You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DENDANGAN
SYAIR PERINGKAT NEGERI
SARAWAK 2022

anjuran
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

dengan kerjasama
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

1. LATAR BELAKANG

1.1 Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Za’aba
mendakwa syair berasal daripada perkataan “Sir” yang membawa maksud
perasaan atau pengenalan dengan pancaindera yang selalunya
membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai
bahasa yang indah dan menarik. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap
dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai
pemilik yang khusus dan dianggap milik bersama oleh masyarakat lama.

1.2 Kegiatan dendangan syair banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti
sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan
dan organisasi tertentu termasuk DBP, sama ada bersempena majlis tertentu
ataupun dalam bentuk sayembara/pertandingan.

1.3 Sejak tahun 2012, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, serta DBP Cawangan dan
Wilayah, bagi membolehkan pelajar sekolah menengah di seluruh negara
menunjukkan bakat dalam bidang deklamasi sajak dan penyampaian syair.

1.4 Tahun 2021 merupakan titik perubahan baharu bagi pertandingan ini apabila
nama Dendangan Syair diperkenalkan iaitu pada tahun kesembilan
pertandingan ini diadakan.

1.5 Pada tahun 2022, Pertandingan Dendangan Syair ini diadakan di Peringkat
Negeri sahaja.

2. OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan syair.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.

1
3. PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada sekolah menengah di bawah kelolaan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk murid tingkatan satu hingga
lima sesi persekolahan 2022/2023 KECUALI MRSM.

3.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

3.3 Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta.

3.4 Setiap peserta hendaklah mempunyai seorang guru pengiring.

3.5 Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh
setiap peserta.

3.6 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh yang
ditetapkan.

4. KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat saringan dan
peringkat akhir.
4.2 Peringkat saringan dilaksanakan secara rakaman video. Setiap peserta perlu
menghantar rakaman video dendangan syair, dan borang penyertaan pada
atau sebelum 2 Mac 2022 (Selasa) melalui e-mel syairdbp@gmail.com.

4.3 Hanya 10 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat akhir yang akan dilaksanakan
secara bersemuka pada 29 Mac 2022.

4.4 Pelaksanaan pertandingan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)


dan Garis Panduan Pelaksanaan Akitviti Kokurikulum KPM yang sedang
berkuat kuasa bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

5. PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

5.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair yang akan dipilih oleh
peserta.

2
5.2 Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam
komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dan
sumber lain seperti yang berikut:

5.2.1 Syair Burung Pungguk


5.2.2 Syair Perahu
5.2.3 Syair Kelebihan Ilmu
5.2.4 Syair Bidasari (Teks Komsas Ting. 4 – Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul)
5.2.5 Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
5.2.6 Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
5.2.7 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
5.2.8 Syair Perang Saudara di Pahang
5.2.9 Syair Panduan untuk Remaja
5.2.10 Syair Berbuat Jasa
5.2.11 Syair Definisi Orang Berakal
5.2.12 Syair Makna Riak

5.3 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

5.3.1 Irama Selendang Delima


5.3.2 Irama Tuk Kenali
5.3.3 Irama Perantau
5.3.4 Irama Narasi
5.3.5 Irama Mayang
5.3.6 Irama Batu Belah
5.3.7 Irama Hiasan
5.3.8 Irama Perindu
5.3.9 Irama Dodoi
5.3.10 Irama Dandan Setia
5.4 Syair yang akan disampaikan hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah
disediakan. Penyampaian syair selain daripada yang disenaraikan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

5.5 Pada pertandingan peringkat saringan, peserta dikehendaki menyampaikan satu


syair berdasarkan teks/karya daripada padanan yang telah disenaraikan
oleh urus setia.

5.6 Pada pertandingan peringkat akhir, pihak penganjur akan menetapkan satu
irama berserta teks yang telah dipadankan kepada peserta yang menjadi
johan peringkat negeri. Setiap peserta wajib menyampaikan syair berserta
irama seperti ditetapkan oleh penganjur. Setiap peserta akan mendapat
syair dan irama melalui undian.

5.7 Teks syair disertakan dalam borang penyertaan.

3
6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Peraturan Am Pertandingan

6.1.1 Peserta hendaklah memilih dan menyampaikan syair yang telah


disenaraikan oleh pihak penganjur.

6.1.2 Peserta boleh mendendangkan syair dengan iringan salah satu alat
muzik yang dimainkan secara langsung sama ada gitar, keyboard
atau biola.

6.1.3 Pada peringkat saringan, aspek kreativiti video juga akan dikira di
dalam pemarkahan tetapi tidak dibenarkan mengedit dari segi
pengadun alih suara (dubbing), segerak suara (miming) atau
mengadakan kesan bunyi (sound effect).

6.1.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa persembahan adalah dilarang.

6.1.5 Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan


penyertaannya serta-merta.

6.1.6 Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan


penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-mana
hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-undang
atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran jaminan ini,
penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian
ditanggung oleh peserta (Peringkat Saringan).

