, mengambil berat, ingat-mengingatidan boleh berkongsi emosi atau perasaan secara jujur sesama ahli.

Dengan ini, mereka boleh berkongsi pendapat, pandangan dan emosi tanpa rasa prejudis dan diskriminasi. Asas pembentukan budaya penyayang di sekolah dan bilik darjah bermula dengan corak interaksi guru dengan murid-muridnya.

Tindakan Cikgu Helen


Cikgu Helen perlu berusaha menerapkan budaya penyayang di dalam bilik darjah boleh diaplikasikan melalui peringkat utama iaitu: Cikgu Helen menunjukkan amalan-amalan dan konsep penyayang yang dikehendaki semasa berinteraksi dengan murid. Cikgu Helen komited dengan usaha ini dan menjadikannya sebahagian daripada amalannya sendiri. Cikgu Helen mengawasi dan menerapkan amalan-amalan yang telah ditetapkan bersama.
Dalam bilik darjah, Cikgu Helen memainkan peranan penting dalam mempromosikan amalan budaya penyayang dalam kalangan muridnya terutama kepada Justin.

Cikgu Helen perlu menerapkan elemen mengambil berat tentang Justin dan menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalanya.

Cikgu Helen juga boleh menanamkan sikap prihatin dengan Justin dengan menyemai rasa kekitaan, saling mempercayai dan menghargai pendapat Justin.

Ciri-ciri budaya penyayang termasuklah hormatmenghormati antara Cikgu Helen dan Justin, Justin dan murid yang lain, menyedari emosi kendiri dan persekitaran, menjadi diri sendiri, bertimbang rasadan jujur dalam tingkah laku dan emosi.

Perasaan ini akan membantu Justin untuk menangani masalah peribadi dan tingkah lakunya.

Cadangan mengatasi : Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa di sekolah

Keperluan kasih sayang Menurut Ee Ah Meng dalam bukunya Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah Edisi Kedua (1991), apabila kanak-kanak merasa selamat dalam persekitarannya, dia mula mengalihkan perhatiannya kepada orang lain. Menurut Haliza Hamzah et al dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), dalam model Terapi Realiti oleh William Glasser perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas individu. Di dalam kelas, murid-murid perlu mempunyai perasaan yang mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Kasih sayang ini akan menyebabkan manusia itu berkembang dengan sempurna, terutamanya daripada aspek perkembangan emosi.

Menurut Abraham Maslow dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.
Keperluan psikologi terdiri daripada keperluan untuk keselamatan, kasih sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik

Keperluan fisiologi pula merangkumi keperluan untuk makanan, rehat, udara, pembuangan kotoran, kejantinaan.
Menurut Maslow lagi, manusia akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan primernya, iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan diri kemudian barulah individu akan ke arah mencuba memenuhi keperluan penyempurnaan kendiri, pengetahuan dan estetik.

Tindakan Cikgu Helen


Cikgu Helen boleh mengaplikasikan Teori Humanisme iaitu Keperluan Hierarki Abraham Maslow, di mana beliau harus sentiasa peka kepada keperluan Justin.

Dalam masalah yang dihadapi oleh Justin, dia kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibunya.
Menurut Noriati A. Rashid et al (2010) dalam bukunya Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, perkembangan awal kanakkanak bermula di rumah di mana aspirasi, nilai dan sikap ibu bapa menjadi model untuk dijadikan ikutan.

Dengan menggunakan teori ini, Justin didorong memberikan perhatian dan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.

Cikgu Helen perlu prihatin dan peka terhadap masalah keluarga Justin akan membantu Justin menghadapi persekolahan dengan lebih yakin.

Sebagai guru Justin, Cikgu Helen boleh memenuhi keprluan ini dengan mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik darjah.

Menurut Haliza Hamzah et al dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), peneguhan-peneguhan yang sesuai diberikan kepada Justin yang menunjukkan usaha baik dalam mengekalkan keharmonian bilik darjah.

Cikgu Helen yang memahami masalah Justin akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha untuk mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif.

