You are on page 1of 16

PERTANDINGAN JUADAH

BERBUKA KREATIF
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024
LATARBELAKANG
Pertandingan Juadah Berbuka Kreatif dianjurkan bagi memahirkan

murid dalam praktikal kehidupan kendiri. Selain itu, pertandingan ini

dianjurkan bagi memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Malah turut memberi

pendedahan kepada murid-murid agar dapat meningkatkan potensi dan

keyakinan diri.
RASIONAL
Pertandingan Juadah Berbuka Kreatif merupakan aktiviti

yang disediakan khusus untuk Ahli Pengakap Sekolah

Rendah di Negeri Terengganu. Ahli pengakap akan

berpeluang mendapat Lencana Kepandaian dalam Kategori

Perkhidmatan iaitu Lencana Pengurus Rumah.


OBJEKTIF
Membantu murid mendapat
markah penyertaan dan
pencapaian yang lebih baik
dalam Pentaksiran Aktiviti,
Memberi peluang kepada
Memperkembangkan bakat Jasmani, Sukan dan
murid yang mempunyai
dan potensi pelajar dalam Kokurikulum.
kekangan untuk menyertai
semua bidang kurikulum
aktiviti badan beruniform
dan ko?kurikulum khasnya
secara bersemuka.
aspek pengurusan diri.

Memastikan setiap murid


bergiat aktif dalam pasukan
badan beruniform.
MATLAMAT
• Menyebarkan ilmu tentang lencana Kepandaian

dalam Kategori Perkhidmatan Uniform

Pengakap dalam kalangan ahli pengakap.

• Meningkatkan tahap keyakinan diri ahli

pengakap melalui aktiviti bersuasana

pertandingan.
TARIKH &
TEMPAT
Tarikh : 17 Mac – 3 April 2024
Tempat : Secara Dalam Talian
Medium : Video
Bayaran Pendaftaran : Tiada
SASARAN
• Ahli pengakap sekolah rendah
lelaki dan perempuan Tahun 4, 5, 6
dan PPKI sekolah sekolah Negeri
Terengganu
• Sasaran bilangan penyertaan: 1000
peserta
KONSEP PELAKSANAAN
• Peserta akan membuat Juadah Berbuka Kreatif dengan rakaman video.

• Peserta WAJIB mendapatkan kebenaran dan bantuan ibu bapa atau ahli keluarga, terutama dalam

menggunakan alatan berbahaya di dapur.

• Format rakaman video adalah menggunakan format YouTube Reels, iaitu secara portrait (menegak).

• Keseluruhan video mestilah tidak kurang dari 1 minit dan tidak lebih dari 2 minit. Video yang kurang

atau lebih tidak akan dinilai.

• Video perlu dimuat naik ke YouTube menggunakan akaun YouTube sekolah atau guru atau ibu bapa dan

ahli keluarga peserta. Penggunaan akaun youtube sendiri adalah tidak digalakkan kecuali menggunakan

akaun Delima KPM.


KONSEP PELAKSANAAN
• Peserta perlu merakam keseluruhan proses pembuatan juadah tersebut dalam masa yang ditetapkan.

• Peserta dibenarkan untuk membuat suntingan pada video tersebut mengikut kreativiti kendiri.

• Peserta boleh menggunakan voice-over atau suara secara rakaman terus semasa menerangkan proses

juadah disediakan.

• Penggunaan suara yang dijana secara elektronik adalah dibenarkan, namun mestilah bukan keseluruhan

video. Elemen suara peserta sendiri adalah wajib.

• Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam

rakaman. Penggunaan kedua-dua bahasa sekaligus dibenarkan namun tidak digalakkan kecuali dan perlu

atas dasar keperluan.


KONSEP PELAKSANAAN
• Penggunaan “special effects” “filter” dan lain-lain elemen digital adalah dibenarkan, namun mestilah

tidak keterlaluan

• Sebahagian kecil (sekitar 30%) daripada video wajib menampakkan muka peserta.

• Tempat pertama hingga kelima akan mendapat Hadiah dan Sijil Pencapaian Peringkat Negeri.

• Semua peserta akan mendapat e-Sijil Penyertaan Peringkat Negeri.

• Rakaman video mestilah public dan tidak melebihi 2 minit.


Terbuka kepada semua ahli
pengakap Tahun 4, Tahun 5,
Tahun 6 dan PPKI sekolah-
sekolah Negeri Terengganu
sahaja

KELAYAKAN
PENYERTAAN
Menjadi ahli pengakap yang
berdaftar dengan
Persekutuan Pengakap
Malaysia dan mempunyai
nombor keahlian
Peserta boleh
memakai uniform
pengakap, pakaian

PAKAIAN
aktiviti pengakap
atau skaf pengakap

PESERTA semasa rakaman


video dijalankan
GARIS MASA PELAKSANAAN

17 Mac 2024 14 April 2024

Pertandingan dibuka Pautan mengikut daerah


dihantar kepada juri
daerah

14 MAC 2024 3 April 2024 16 – 18 April 2024

Taklimat secara Dalam Pertandingan ditutup


Penjurian pemilihan
Talian
peringkat daerah
GARIS MASA PELAKSANAAN

2 Mei 2024

Pengumuman
Keputusan

23 – 25 April 2024

Penjurian peringkat
negeri
PENDAFTARAN
• Pendaftaran dan penghantaran video pertandingan perlu dibuat pada 17 Mac

hingga 3 April 2024.

• Peserta perlu melengkapkan borang google form dan meletakkan pautan

YouTube di ruangan yang disediakan.

• Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap pautan yang salah dan

video yang tidak dapat diakses tidak akan dinilai.

• Peserta diminta memastikan nama penuh ditaip dengan betul dan tepat kerana

nama akan digunakan untuk penghasilan eSijil Penyertaan


PENUTUP
Diharapkan dengan adanya penganjuran program seperti ini oleh SK
Permaisuri, Pengakap Setiu dan PPD Setiu akan dapat membentuk dan
melahirkan insan yang mempunyai jiwa yang penuh semangat dan berani
meneroka ilmu baharu. Adalah menjadi harapan kami agar program yang
bakal dianjurkan berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.
Kejayaan program ini bakal memberi impak yang positif dalam proses
kemenjadian murid-murid di Setiu.

You might also like