You are on page 1of 6

PROGRAM PENDIDIDIKAN KHAS

SK INDERA MAHKOTA

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF


“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN
PANITIA BAHASA MELAYU
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA BAHASA MELAYU
•••

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF


“ STAY AT HOME “ 2021

PENDAHULUAN

Pertandingan Video Kreatif “ Stay At Home ” ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Bimbingan dan
Kaunseling Bersama panitia Bahasa melayu, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Ianya memberi
fokus kepada aspek membantu memberi semangat kepada murid-murid Pendidikan khas agar sentiasa
gembira dan cergas dalam menjalani kehidupan seharian semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP
) ini. Disebabkan PKP murid-murid tidak dapat keluar rumah dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan
seperti membuat ulangkaji, membantu ibu bapa dan sebagainya. Melalui video kreatif ini murid-murid
Pendidikan khas dapat menonjolkan bakat dan menceritakan pengalaman diri di rumah yang boleh
dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Murid juga akan belajar menulis teks ucapan dengan bimbingan
guru dan ibubapa.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam kehidupan seharian
2. Membantu mewujudkan rasa gembira dan kepuasan diri murid dalam menceritakan pengalaman diri.
3. Menggalakkan murid-murid melakukan aktiviti berfaedah sepanjang berada di rumah
4. Membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam Bahasa melayu

KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua murid Pendidikan khas tahun 1 hingga 5

KRITERIA PENILAIAN

1. Tema
2. Isi kandungan/ Mesej
3. Bakat Persembahan
4. Kreativiti

1
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA BAHASA MELAYU
•••

SYARAT KHAS VIDEO KREATIF “ STAY AT HOME”

Tema

• Berkaitan dengan “ Stay at Home” sepanjang PKP

Tempoh Pertandingan

• Pertandingan akan bermula pada 9 Ogos 2021 sehingga 20 Ogos 2021.


• Setiap penyertaan perlulah dihantar melalui google form atau email guru yang terlibat sebelum atau
pada 20 Ogos 2021 sebelum jam 12.00 malam.

Terma & Syarat

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Pendidikan Khas tahun 1 hingga 5
2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya satu sahaja pemenang
3. Video Kreatif yang dihasilkan mestilah berdurasi maksimum 2 minit.
4. Video yang dihasilkan hendaklah bertemakan ‘ Stay at home’.
a. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah.
b. Tidak menyentuh sensitiviti/politik/isu perkauman
5. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
6. Setiap penyertaan Video Kreatif hendaklah dihantar melalui google form yang disediakan atau
melalui email.
7. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya melanggar terma dan syarat pertandingan.

2
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA BAHASA MELAYU
•••

JAWATANKUASA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SK INDERA MAHKOTA

Pengerusi : Encik Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin


( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 : Encik Mohammad Iznan Bin Azmi
( Penolong Kanan Pendidikan Khas )
Naib Pengerusi 2 : : Puan Zaripah Binti Rosull
( Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 3: : Puan Normala binti Sulaiman
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 4 : Puan Indah Seri Binti Ismail
( Penolong Kanan Kokurikulum )

Ahli Jawatankuasa:
Dokumentasi
1. Norhasliza bt Hassan (Ketua)
2. Wan Suzilawati Bt Wan Yusof
3. Mohd Zul Husmi Bin Ramli

Hadiah
1. Siti Halimah Binti Awang Lah (Ketua)
2. Aezlah bt Mohd Nawi
3. Mohd Syazwan Bin Shukri

Publisiti, hebahan dan RELIVE


1. Mohammad Fahkrur Hafiz B. Md Aris (Ketua)
2. Nurul Farhain Binti Ahmad Shah

Hakim
1. Anisah Binti Abdul Aziz (Ketua)
2. Rasmah BT Abu Bakar
3. Norhayati bt Abdul Halim@Bakar

3
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA BAHASA MELAYU
•••

ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber kewangan :
1. Bimbingan dan Kaunseling (RM 152.64)
2. Panitia Bahasa Melayu (RM 484.56 -Teras)

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH

KATEGORI KANDUNGAN KREATIF

1 Johan 1 120 120

2 Naib Johan 1 90 90

3 Tempat Ketiga 1 60 60

4 Saguhati 5 48.60 48.60

KATEGORI PESEMBAHAN KREATIF

1 Johan 1 120 120

2 Naib Johan 1 90 90

3 Tempat Ketiga 1 60 60

4 Saguhati 5 48.60 48.60

JUMLAH KESELURUHAN RM 637.20

4
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
“ STAY AT HOME “ 2021
ANJURAN BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA BAHASA MELAYU
•••

PENUTUP

Adalah diharapkan agar pertandingan ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat
kerjasama bimbingan daripada ibu bapa dan kaum keluarga murid-murid Pendidikan khas. Di samping
agar murid-murid bersemangat untuk menghasilkan video yang menarik dan dapat dikongsikan dengan
rakan-rakan yang lain. Diharapkan juga melalui aktiviti berfaedah yang dilakukan di rumah ini dapat
membantu menghilangkan rasa bosan dan stress murid-murid.

Disediakan oleh,

………………..
(MOHAMMAD IZNAN B AZMI)
PENOLONG KANAN PEND. KHAS

Disahkan oleh,

__________________________
(MOHD SHUHAIMI BIN MOHD NORDIN)
GURU BESAR
SK INDERA MAHKOTA

You might also like