You are on page 1of 9

PENYAIR CILIK 2021

GARIS PANDUAN
ACARA PENYAIR
CILIK BAGI HARI
POTENSI KEMAS
TAHUN 2021

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


1
PENYAIR CILIK 2021

1. PENDAHULUAN

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi. Syair juga
merupakan sejenis puisi Melayu lama yang berangkap. Setiap rangkap syair
memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi cerita yang
lengkap. Syair yang dilagukan membawa maksud perasaan atau pengenalan
dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan
pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Terdapat
beberapa jenis syair seperti syair cerita, syair nasihat, syair patriotik, syair
kiasan, syair ilmu, syair agama, syair sejarah dan pelbagai lagi.

2. OBJEKTIF

2.1. Mendedahkan sedari awal kumpulan puisi Melayu kepada golongan kanak
kanak.

2.2. Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya syair dikalangan kanak-kanak.

2.3. Mencungkil bakat kanak-kanak dalam menyampaikan syair.

2.4. Menyemaikan sifat-sifat keberanian dan berkeyakinan tinggi dalam diri


kanak-kanak.

2.5. Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan pelajar, guru dan
ibu bapa dalam suasana yang tidak formal.

3. SYARAT PENYERTAAN

3.1. Peserta : 2 orang (Seorang lelaki dan seorang perempuan)

3.2. Masa : 03 hingga 05 Minit

3.3. Pakaian : Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang


bersesuaian dengan penyampaian syair.

3.4. Setiap Negeri perlu menghantar borang penyertaan mengikut kategori


menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan
dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


2
PENYAIR CILIK 2021

4. KAEDAH PERTANDINGAN

4.1. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh KEMAS dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka Ibu Pejabat melalui Bahagian Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja di bawah Program Dekad Bahasa
Kebangsaan.

4.2. Empat belas (14) orang peserta setiap kategori akan mewakili negeri masing-
masing pada pertandingan peringkat kebangsaan.

4.3. Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yang turut
merangkap sebagai guru pengiring.

4.4. Syair yang akan disampaikan hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah
disediakan.

4.5. Sekiranya peserta yang menjadi johan pertandingan peringkat negeri menarik
diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh
diberikan kepada naib johan, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan
syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang 14
hari daripada tarikh pertandingan peringkat kebangsaan.

5. PEMILIHAN SYAIR DAN IRAMA

5.1. Peserta dikehendaki menyampaikan satu (1) syair berdasarkan teks/karya


pilihan dengan menggunakan satu (1) irama yang dipilih sendiri oleh peserta.

5.2. Irama adalah bebas seperti :

i. Irama Siti Zubaidah


ii. Irama Narasi
iii. Irama Mayang
iv. Irama Batu Belah
v. Irama Hiasan
vi. Irama Perindu
vii. Irama Dodoi
viii. Irama Dandan Setia
ix. Irama Selendang Delima
x. Irama Tuk Kenali
xi. Irama Perantau

5.3. Pilihan syair adalah seperti:

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


3
PENYAIR CILIK 2021

i. Syair Bidasari (Antologi Puisi Tanah Airku – PKLN)


ii. Syair Burung Pungguk
iii. Syair Perahu
iv. Syair Kelebihan Ilmu
v. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
vi. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
vii. Syair Panduan untuk Remaja
viii. Syair Berbuat Jasa
ix. Syair Definisi Orang Berakal
x. Syair Makna Riak
xi. Syair Alam Sekitar
xii. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
xiii. Syair Perang Saudara di Pahang

5.4. Syair yang akan disampaikan pada peringkat kebangsaan hendaklah


berdasarkan senarai syair yang telah disediakan. Penyampaian syair selain
daripada yang disenaraikan akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1. Peserta boleh mendendangkan syair dengan iringan salah satu alat muzik
yang dimainkan secara langsung sama ada gitar, keyboard, biola atau alat
muzik yang bersesuaian.

6.2. Negeri tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara (dubbing),
segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi (sound effect).

6.3. Negeri perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan penerbitan semasa
menghasilkan video tidak melanggar mana-mana hak cipta yang ada dan tidak
melanggar mana-mana undang-undang atau yang mengaibkan.

6.4. Pihak Ibu Pejabat KEMAS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang


masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak
berfungsi.

6.5. Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau digunakan
untuk menyertai mana-mana pertandingan.

6.6. Markah hanya akan dikira berdasarkan syair yang dilagukan sepanjang
tempoh 3 hingga 5 minit sahaja. Syair yang dilagukan melebihi tempoh masa
tidak akan lagi dikira.

6.7. Peraturan Teknikal Semasa Rakaman Video adalah seperti berikut :


POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)
4
PENYAIR CILIK 2021

6.7.1. Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi
aspek visual dan audio. Rakaman hendaklah menggunakan tripod.
Format video hendaklah dibuat syot penuh (full shot) secara melintang
(landscape). Video hendaklah dalam format yang berikut:

i. Format MP4
ii. Dimensi 1280 x 720 (HD)
iii. Resolusi sekurang-kurang 1080 piksel
iv. Saiz ratio 16:9

6.7.2. Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

6.7.3. Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas dan


tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi
kenderaan dan sebagainya.

