You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEK. KEB. PUNGGAI,


81620 PENGERANG,
JOHOR. No Tel : 019-760 2102
Rujukan kami : SKP.100-13/1/4( 6)
Tarikh : 12 Jun 2022

Kepada:
En Mohd Fadhil bin Hj Noh,
Ketua Kampung Punggai.

YB / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,


PERMOHONAN SUMBANGAN WAKAF 1 KELAS 1 SMART TV
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada perkara di atas, Pihak PIBG SK Punggai merancang melancarkan


kutipan dana projek khas "1 Kelas 1 Smart TV".

3. Antara tujuan dan kelebihan projek ini dilaksanakan bagi sesi baru 2022-2023 ialah
kelas berkonsepkan Future Classroom, aplikasi kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) ,
sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih interaktif serta mampu menambah keceriaan dan merangsang minat pelajar.

4. Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau wakaf di
dalam projek ini, anda boleh salurkan sumbangan/wakaf anda tersebut ke akaun PIBG SK
PUNGGAI atau bayaran tunai kepada CIKGU SITI ANIS BINTI LADERLAH:

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PUNGGAI


AMBANK ISLAMIK: 0732-0220-0123-2
RUJUKAN:SmartTVproject

5. Sila hantarkan slip sumbangan/wakaf melalui 016-209 6551 ini untuk rujukan pihak
sekolah:

Pihak kami dahulukan dengan ucapan jazakumullahu khairan kathir atas sumbangan/wakaf
anda bagi projek ini.

Sekian, terima kasih.


‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

………………………………...........
(NORHISYAM BIN BOHARI)
Yang Di-Pertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Punggai.
P/S: 1)Semua sumbangan hendaklah di alamatkan/ di serahkan kepada Yang Di Pertua
PIBG, Sekolah Kebangsaan Punggai.
2) Sumbangan berbentuk cek hendaklah ditulis kepada PIBG sekolah seperti berikut :
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PUNGGAI
KERTAS KERJA CADANGAN PEMBELIAN TELEVISYEN PINTAR (4K SMART TV)

UNTUK PUSAT SUMBER SK LUTONG DISEDIAKAN OLEH UNIT PRASEKOLAH SEKOLAH


KEBANGSAAN LUTONG. KERTAS CADANGAN PEMBELIAN (SMART T
KERTAS CADANGAN PEMBELIAN (SMART TV)
1.0 PENDAHULUAN
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lutong, Miri merupakan tempat para pelajar menimba
pelbagai ilmu pengetahuan dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Melalui pendidikan
Prasekolah,
Pendekatan ICT merupakan salah satu pendekatan yang boleh menarik minat kanak-kanak
dalam
pembelajaran dan dapat memperkembankan minda dan pengetahuan mereka apabila
melayari
internet melalui penggunaan Ict secara menyeluruh. Bagi memastikan segala ilmu yang
dicurahkan
oleh guru kepada pelajar dapat diolahkan maka penggunaan teknologi yang baru serta
terkini boleh
menarik minat pelajar. Salah satunya penggunaan smart TV dalam bilik darjah. Selain itu, ia
merupakan
satu medium yang boleh menarik minat murid belajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran guru
di dalam kelas.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembelajaran Abad 21 dan
misi
Sk Lutong pada tahun ini iaitu membudayakan ICT, pembelian Televisyen Pintar (Smart
TV) ini amat
diperlukan bagi menyampaikan maklumat kepada murid-murid secara visual disamping
memudahkan
guru prasekolah menjalankan aktiviti pembelajaran interaktif dan menarik dengan lebih
mudah dan
efisyen . Ianyan mampu memberi peluang kepada guru menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran
kepada murid selain dapat menarik minat murid. Ini adalah sebagai satu usaha pihak
sekolah bagi
memastikan penggunaan IT seiring dengan keadaan semasa selain dapat membantu guru
dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2.0 RASIONAL
2.1 Rasional penggunaan smart tv adalah seperti berikut
A. Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada
- televisyen smart tv sebagai ganti penggunaan projector LCD yang kebanyakannya
sudah rosak
- Penyediaan projector LCD yang memakan masa dan juga sering menimbulkan
masalah
2
- Sart TV sesuai unutuk melayari youtube, google classroom
B. Penggunaan Pendrive USB
- Penggunaan pendrive usb yang mudah dimana hanya perlu dicucuk pada smart tv
dan guru boleh terus mengajar
- Tidak perlu membawa laptop kerana guru hanya perlu simpan maklumat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendrive sahaja
- Selain itu , penggunaan Phone atau table phone boleh disambung terus ke smart TV
C. Penjagaan Smart TV
- 2 buah smart tv akan ditempatkan didalam kelas prasekolah seoja dan melati
- Setiap guru akan bertanggungjawab menjaga smart tv bersama alat kawalan tv yang
mengajar kelas terbabit.
- Guru kelas bertanggungjawab mengeluar dan menyimpan alat kawalan tv. Hanya
guru yang mengajar kelas terbabit akan memasang smart tv ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran .
D. Keperluan Pelajar
- Disebabkan kekurangan projector LCD maka dengan adanya smart tv ini dapat
menampung kekurangan yang sedia ada.
- Sebagai satu alat bantu mengajar guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
3.0 MATLAMAT
i. Membudayakan penggunaan ICT ke arah matlamat pembelajaran abad 21 di SK Lutong
ii. Menarik minat dan memudahkan murid-murid untuk mendapatkan maklumat terkini
secara
audio visual
4.0 MATLAMAT
i. Penggunaan ICT dalam sesi PdPc banyak memberi kesan yang baik kepada murid dan
juga guru.
Ia membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc dengan lebih cekap, praktikal dan
mampu
menarik minat murid, sekaligus memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran.

