You are on page 1of 10

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)

Nama pengkaji : MUHAMAD AIMAN BIN MUHAMAD

Tajuk Kajian : PENGGUNAAN KAEDAH ‘ ACTMEN’ DALAM MEMBANTU


MENINGKATKAN OPERASI MENOLAK MELIBATKAN NOMBOR ‘PUSA’ DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 4

MEREFLEK

Saya mengajar di Kelas Pemulihan Tahun 4 bagi matapelajaran Matematik Pemulihan


Masalah utama bagi murid saya ialah kesukaran murid-murid untuk melaksanakan operasi menolak dengan
mengumpul semula.

Hal ini dapat dibuktikan daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan sewaktu saya
menguji mereka dahulu, ternyata mereka semua kurang cekap dalam operasi asas
matematik. 2 orang daripada mereka tidak mahir dalam operasi tambah secara
mengumpul semula dalam lingkungan 100 manakala seorang lagi pula kurang cekap
dalam operasi tolak secara mengumpul semula dalam lingkungan 100.

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa

Berdasarkan pemerhatian saya, responden tersebut kurang cekap dalam melakukan operasi
tolak tetapi bukan pada operasi menambah. Apabila saya memberi latihan kepadanya seperti
latihan yang mudah seperti 56 - 30 = ..... dia boleh menjawab dengan betul dan tepat
walaupun agak perlahan sedikit tetapi apabila diberi latihan untuk operasi tolak mengumpul
semula seperti 56 – 38 =..... dia akan termenung seketika untuk mengira operasi tolak. Pada
masa itu, dia akan melakukan kesilapan dalam mencari jawapan itu.

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah disebabkan murid tersebut agak perlahan
dan lemah dalam mengumpul semua.
FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, di dapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran
…………………

(a) Kemahiran operasi menolak secara mengumpul semula.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk,kerana murid-murid tidak akan boleh
belajar dan memahami operasi asas menolak dalam matematik. Seterusnya akan
memberikan kesukaran dalam menghadapi kehidupan seharian kelak

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencipata satu kaedah iaitu dinamakan kaedah ‘
ACTMEN’ dalam membantu meningkatkan operasi menolak melibatkan nombor ‘pusa’ dalam
kalangan murid.

OBJEKTIF KAJIAN :-

Kajian tindakan yang bakal dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh responden yang dipilih ini saya akan gunakan kaedah yang sesuai untuk
memudahkan dia menolak secara mengumpul semula dan menggunakan kaedah
pengiraan secara mental dengan menggunakan jari. Menurut Mok Soon Sang
(2008), kaedah pengajaran merujuk kepada semua cara yang efektif bagi
membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diinginkan
oleh murid. Oleh itu, bagi memastikan responden memahami apa yang
disampaikan oleh guru, guru seharusnya memilih kaedah yang terbaik supaya
dapat memberikan kesan kepada murid yang diajar.
MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung
kepada masalah yang guru hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap
aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan
terperinci.

PROJEK P&P Jenis perancangan

TERANCANG
Mengubah suai cara
(Kaedah P&P /kaedah mencipta cara baru
untuk merawat yang sedia ada. (inovasi P&P guru terhasil
masalah) dari sini)

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Ujian Pra
2. Pemerhatian
3. Semak Hasil Kerja Murid.

Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah :-

Intervensi yang saya telah gunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden

saya ialah penggunaan kaedah “ ACTMEN” bagi meningkatkan kemahiran menolak antara

dua nombor secara mengumpul semula. Dengan menggunakan kaedah ini, saya telah

menjalankan beberapa aktiviti ke atas responden saya.

Aktiviti 1: Demonstrasi Konsep Menggunakan Jari

Untuk aktiviti pertama, saya telah menunjukkan kepada responden saya, demonstrasi

konsep menggunakan jari di mana terlebih dahulu responden diberi penerangan bagaimana

menggunakan kaedah jari.

1) Guru menunjukkan contoh soalan kepada responden.

2) Guru menunjukkan kepada responden bagaimana ingin menjawab soalan tersebut

menggunakan jari.
3) Guru menunjukkan kepada responden bagaimana ingin mengingat dan mengira secara

menaik sehingga nombor ‘ PUSA” menggunakan jari.

4) Guru menunjukkan jawapan yang betul kepada responden dan bertanyakan kepada

responden adakah jelas dan faham aktiviti yang ditunjukkan tadi.


Aktiviti 2 : Konsep Menolak Menggunakan Jari

Responden sudah menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul semula menggunakan

jari mereka dan saya telah menerangkan kepada responden kaedah “ ACTMEN “ yang akan

menggunakan jari mereka untuk pengiraan operasi tolak secara mengumpul semula.

1) Guru memberi soalan latihan kepada responden.

2) Guru menerangkan kepada responden bagaimana ingin menggunakan jari

mereka dan menghafal nombor di bawah sebelum melakukan operasi menolak.

3) Responden mengingat nombor di bawah itu dan seterusnya menyambung

membilang secara turutan menaik menggunakan jari sehingga sampai ke nombor

di atas iaitu nombor ‘PUSA’


4) Responden menyelesaikan soalan tersebut sehingga memperoleh jawapan yang

tepat.

5) Responden meneruskan menjawab soalan pengukuhan lembaran kerja yang

diberikan oleh guru.

- Rujuk lampiran c
MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian
keberkesanan proses
tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.
Guru membuat renungan
Pemerhatian boleh atau refleksi terhadap
dilakukan oleh guru kajian yang telah
sendiri sebagai dilakukan sama ada Laporan juga ditulis di
penyelidik atau guru berjaya atau tidak peringkat ini. Dokumentasi
juga boleh meminta penting. Sekiranya program
bantuan daripada guru .Dapatkan data sekali tindakan tersebut berjaya,
lain untuk membuat lagi Gunakan cara maka bolehlah disebarkan
pemerhatian semasa mengutip data yang kepada guru-guru lain. Jika
sesi pengajaran guru . sama semasa tidak berjaya, perlu
Penilaian mesti peringkat awal dirancang semula.
dilakukan untuk menilai mereflek. ( temubual,
keberkesanan soal selidik,
TINDAKAN. pemerhatian)
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik

_kaedah ‘ACTMEN ini_yang diperkenalkan kepada murid-murid pemulihan merupakan kaedah yang amat sesuai
dan murdah untuk diamalkan dalam kalangan murid pemulihan.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ketara pada Ujian Pos yang terakhir
yang dijalankan, menunjukkan peningkatan yang baik dalam kalangan murid-murid pemulihan

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu
melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami
oleh murid. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan kaedah ini dalam
operasi tambah dalam lingkungan 100 kepada murid-murid pemulihan .

You might also like