You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 12

JALAN 12/1 KOD : BBA 8252


47630 UEP SUBANG JAYA No telefon : 03 - 56370081
SELANGOR DARUL EHSAN Fax : 03 - 56370203

Rujukan kami : SKUSJ12/800-1/1/3 ( 002 )


Tarikh : 08 JANUARI 2016

Kepada,
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam,
Balai Polis USJ 8,
Jalan Persiaran Kewajipan,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Memohon Bantuan Polis Trafik Untuk Acara Road Run

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan acara
Road Run bagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah kali ke – 16 pada :

Tarikh : 22 Januari 2016


Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan USJ 12,
Jalan 12/1, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. Sehubungan dengan ini, pihak sekolah ingin meminta jasa baik pihak polis bagi melancarkan
perjalanan Road Run pada hari tersebut. Pihak sekolah memohon tenaga anggota polis trafik untuk
mengawal lalu lintas sewaktu larian tersebut diadakan. Semoga kerjasama dan sumbangan pihak tuan
dapat melicinkan dan memeriahkan lagi acara Road Run pada hari tersebut.

Sekian untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Pihak sekolah amat mengalu-alukan
kerjasama tuan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Segala kesulitan pihak sekolah
memohon maaf kepada pihak tuan.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

____________________________
( A. RAHIM BIN MOHD MISLANI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya.

s.k Fail Sukan

You might also like