You are on page 1of 2

TASKA KEMAS ppms kg baru

Teluk Ramunia, 81620 Pengerang


JOHOR.
________________________________________________________________________________
Ruj : TSK/PENG/100/02
Tarikh : 05 Januari 2023
Y.B TUAN AZNAN BIN TAMIN
Adun Kawasan Tg Surat,
(1st Floor) No.45,Persiaran Bayu Damai2/2,
Taman Bayu Damai,
81620 Pengerang.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAMBAH BAIK PRASARANA TASKA


KEMAS PPMS KG BARU
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk makluman pihak Yang
Berhormat, Taska KEMAS PPMS Kg Baru telah menerima kunjungan pemantauan
daripada pihak KEMAS Negeri Johor. Hasil pemantauan mendapati terdapat
beberapa bahagian dan ruang untuk penambahbaikan melibatkan prasarana
dalaman dan luaran taska. Ini bertujuan membantu pihak Taska meningkatkan kualiti
prasana dan pengurusan Taska mencapai Taraf Bintang daripada Pusat
Genius@Pintar Negara.
2. Bagi tujuan tersebut, bersama-sama ini dilampirkan butiran peralatan
prasarana yang diperlukan:

Bil Perkara Kuantiti Harga


Panjang 59,005 mm RM5,000
1 Penutup longkang
Lebar 250 mm
2 Mesin perakam waktu 1 set RM250.00
3 Meja Guru 2 set RM150.00 x 2 = RM300.00
4 Printer Canon MG2570 1 set RM200.00
5 Bidai tingkap (4ft x 6ft) 9 set RM35.00 x 9 = RM315.00
6 Bidai tingkap (6ft x 6ft) 1 set RM60.00
Komputer ACER Aspire 1 set RM2000.00
7
C-22 (21.5”)
Cyclone Vacuum Cleaner 1 set RM230.00
8 (Dessini Tornado V2
PRO)
Water jet (BOSSMAN 1 set RM185.00
9
BPC-117)
10 Katil kanak-kanak 15 set RM60 x 15 = RM900
Jumlah Keseluruhan Rm9,440.00
3. Justeru itu, pihak Taska ingin memohon sumbangan berbentuk kewangan
atau barangan daripada pihak Yang Berhormat seperti di atas. Adalah diharapkan
dengan sumbangan pihak Yang Berhormat akan dapat membantu kanak-kanak di
Taska ini belajar dalam suasana yang kondusif dan bermakna.
4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Yang Berhormat boleh menghubungi di
talian 014-5016651 (cikgu nurul) , 011-11152564 (cikgu sofiazie) atau 013-2227246
(ustaz faiz-pengerusi taska)
4. Kesudian Yang Berhormat memberi sumbangan kepada pihak Taska amatlah
diharapkan dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………....................................
MUHAMMAD FAIZ BIN A.HAMID
Pengerusi
Taska Kemas Ppms Kg. Baru

s.k:1.Pn.Azlin Binti Mat Isa


Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Parlimen Pengerang.

You might also like