You are on page 1of 2

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF

SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2024

TERMA, SYARAT DAN KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua pelajar SM Teknik Johor Bahru.

2. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu video dan TIADA HAD untuk penyertaan.

3. Penyertaan boleh secara individu atau kumpulan. Setiap kumpulan tidak lebih 5 org ahli.

4. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diplagiat serta
gagal mematuhi syarat pertandingan.

5. Hasil produksi yang dikemukakan mestilah tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana
pertandingan.

6. Bahan Video kreatif yang dihasilkan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman,
politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak
menyinggung mana-mana pihak.

7. Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial
seperti Youtube, Tiktok, Facebook, Instagram dan lain-lain. Penyiaran video tersebut hanya akan dibuat
di YouTube penganjur sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan
dibatalkan.

8. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

SPESIFIKASI VIDEO

1. Durasi masa video yang dihasilkan tidak melebihi 5:00 minit termasuk intro, kredit dan disebalik
tabir.

2. Peserta dibenarkan menghasilkan video kreatif dalam Bahasa Melayu sahaja.

3. Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas.

4. Pengunaan KESAN KHAS dibenarkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.


5. Elemen yang mesti dimasukkan :

• Bicara Fiqh Puasa

• Tazkirah Ramadan

• Solat Tarawih

• Tadarus Al-Quran/ Tilawah Al-Quran

• Majlis Iftar Jamaei & Khatam Al-Quran

• Tabung Prihatin Aidilfitri

• Pertandingan Kuiz, Tulisan Khat dan Hafazan

• Risalah Ramadan

KRITERIA PEMARKAHAN

1. Penyampaian Mesej Tema (30 Markah)

2. Skrip / Jalan cerita / susun atur (30 Markah)

3. Suntingan Video / Sinematografi (20 Markah)

4. Watak / Kostum (15 markah)

8. WOW Factor (5 markah)

PENGHANTARAN

TARIKH AKHIR PENYERTAAN : 10 MAC 2024

Sebarang pertanyaan dan penghantaran video, sila hubungi:

Ustaz Shafie Bin Abdul Rashid di talian 0197664476

ATAU

Sila Isi borang penyertaan anda di link ini:

You might also like