6.7.4. Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

6.7.5. Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

6.7.6. Undian penggiliran peserta akan ditentukan oleh urus setia.

7. ASPEK PENILAIAN

Aspek yang dinilai adalah seperti berikut :

ASPEK MARKAH PENUH


IRAMA Penguasaan Irama 10
(35%) Patah Lagu 15
Kreativiti Mencantikkan Irama 10
SUARA Kualiti suara 10
(30%) Menguasai Tempo 10
Artikulasi (Sebutan) 10
TEKS Penghayatan 5
(20%) Kelancaran 10
Jeda 5
GAYA Adab 5
PERSEMBAHAN Busana 5
(15%) Penampilan 5
POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)
5
PENYAIR CILIK 2021

ASPEK MARKAH PENUH


MARKAH PENUH 100

8. HAKIM

8.1. Tiga (3) orang panel hakim akan menghakimi setiap pertandingan
Kebangsaan termasuk Ketua Hakim.

8.2. Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri dalam kalangan guru
Bahasa Melayu, guru sastera dan pegawai pendidikan jabatan pendidikan
negeri yang menguasai pelbagai irama syair, Munsyi Dewan (Sastera),
penggiat sastera atau pegawai DBP.

8.3. Hakim pertandingan peringkat kebangsaan terdiri daripada pakar/aktivis


sastera yang menguasai pelbagai irama syair dari luar dan dalam DBP.

8.4. Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad
jika tiada kelemahan dalam dendangan. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:

i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan


sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan
walaupun mampu mendendangkan syair dengan baik.
ii. Mengubah teks syair daripada teks asalnya.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkapan syair.
vi. Mengulang rangkap syair yang sama.
vii. Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara
perlakuan negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendendangkan syair.
- Berkata-kata (selain teks syair) semasa mendendangkan
syair.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa
mendendangkan syair.

8.5. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan TIDAK akan
dilayan.

9. AM

9.1. Sebarang perubahan pertandingan ini tertakluk kepada pertimbangan pihak


Ibu Pejabat KEMAS.
POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)
6
PENYAIR CILIK 2021

9.2. Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak Ibu Pejabat KEMAS.

9.3. Jawatankuasa/urus setia berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar


dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

10. TAKWIM PERTANDINGAN

10.1. Pelan tindakan pertandingan adalah seperti berikut :

BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN


1. Bengkel Pengenalan dan Pemahaman 29 hingga 30 BPAK
Syair Melayu Kepada Pendidik Julai 2021
Masyarakat Jabatan Kemajuan
Masyarakat Sempena Festival Dekad
Bahasa Tahun 2021 akan diadakan pada
secara atas talian

2. Penghantaran maklumat peserta dan 20 September KEMAS


borang kebenaran ibu bapa kepada 2021 Negeri
urusetia Jawatankuasa Teknikal adalah
melalui pautan Google Drive mengikut
negeri.

3. Penghantaran bahan persembahan 27 September KEMAS


kepada urusetia induk melalui pautan 2021 Negeri
Google Drive mengikut negeri.

4. Hari Potensi Peringkat Kebangsaan 10 hingga 15 BPAK


Tahun 2021. Oktober 2021

5. Majlis Penyampaian Hadiah Hari Potensi 28 Oktober BPAK


Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 2021

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


7
PENYAIR CILIK 2021

BORANG PEMARKAHAN
PENYAIR CILIK HARI POTENSI TAHUN 2021

No. Giliran : .......................................................................................................


Nama Peserta : .......................................................................................................
TABIKA : .......................................................................................................
Judul Syair : .......................................................................................................
Irama Syair : .......................................................................................................

Bil. ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN


PENUH DIPEROLEH HAKIM
1. IRAMA Penguasaan 10
(35%) Irama
Patah Lagu 15
Kreativiti 10
Mencantikkan
Irama
2. SUARA Kualiti suara 10
(30%) Menguasai 10
Tempo
Artikulasi 10
(Sebutan)
3. TEKS Penghayatan 5
(20%) Kelancaran 10
Jeda 5
4. GAYA Adab 5
PERSEMBAHAN Busana 5
(15%)
Penampilan 5
MARKAH PENUH 100

Ulasan keseluruhan:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tandatangan Hakim : ..................................................................................................


Nama : ..................................................................................................
Tarikh : ..................................................................................................

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


8
PENYAIR CILIK 2021

BORANG PENYERTAAN
PENYAIR CILIK HARI POTENSI TAHUN 2021

A. MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta :
No. Mykids :
Tarikh Lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
Nama dan nombor akaun
bank kanak-kanak/ ibu/
:
bapa/ penjaga/ guru
pembimbing

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat TABIKA :

Tajuk Syair :
Irama Syair :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGAWAI KEMAS BAHAGIAN/DAERAH (PKB/D)

Dengan ini disahkan bahawa kanak-kanak di atas adalah kanak-kanak TABIKA di Daerah
kami:

Tandatangan PKB/D :

Cap nama dan jawatan :


No. Tel. :
No. Faks. :
* Sila lampirkan salinan mykids
* Sila lampirkan gambar ukuran saiz passport

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 (SEMAKAN 12.7.2021)


9

You might also like