You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP

PERTANDI
NGAN
SIMFONI
TRADISION
AL
MALAYSIA
SEKOLAH
MENENGA
H
PERINGKAT
NEGERI
SARAWAK
TAHUN 2023

14-16 OGOS
2023

1
ANJURAN:
PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023

1. MOD PROGRAM

1.1 Penyertaan adalah percuma.


1.2 Pertandingan adalah secara berperingkat; pemilihan ke peringkat negeri
melalui pemilihan di peringkat daerah.
1.3 Pertandingan secara dalam talian (penghantaran video rakaman).
1.4 Penghantaran penyertaan video ke peringkat negeri akan diselaraskan
oleh penyelaras di PPD.
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta sendiri.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan/ bantuan
kerajaan.
2.2 Jumlah penyertaan setiap pasukan maksima melibatkan 20 orang
sahaja.
2.2.1 18 orang - Murid
2.2.2 2 orang - Guru Pengiring /Jurulatih
2.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau
campuran.
2.4 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.
2.5 Setiap PPD boleh menghantar penyertaan SATU (1) pasukan sahaja.

2
3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN DAN
SYARAT AM PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran video rakaman.


3.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja dalam
kedudukan landskap mengikut kesesuaian pasukan masing-masing.
3.3 Penghantaran hasil karya video hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang
dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan
menggunakan resolusi 1080HD.
3.4 Dilarang meletakkan nama sekolah, daerah, negeri dalam video
persembahan. Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan.
3.5 Setiap kumpulan persembahan diwajibkan mempersembahkan DUA
buah lagu;
3.5.1 Lagu VOKAL tanpa medley (BEBAS)
3.5.2 Lagu Instrumental (BERTEMA: LAGU RAKYAT)

3.6 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-


mana sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di
Malaysia.
3.7 Sebarang perlanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan.
3.8 Di akhir rakaman, semua murid hendaklah mengucapkan slogan
#Nadi ABC #SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di
kalangan murid, guru dan masyarakat.

4. MASA PERSEMBAHAN

Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah


7 hingga 8 minit.

5. ETIKA BERPAKAIAN

3
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
6. PERALATAN

6.1 Peralatan WAJIB bagi setiap kumpulan terdiri daripada gabungan 2, 3


ATAU 4 dari alat muzik tradisional sedia ada.
Berikut adalah contoh gabungan alat muzik tradisional:
a. Gamelan dan Gambus
b. Gamelan, Angklung dan Gendang
c. Angklung, Ukulele, Pipa dan Sitar
d. Angklung dan Gu Zheng

6.2 Peralatan tambahan: BEBAS namun hanya sebagai accompaniment.


6.3 Alat muzik akustik ensembel tradisional seperti Gitar Akustik,
Gambus, Violin, Cello, Sita, Cuk Cak, Didgeridoo dan Seruling buluh
dibenarkan.
6.4 Alatan muzik moden tidak dibenarkan. Hanya Gitar Bass moden sahaja
dibenarkan.
6.5 Set Drum tidak dibenarkan.

7. PEMARKAHAN

7.1 Pemberatan Markah


Lagu Vokal : 50%
Lagu Instrumental : 50%

7.1.1 Lagu Vokal


(i) Vokal - 25 markah
(ii) Gubahan - 20 markah
(iii) Imbangan Bunyi dan Dinamik - 20 markah
(iv) Keseragaman Muzik - 15 markah
(v) Tempo - 10 markah
(vi) Kreativiti Persembahan - 10 markah

4
7.1.2 Lagu Instrumental

(i) Gubahan - 25 markah


(ii) Imbangan Bunyi dan Dinamik - 25 markah
(iii) Keseragaman Muzik - 25 markah
(v) Tempo - 15 markah
(vi) Kreativiti Persembahan - 10 markah

8. PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim peringkat negeri di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPN Sarawak.
8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

9. HADIAH / SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat Keempat Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat Kelima Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Anugerah Gubahan Terbaik Sijil Pencapaian
7. Penyertaan Sijil Penyertaan

5
10. PROSEDUR PENYERTAAN

10.1 Semua pendaftaran dibuat secara dalam talian.


10.2 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul. Ejaan
nama ditulis seperti pada kad pengenalan/mykid.
10.3 Video rakaman pertandingan dihantar dengan memuat naik ke Google
Forms pendaftaran yang disediakan oleh pengelola.