ii. Penggunaan gajet dan teknologi ICT kini dilihat sangat relevan dalam proses PdPc. Kita
perlu
sedar bahawa anak-anak zaman ini tidak sama dengan zaman dahulu. Anak-anak yang lahir
dalam era digital kini (native digital) lebih terdedah dengan kepesatan dan kepantasan
teknologi maklumat.
iii. Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdPc) guru, agar PdPc lebih
menarik,
berkesan dan menyeronokan selain dapat menarik minat MBK untuk terus berasa teruja
dalam
mencari ilmu.
iv. Meningkatkan penggabungjalinan matapelajaran dalam PdPc. Ini akan memberikan
impak yang
lebih memberangsangkan dalam penerimaan pembelajaran.
v. Meningkatkan penglibatan MBK dalam setiap aktiviti PdPc yang dirancang oleh guru.
vi. Mendedahkan MBK kepada perkembangan teknologi dan multimedia dari segi
pengamatan
MBK.
5.0 SASARAN
5.1 Murid-murid Prasekolah SK Lutong
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN MENGURUS
7.0 PUNCA KEWANGAN
4
Bil Peralatan Bil Unit Anggaran Seunit Anggaran Kos
1
2
Smart Tv 55’inchi 4K
Kos pemasangan
2
4
RM 2,500
RM 450
RM 10,000
RM 1,800
Jumlah RM 11,800
7.1 Sumber kewangan adalah daripada sumbangan Syarikat-syarikat Korporat, badan-badan
berkecuali (NGO), Bank-bank Koperasi dan Komersial dan Individu.
8.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak unit prasekolah merealisasikan impian untuk mendapatkan
Smart TV dengan jayanya dan dengan adanya Penggunaan Smart TV , guru dapat
mempelbagaikan
proses PdP dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja. Kemahiran
menggunakan
aplikasi ICT membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini
dengan
lebih cepat serta efisien bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Dengan pesatnya
pertumbuhan
aplikasi dan web tools bermain dan belajar (play and learning), tumpuan dan perhatian
murid dalam
pembelajaran menjadi semakin baik. Murid lebih bermotivasi dan bersemangat. Trend ini
akan
menjadikan lebih banyak pembangun aplikasi gamifikasi pembelajaran dalam mahupun luar
talian
untuk disuaipadankan dengan platform pembelajaran sedia ada. Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan
pembelajaran akan lebih baik dan berkesan selain memberi impak yang lebih bermakna.

You might also like