Dengan itu, sikap runsing dan risau Justin tentang dunia luar sekolah boleh diminimumkan

Oleh hal sedemikian, Cikgu Helen hendaklah mempamerkan kasih sayang, kemesraan dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkualiti kepada Justin.

Dengan ini, Cikgu Helen boleh berperanan sebagai pengganti ibu bapa serta melayan Justin yang dahagakan kemesraan dan kasih sayang ibu bapanya.

Cadangan mengatasi : Sokongan moral dan dorongan daripada ibubapa Justin

Menurut Menurut Ee Ah Meng dalam bukunya Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah Edisi Kedua (1991), sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang individu. Juteru, asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi sosioemosi dan metal. Keluarga yang mendidik kanak-kanak dengan emosi yang stabil akan mudah mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi daripada ibu bpa mereka.

Namun begitu, mereka yang tidak mendapat kasih sayang atau asuhan yang sempurna merupakan kanak-kanak yang kurang bahagia dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian. Menurut Ee Ah Meng dalam bukunya Psikologi Dalam Bilik Darjah (1994), sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. Menurut beliau lagi, ibu bapa yang mengamalkan lampau lindung terhadap anakanak akan membentuk individu-individu yang sukar untuk berdikari. Anak-anak seperti ini tidak diberi peluang untuk membuat peluang sendiri dan sentiasa diiringi oleh ibu bapa ketika di luar sekolah.

Tindakan Ibu Bapa Justin


Mr. Richardson dan Mdm. Richarson (ibu bapa Justin) hendaklah mempunyai pertalian sosial dan emosi dengan Justin bukan hanya hubungan pertalian darah semata-mata. Sejak lahir, ibu bapa Justin haruslah melindungi, menjaga, mengasuh dan mendidik Justin seperti menatang minyak yang penuh. Di dalam kajian kes, semasa melakukan kerja berkumpulan, Justin tidak mahu memberi kerjasama dan bersikap pasif serta mula menjadi agresif. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa Justin yang bersifat autokratik, sentiasa tidak memberi peluang kepada Justin mengemukakan pendapat dan pandangan.

Justeru, Mr. Richardson dan Mdm. Richarson perlulah mengamalkan prinsip demokrasi di dalam rumah supaya mereka dapat mengasuh Justin belajar untuk menerima dan memberi.

Malah, Mr. dan Mdm. Richardson perlu mengamalkan sikap bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan.

Ibu bapa Justin perlu fokus kepada kebolehan yang dimiliki oleh Justin.

Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah memberi sokongan moral dan dorongan kepada Justin ke atas sesuatu minat yang digemarinya.

Didikan agama yang betul daripada keduadua ibu bapanya akan membantu Justin membesar dengan sempurna.

Ibu bapa Justin perlu bekerjasama sejak dari lahir lagi untuk sama-sama memberikan sokongan moral dan dorongan yang terbaik untuk Justin.

5. Kesimpulan
Sebagaimana pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah penting, begitu juga dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku seseorang murid turut memainkan peranan dalam keberkesannan sesuatu P&P. Jadi, sebagai seorang guru haruslah bijak menilai dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam menangani konflik yang timbul dalam kelasnya. Pengetahuan yang luas mengenai teori-teori pengurusan masalah disiplin yang sedia ada akan membantu seseorang guru untuk mengatasi masalah yang sedia dihadapi oleh anak muridnya.

6. RUJUKAN
Haliza Hamzah, J. N. (2009 ). pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku . selangor, Darul Ehsan: Herald Printers Sdn. Bhd. Harrop, A. (1983). Behavior Modification in te classroom. London : Hodder and Stoughton . Meng, E. A. (1992). Psikologi Perkembangan Aplikasi dalam Bilk Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Meng, E. A. (1994). Psikologi Dalam bilk Darjah . Kuala Lumpur: Fajar Bakti SDN. BHD.
Sang, M. S. (2011). Perkembangan kanak-kanak. Ipoh, Perak : CIPTA printing and Publishing(M) Sdn. Bhd.

Sekian, terima kasih.

You might also like