You are on page 1of 4

Kertas Konsep Pertandingan Deklamasi Sajak

Anjuran Sinar Karangkraf dengan kerjasama JPN Selangor Tahun 2024

KARNIVAL RAKYAT KARANGKRAF 2024


KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

Anjuran
SINAR KARANGKRAF
Dengan kerjasama
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

1. PENGENALAN
Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan
tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan
sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang
berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan
ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

2. OBJEKTIF
2.1. Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera Melayu.
2.2. Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

3. KATEGORI
3.1. Pertandingan ini terbahagi kepada enam kategori secara individu seperti berikut:
3.1.1. Sekolah Rendah (SR) : Murid Tahun 4 hingga 6
3.1.2. Sekolah Menengah Rendah (SMR) : Murid Tingkatan 1 hingga 3
3.1.3. Sekolah Menengah Atas (SMA) : Murid Tingkatan 4 hingga 5
3.1.4. Kolej Tingkatan Enam (KTE) : Murid Tingkatan 6
3.1.5. Sekolah Rendah Swasta (SRS) : Murid Tahun 1 hingga 6
3.1.6. Sekolah Menengah Swasta (SMS) : Murid Tingkatan 1 hingga 5

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 1


Kertas Konsep Pertandingan Deklamasi Sajak
Anjuran Sinar Karangkraf dengan kerjasama JPN Selangor Tahun 2024

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia.

4.2. Setiap sekolah boleh menghantar maksimum tiga penyertaan sahaja.

4.3. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

4.4. Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias
dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberikan sebarang markah.

4.5. Masa dikira pada ujaran pertama (sejurus sahaja peserta bercakap). Setiap peserta
diberikan masa seperti berikut:
4.5.1. Murid Tahun 4, 5, 6 : 3 hingga 5 minit sahaja
4.5.2. Murid Tingkatan 1, 2, 3 : 3 hingga 5 minit sahaja
4.5.3. Murid Tingkatan 4 hingga 5 : 3 hingga 5 minit sahaja
4.5.4. Murid Tingkatan Enam : 3 hingga 5 minit sahaja

4.6. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan atau gagal mematuhi
mana-mana syarat akan dipotong lima markah daripada markah keseluruhan. Tiada
sebarang bentuk penyingkiran atau hilang kelayakan bertanding sekiranya tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan.

4.7. Tema sajak adalah bebas. Sajak yang dideklamasikan boleh diambil daripada
mana-mana sumber, sajak sedia ada atau ciptaan sendiri (tiada markah untuk teks
sajak).

4.8. Peserta hendaklah menghafal teks sajak.

4.9. Peserta hendaklah menyatakan tajuk dan pencipta sajak sebelum


mendeklamasikan sajak.

4.10. Rakaman video deklamasi sajak yang dihasilkan tidak boleh melalui proses
suntingan.

4.11. Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera (komputer,


telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio.
Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun (single shoot) dan
tidak boleh melalui proses suntingan. Wajah peserta hendaklah jelas (tidak
terlindung). Tidak dibenarkan zum dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out)
semasa sedang merakam video. Kandungan video tidak boleh memaparkan
sebarang bentuk perkataan atau grafik yang menunjukkan identiti sekolah.
Video tersebut hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 60% imej
peserta dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4
dengan resolusi 720P/1080P. Rakaman perlu dimuatnaik ke YouTube dengan
ketetapan visibility unlisted dan pautannya dihantar melalui google form
penyertaan.

4.12. Muzik iringan TIDAK DIBENARKAN.

4.13. Pergerakan kaki hanya dibenarkan selangkah sahaja setiap kali pergerakan.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 2


Kertas Konsep Pertandingan Deklamasi Sajak
Anjuran Sinar Karangkraf dengan kerjasama JPN Selangor Tahun 2024

4.14. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan pautan


penyertaan sinarharian.com.my/karnival-rakyat-karangkraf mengikut tarikh
yang ditetapkan.

4.15. Teks sajak hendaklah dihantar kepada urus setia pertandingan sebelum
pertandingan akhir (bagi peserta yang terpilih sebagai FINALIS sahaja).

4.16. Peserta yang menjadi FINALIS akan dimaklumkan oleh pihak Karangkraf dan akan
bertanding secara bersemuka di Karangkraf pada 27 Julai 2024 (tertakluk kepada
pindaan).

5. ASPEK PEMARKAHAN
5.1. Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti berikut:
Kriteria Markah
Vokal 20
Intonasi 15
Nada 10
Artikulasi 15
Kelancaran 10
Penghayatan 10
Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10
Ketertiban 5
Keterampilan 5
JUMLAH 100

6. PENGHAKIMAN
6.1. Peringkat negeri dinilai oleh tiga orang hakim termasuk ketua hakim.
6.2. Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
6.3. Keputusan rasmi dibuat secara sistem agregat dan sistem juri.
6.4. Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep.
6.5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7. HADIAH
7.1. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan
mendapat trofi dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah
seperti berikut:
7.1.1. Johan : RM100, trofi dan sijil pencapaian
7.1.2. Naib Johan : RM70, trofi dan sijil pencapaian
7.1.3. Tempat Ketiga : RM50, trofi dan sijil pencapaian
7.1.4. Tempat Keempat : Hamper dan sijil pencapaian
7.1.5. Tempat Kelima : Hamper dan sijil pencapaian

8. HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN


8.1. Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 3


Kertas Konsep Pertandingan Deklamasi Sajak
Anjuran Sinar Karangkraf dengan kerjasama JPN Selangor Tahun 2024

9. GARIS MASA PERTANDINGAN

Bil Perkara Tarikh/Tempoh Urus Setia


1 Hebahan Pertandingan 6 Mei 2024 Karangkraf
JPN Selangor
2 Tarikh Tutup Penyertaan 10 Jun 2024 Karangkraf
Pertandingan Deklamasi
Sajak
3 Penyusunan Data 12-14 Jun 2024 JPN Selangor
Penyertaan dan Bahan
Rakaman Video Deklamasi
Sajak
4 Penjurian Saringan Awal 19-21 Jun 2024 JPN Selangor
Rakaman Video Deklamasi
Sajak
5 Pengumuman Finalis 1 Julai 2024 Karangkraf
6 Pertandingan Akhir 26 Julai 2024 Karangkraf
Bersemuka JPN Selangor

**Sekiranya terdapat perubahan pada tarikh pertandingan akhir, akan dimaklumkan


ketika pengumuman finalis

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 4

You might also like