You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

MEMOHON PEMASANGAN TELEVISYEN PINTAR (SMART TV)


DI DALAM BILIK DARJAH

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat murid menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Bagi


memastikan segala ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada murid dapat diterjemah
dan diolah dengan jayanya, maka penggunaan teknologi yang baru dan terkini dalam
bilik darjah berupaya menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan televisyen
pintar dalam bilik darjah adalah salah satu daripada penggunaan teknologi yang baru
dan terkini dalam bilik darjah. Selain daripada menarik minat murid untuk belajar,
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dapat dilaksanakan dengan baik dan
lancar oleh guru di dalam kelas. Kaedah baru ini dilihat mampu memberi peluang
kepada guru untuk menyampaikan pdpc dalam bilik darjah dengan berkesan
seterusnya meningkatkan keberhasilan dalam pdpc. Usaha ini juga merupakan
inisiatif pihak sekolah untuk menggunakan ICT sebagai salah satu medium utama
dalam proses pdpc di dalam bilik darjah seiring dengan keadaan semasa selain dapat
membantu guru melaksanakan proses pdpc dengan berkesan.

2.0 MATLAMAT

Membudayakan penggunaan ICT bagi memenuhi salah satu matlamat Pembelajaran


Abad Ke-21 (PAK 21) agar dapat menarik minat murid untuk menuntut ilmu serta
dan memudahkan guru dan murid dalam proses pengajaran, pembelajaran dan
pemudahcaraan.

3.0 SASARAN

Semua guru dan murid.

4.0 OBJEKTIF

Objektif penggunaan televisyen pintar di dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

4.1 Memenuhi keperluan murid

1
- Penggunaan televisyen pintar (smart tv) dalam setiap bilik darjah dapat
menampung kekurangan bilangan projektor LCD yang sedia ada.
- Sebagai salah satu alat bantu mengajar guru dalam melaksanakan pdpc
berkesan di dalam bilik darjah.
- Pergerakan murid ke bilik-bilik khas semasa Covid-19 melanda ketika ini
amat terhad. Justeru dengan adanya televisyen pintar ini di dalam bilik
darjah, semua guru dapat memanfaatkan kemudahan ini di satu tempat
sahaja tanpa perlu membawa murid ke bilik-bilik khas.
- Meningkatkan pelibatan murid dalam aktiviti pdpc yang dirancang oleh
guru.
- Memberi pendedahan kepada murid mengenai perkembangan ICT dalam
pendidikan selain daripada merasai pengalaman menggunakan ICT
dalam pembelajaran sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

4.2 Menggantikan penggunaan projektor LCD


- 7 unit televisyen pintar ini sebagai menggantikan penggunaan projektor
LCD yang bilangannya terhad dan sudah rosak.
- Penyediaan penggunaan projektor LCD yang memakan masa dan juga
kerap menimbulkan masalah.

4.3 Membolehkan penggunaan peranti lain selain komputer


- Mudah menggunakan pemacu kilat (pendrive) di mana guru hanya perlu
menyambungkannya dengan televisyen pintar dan guru boleh terus
mengajar.
- Telefon pintar juga boleh disambungkan dengan televisyen pintar dan
guru boleh terus mengajar.

4.4 Melaksanakan proses pdpc dengan lebih efisien dan efektif


- Guru dapat melaksanakan proses pdpc dengan lebih menarik dan
berkesan untuk murid.
- Meningkatkan kualiti proses pdpc dalam bilik darjah.
- Dapat meningkatkan kemahiran guru menggunakan ICT dalam proses
pdpc.
- Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.5 Menyemarakkan penggunaan ICT dalam proses pdpc

2
- Penggunaan ICT kini dilihat sangat relevan dalam proses pdpc. Kita
perlu sedar bahawa anak-anak pada zaman ini lebih terdedah dengan
kepesatan dan kepantasan teknologi maklumat. 
- Gabung jalin mata pelajaran dalam pdpc dapat ditingkatkan. Ini akan
memberikan impak yang lebih memberangsangkan dalam proses pdpc.

5.0 ANGGARAN KOS BARANGAN

BI HARGA BILANGAN
BARANGAN JUMLAH
L. SEUNIT BILIK DARJAH
1. TELEVISYEN PINTAR (SMART TV) 43 RM 1,600.00 7 RM 11,200.00
INCI
2. BRAKET TV RM 80.00 7 RM 560.00
3. KABEL VGA & HDMI RM 150.00 7 RM 1,050.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 12,810.00

6.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk merealisasikan impian warga sekolah
bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang moden dan terkini di dalam setiap bilik
darjah. Melalui penggunaan televisyen pintar ini, guru dapat melaksanakan serta
mempelbagaikan proses pdpc dengan lebih efisien dan efektif. Penggunaan ICT ini dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah serta membolehkan guru dan murid mendapatkan
maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat pantas. Tumpuan dan perhatian murid
dalam proses pembelajaran juga akan menjadi semakin baik. Murid akan menjadi lebih
bermotivasi dan bersemangat. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih
baik dan berkesan selain memberi impak yang lebih bermakna.

7.0 CONTOH LAMPIRAN BERGAMBAR

You might also like