You are on page 1of 3

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

Jalan Puchong,
47100, Puchong
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-80702830 Faks : 03-80761967 Emel : BEA8609@moe.edu.my

KERTAS KERJA
(Keperluan Minimum)

Nama Institusi : KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG

Tajuk : PROJEK PENYEDIAAN VIDEO/LAKONAN BSMM 2020

Tarikh : 18 NOVEMBER 2020 – 18 DISEMBER 2020

Latar Belakang :

Pertolongan cemas merupakan bantuan permulaan atau rawatan awal


yang diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan pakar medik. Pengetahuan
tentang asas pertolongan cemas amat ditekankan, terutamanya dalam kalangan
pelajar, sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka. Penyediaan video
berdasarkan asas pertolongan cemas ini diharapkan dapat memupuk semangat
bekerjasama, disiplin yang tinggi serta meningkatkan pengetahuan tentang asas
pertolongan cemas dalam kalangan ahli-ahli Platun 6. Ahli-ahli Platun 6 akan
menyertai Pertandingan Video/Lakonan BSMM 2020.

Objektif :

1. Pelajar dapat menambahkan pengetahuan tentang asas pertolongan


cemas.

2. Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, berpengetahuan tentang


pertolongan cemas dan mempunyai daya kepimpinan.

3. Dapat mewujudkan nilai bekerjasama antara pelajar.

KPI : Setiap kumpulan dapat menghasilkan video/lakonan yang menepati tema

Kumpulan Sasaran : Pelajar tingkatan enam Semester 1


Anggaran Perbelanjaan / Sumber Kewangan

Pendapatan Perbelanjaan

Tiada Tiada

Jawatankuasa Program :

Pengerusi : Thirunyanam A/L Thamby Raja


Naib Pengerusi : Haw Kah Sheng
Setiausaha : Nur Icesys Binti Hazman
AJK : 1. Nur Syafiqa Binti Shamsudin
2. Krystal Wong Yen Yee
3. Chen Jia Yan
4. Dines A/L Saudarajan
5. Tham Ven Yao
6. Nur Aqilah Binti Hussin
7. Soh Wei Yee

Strategi Pelaksanaan

TARIKH : 18 NOVEMBER 2020 (RABU)

1. Video (mesti lakonan) dihasilkan dalam kumpulan


2. Setiap kumpulan terdiri 5-6 peserta. (lebih kurang 7/8 kumpulan)
*Kumpulan yang sama dengan buku log boleh digunakan.
3. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan video yang menarik dan
kreatif berdasarkan tema/tajuk yang telah ditetapkan oleh
platun masing-masing.
4. Durasi video adalah 5 – 10 minit sahaja.
5. Setiap video mesti mengandungi :
• Pengenalan / pencerita
• Komponen lakonan mengikut tajuk / sub tajuk yang ditetapkan.
• Penerangan oleh pencerita (jika diperlukan)
• Penutup / kesimpulan serta penghargaan.
• Video yang dihasilkan oleh setiap kumpulan dihantar kepada ahli
jawatankuasa projek.
• AJK projek mengumpul semua video dari setiap kumpulan dan
dimasukkan ke dalam folder untuk dihantar kepada guru penasihat
untuk semakan dan pemarkahan.
6. Tarikh tutup penghantaran video ialah pada 18 DISEMBER 2020
(JUMAAT)

Penutup

BBSM Platun 6 berharap agar aktiviti ini mendapat sokongan moral, bimbingan serta
nasihat daripada pihak pentadbir dan guru-guru KTE Puchong. BBSM Platun 6 yakin
bahawa program ini akan berhasil dan mencapai objektifnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Nur Icesys Binti Hazman Pn. Lau May Fong


(Setiausaha Projek) (Guru Penasihat Platun 6)

Disahkan oleh:

Pn. Rohaliza Binti Shaari


(Penolong Kanan Kokurikulum)

You might also like