10.3.1 Video pertandingan dinamakan dengan caption


NamaPPD_Simfoni SM
Contoh: PPDSelangau_Simfoni SM

10.4 Senarai bahan yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google
Forms pendaftaran:
10.4.1 Borang penyertaan (borang lampiran A; lengkap yang telah
disahkan)
10.4.2 Borang penyertaan Excel (softcopy)- Muat turun dari Google
Form pendaftaran, kemudian muat naik semula Borang Excel
yang lengkap diisi ke dalam Google Form pendaftaran.
10.4.3 Surat iringan PPD (Surat rasmi penyertaan PPD, bukan surat
sekolah)
10.4.4 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (sediakan dalam satu file
PDF sahaja untuk kesemua peserta)
10.4.5 Gambar kumpulan (JPG/PNG)
10.4.6 Video rakaman

11. PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada


PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google forms
pendaftaran.

6
12. TARIKH PERTANDINGAN/ GARIS MASA

Pendaftaran pertandingan peringkat negeri: 14-16 Ogos 2023


Perkara Tarikh
Pendaftaran Peringkat Negeri 14-16 Ogos 2023
Penjurian Peringkat Negeri 17-18 Ogos 2023
Hebahan Keputusan Peringkat Negeri 25 Ogos 2023
Tarikh JPN Hantar Penyertaan Peringkat Kebangsaan 6 September 2023
Penjurian Video Rakaman Peringkat Kebangsaan 11-12 September 2023
(Separuh Akhir)
Pengumuman Keputusan Lima Pasukan Terbaik Yang 13 September 2023
Layak ke Peringkat Akhir Kebangsaan
Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan 16-19 Oktober 2023
(Bersemuka lima pasukan terbaik)

13. AM

13.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan kertas
konsep pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2023.
13.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
13.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui page Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan page Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
13.4 Penyertaan peringkat kebangsaan akan melibatkan penyertaan 16
JPN dan 1 buah sekolah BSKK (sekolah Seni Malaysia / Sekolah
Sukan Malaysia) bagi peringkat separuh akhir secara video rakaman.
Lima (5) penyertaan terbaik yang terpilih akan terus ke peringkat akhir
secara bersemuka.
13.5 Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 adalah di bawah kelolaan Jabatan

7
Pendidikan Negeri Kedah dalam Festival Rancak Seni Kebangsaan
Tahun 2023.
13.6 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621

MOHAMAD AL-BARR BIN YAHYA


Ketua Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Muzik)
013-5273177

FREDA LEE NYIAT JUNG


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Muzik)
019-4385047

Pertanyaan mengenai pendaftaran peringkat negeri boleh hubungi:


ZABEDEE COSMAS PANGGIE
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
PPD Selangau
084-891121/ 012-6557254

8
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA


SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023

PPD :
NAMA SEKOLAH :
TAJUK LAGU : 1.
2.

BIL KAUM NO.TELEFON


NAMA GURU JANTINA NO. KP
.
1
2
BIL NAMA MURID JANTINA KAUM NO. KP *PERANAN
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

*PERANAN: PENYANYI / NYATAKAN NAMA ALAT MUZIK YANG DIMAINKAN SEKIRANYA SEBAGAI
PEMUZIK

9
Pengesahan Pengetua: Cop Sekolah:

...........................................................

Tarikh: ..............................................
LAMPIRAN B

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya __________________________________________ ( ibu/bapa/ penjaga*)


No. Kad Pengenalan ______________________________membenarkan anak /
anak jagaan saya ___________________________________________________
No. Kad. Pengenalan ________________________________ menyertai
Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Sekolah Menengah Peringkat
Negeri Sarawak Tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...........................................
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : ..............

Diisi oleh setiap peserta (murid yang mengambil bahagian)

*Potong mana yang tidak berkenaan.

10
11

You might also like