6.1.7 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah


yang melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak
berfungsi (Peringkat Saringan).

6.1.8 Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik
dalam media sosial rasmi dan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
tanpa sebarang tuntutan oleh peserta.

6.1.9 Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau


digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.

6.1.10 Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.

6.1.11 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian


dengan penyampaian syair.

6.2 Peraturan Teknikal Semasa Rakaman Video (Peringkat Saringan)

6.2.1 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman hendaklah

4
menggunakan tripod. Format video hendaklah dibuat syot penuh (full
shot) secara melintang (landscape). Video hendaklah dalam format
yang berikut:
i. Format MP4
ii. Dimensi 1280 x 720 (HD)
iii. Resolusi 720 piksel
iv. Saiz ratio 16:9

6.2.2 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

6.2.3 Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas dan


tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi
kenderaan dan sebagainya.

6.2.4 Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

6.2.5 Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

6.2.6 Undian penggiliran peserta akan ditentukan oleh urus setia.

7. HADIAH
7.1 Johan : Wang Tunai RM250.00, Sijil Pengiktirafan dan Buku Terbitan DBP
7.2 Naib Johan : Wang Tunai RM200.00, Sijil Pengiktirafan dan Buku Terbitan DBP
7.3 Tempat Ketiga : Wang Tunai RM150.00, Sijil Pengiktirafan dan Buku Terbitan
DBP
7.4 Sagu Hati 8. PENGHAKIMAN
(2 pemenang) : Wang Tunai RM50.00, Sijil Pengiktirafan dan
Buku Terbitan DBP
8.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat saringan dan
peringkat akhir, termasuk ketua hakim.

8.2 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad
jika tiada kelemahan dalam dendangan. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:

i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai


pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendendangkan syair dengan baik.
ii. Mengubah teks syair daripada teks asalnya.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.

5
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkapan syair.
vi. Mengulang rangkap syair yang sama.
vii. Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara perlakuan
negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendendangkan syair.
- Berkata-kata (selain teks syair) semasa mendendangkan syair.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa mendendangkan syair.

8.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

9. PEMARKAHAN

Aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut:


ASPEK MARKAH PENUH

IRAMA Penguasaan Irama 10


(35%)
Patah Lagu 15

Kreativiti Mencantikkan Irama 10

SUARA Kualiti suara 10


(30%)
Menguasai Tempo 10

Artikulasi (Sebutan) 10

TEKS Penghayatan 5
(20%)
Kelancaran 10

Jeda 5

GAYA Adab 5
PERSEMBAHA
N (15%) Busana 5

Penampilan 5
MARKAH PENUH 100

10. TARIKH

10.1 Peringkat Saringan


i. Tarikh tutup penyertaan: 2 Mac 2022 (Selasa)
ii. Tarikh pengumuman: 9 Mac 2022 (Selasa)

10.2 Peringkat Akhir


i. Tarikh cabut undi tajuk syair: 11 Mac 2022 (Jumaat)
ii. Tarikh pertandingan: 29 Mac 2022 (Selasa)
iii. Tarikh penyampaian hadiah: 31 Mac 2022 (Khamis)

6
11. AM
11.1 Sebarang perubahan pertandingan ini tertakluk kepada pertimbangan pihak
penganjur.

11.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur.

11.3 Jawatankuasa/urus setia berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan
munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

11.4 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:

Encik Shamsul Idzam Jamil,


Unit Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Sarawak. No. Tel.: 082-227000/012-8642877
No. Faks: 082-227022
E-mel : syairdbp@gmail.com

Disediakan oleh:
Unit Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
7
BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

No. Giliran : .......................................................................................................


Nama Peserta : .......................................................................................................
Sekolah : ....................................................................................................... Judul
Syair : ....................................................................................................... Irama
Syair : .......................................................................................................

Bil. ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN HAKIM


PENUH DIPEROLEH

1. IRAMA Penguasaan 10
(35%) Irama

Patah Lagu 15

Kreativiti 10
Mencantikkan
Irama

2. SUARA Kualiti suara 10


(30%)
Menguasai 10
Tempo

Artikulasi 10
(Sebutan)

3. TEKS Penghayatan 5
(20%)
Kelancaran 10

Jeda 5

4. GAYA Adab 5
PERSEMBAHA
N (15%) Busana 5

Penampilan 5

MARKAH PENUH 100

Ulasan keseluruhan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : ......................................................................................................


Nama : ......................................................................................................
Tarikh : ......................................................................................................

8
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
A. MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:

No. Telefon Bimbit :

E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tingkatan :

Tajuk Syair dan Irama :

Maklumat Akaun Bank : Nama Bank:


No. Akaun Bank:
Sila lampirkan penyata akaun bank

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :

E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa pelajar di atas adalah pelajar sekolah kami:

Tandatangan Pengetua :

Cap Sekolah :
No. Tel. :

No. Faks. :

You might also like