You are on page 1of 6

SK. AYER MOLEK, KM.

10 AYER MOLEK
75460 MELAKA
MBA2010
TEL : 06-2680169

KERTAS KERJA
MINGGU ANTI DADAH 2021

Tema : Lebih Baik Cegah

Tarikh : 23-31 Ogos 2021

Tempat : Secara dalam talian

Anjuran: Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sek.

Keb. Ayer Molek, Melaka

Disediakan oleh: CIK NORLIYANA BINTI SARIP


1.0 PENGENALAN
Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini
berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran
tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan
komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-
murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT
2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan
serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai
gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan bagi menjalani gaya hidup
sihat.
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah
lagi.
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah.
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASAR
4.1 Murid-murid Pra sekolah SK Ayer Molek
4.2 Murid-murid Pendidikan Khas SK Ayer Molek
4.2 Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Ayer Molek

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
MINGGU ANTI DADAH 2021
SK AYER MOLEK

Anjuran

UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH(PPDa) SK AYER MOLEK

PENASIHAT : PUAN KHAIRULLAILA BT HJ MUKHTAR


(Guru Besar SK Ayer Molek)
PENGERUSI : PUAN PAREDAH BINTI YON
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI : TN HAJI ZAINI BIN NINGGAL
(Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS : PUAN AZIZAH BINTI WAHAB
SETIAUSAHA : CIK NORLIYANA BINTI SARIP
BENDAHARI : PUAN SURAYA BINTI RAZALI
AJK : PUAN MARINA BINTI ABDUL WAHAB
CIK NURFAZILLAH LAILY BINTI OMAR
CIK NURULHUDA BINTI MOHD RAMLI
EN RUKHAIZAL BIN ZOLKEPLY

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN / AKTIVITI YANG DIRANCANG:-


6.1 Mesyuarat Jawatankuasa secara dalam talian
6.2 Persiapan aktiviti
6.3 Aktiviti Minggu Anti dadah secara dalam talian
Bil Aktiviti Tarikh/hari Tindakan Sasaran

1 Taklimat Jawatankuasa 22 Ogos 2021 - GPK HEM Semua AJK PPDa


secara dalam talian - Penyelaras PPda
2 Penyediaan brosur aktiviti 23 Ogos 2021 - Cik Nurfazillah Laily
secara dalam talian - Cik Nurulhuda binti -
Mohd Ramli

3 Aktiviti sepanjang
program:

i) Pertandingan 23 Ogos 2021 - Cik Nurfazillah Laily Murid


Mewarna hingga dibantu AJK PPda Prasekolah,PPKI
31 Ogos 2021 tahap 1

ii) Pertandingan - Cik Nurulhuda binti Tahun 4,5,6


Video 23 Ogos 2021 Mohd Ramli dibantu
Mendeklamasi hingga AJK PPda
Sajak 31 Ogos 2021

6 Hadiah - - Puan Marina binti Pemenang


Abdul Wahab
- Puan Suraya binti
Razali
7 Gambar & Dokumentasi Sepanjang - Puan Azizah binti -
minggu Wahab
Antidadah - En Rukhaizal bin
Zolkeply

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Tempat Aktiviti Catatan

23.8.2021 Kediaman - Pertandingan Mewarna Hasil kerja dihantar


hingga masing-masing Prasekolah, PPKI dan Tahap 1 secara atas talian
31.8.2021 - Pertandingan Video menggunakan
Mendeklamasi Sajak Tahap 2 google form.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Hadiah

Bil Aktiviti Anggaran Kos Jumlah


1 Pertandingan Video Mendeklamasi Sajak (RM 8.00 x 1+ RM6.00 x 1+RM 5.00 x1 + RM 102.00
Tahap 2 RM 3.00 x 5) x 3
2 Pertandingan Mewarna Tahap 1 (tahun (RM 6.00 x 1+ RM5.00 x 1+RM 4.00 x 1 RM 90.00
1,2,dan 3) +RM 3.00 x 5) x 3
3 Pertandingan Mewarna Pra-Sekolah (RM 6.00 x 1+ RM5.00 x 1+RM4.00 x 1 RM 30.00
+ RM 3.00 x 5)
4 Pertandingan Mewarna Pendidikan Khas (RM 6.00 x 1+ RM5.00 x 1+RM4.00 x 1 RM 30.00
+ RM 3.00 x 5)
Jumlah RM252.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 252.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan kewangan PIBG

10.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah 2021 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan
terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah.

Disediakan oleh, Tarikh : 22 OGOS 2021

(NORLIYANA BINTI SARIP)


Setiausaha PPDa
Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Melaka.

Disemak oleh,

(AZIZAH BINTI WAHAB)


Penyelaras PPDa
Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Melaka.

Disahkan oleh, Tarikh: 24 OGOS 2021

(PAREDAH BINTI YON)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
Melaka.

You might also like