You are on page 1of 10

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

KELOLAAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

ANJURAN:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1
KERTAS KONSEP
FESTIVAL TARIAN (FESTA)
RAKYAT/ETNIK DI MALAYSIA
(SEKOLAH RENDAH)
& RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF
(SEKOLAH MENENGAH)
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2022

ANJURAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2
FESTA RAKYAT DI MALAYSIA (SEKOLAH RENDAH) &
FESTA RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF (SEKOLAH MENENGAH)

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan adalah secara berkumpulan di peringkat negeri.


1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat negeri ke
peringkat kebangsaan.
1.3 Pertandingan ini adalah secara hibrid di mana semua penghantaran daripada
peserta adalah secara dalam talian (video rakaman tidak boleh disunting).
Sebarang gambar pendahuluan (berkumpulan), kesan khas dan animasi
adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam video rakaman.
1.4 Video hendaklah dirakam secara landskap dengan resolusi kamera minimum
1080 Pixel dan dirakam secara pegun (kamera statik) dalam format MP4.
1.5 Walau bagaimanapun, saringan akan dilakukan untuk memilih 3 yang
terbaik bagi setiap kategori
1.6 Pada peringkat akhir negeri akan dilaksanakan secara bersemuka, pasukan
yang layak setiap kategori DIBENARKAN untuk membuat penambahbaikan
tarian yang dibawa dalam talian untuk dipersembahkan tanpa mengubah
lagu/muzik iringan asal.
1.7 Penghantaran penyertaan video adalah melalui pautan yang disediakan oleh
pihak pengelola.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1
hingga Tahun 6) dan semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan hingga
Ting.5) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan bagi sekolah aliran perdana yang
bernaung di bawah KPM.
2.2 Penyertaan setiap negeri adalah secara BERKUMPULAN.
2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak
sekolah.(lampiran borang akan disediakan)

3
3. FORMAT PERSEMBAHAN

3.1 KATEGORI A: Sekolah Rendah


● Tarian Rakyat/Etnik di Malaysia

3.1.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8)
orang sahaja;
3.1.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.1.3 Setiap pasukan BEBAS untuk memilih Tarian Rakyat/Etnik dari mana-
mana negeri;
3.1.4 Setiap peserta perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan satu Tarian Rakyat/Etnik yang ada di Malaysia;
3.1.5 Setiap rakaman video hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan tidak
melebihi 6 minit;
3.1.6 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.1.7 Rakaman video hendaklah dimuat naik ke youtube dan ditetapkan
sebagai ‘unlisted’. Kongsikan pautan video tersebut ke dalam borang
pendaftaran.
3.1.8 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.1.9 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama dan logo sekolah
dalam rakaman video yang dihantar; dan
3.1.10 Pihak sekolah perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:

Video Rakaman : (Nama sekolah)


Nama Tarian :
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

4
3.2 KATEGORI B: Sekolah Menengah
● Tarian Rampaian Tradisional Kreatif
(Zapin/Inang/Joget/Asli)

3.2.1 Jumlah peserta bagi setiap kumpulan adalah WAJIB lapan (8)
orang sahaja;
3.2.2 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau
sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki
sahaja;
3.2.3 Setiap pasukan WAJIB mempersembahkan DUA (2) daripada empat
tarian yang ditawarkan iaitu zapin/inang/joget/asli;
3.2.4 Konsep KREATIF disini membawa pengertian tarian yang bebas diolah
dari segi gerak tari, struktur, pola lantai, muzik dan busananya, akan
tetapi masih perlu mengekalkan nilai estetika tarian atau budaya
tersebut;
3.2.5 Penggunaan unsur atau teknik kontemporari DIBENARKAN selagi
mana ianya tidak menjejaskan konsep asal tarian yang dipertandingkan
iaitu TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL KREATIF;
3.2.6 Setiap peserta perlu menghantar satu (1) rakaman video yang
mempersembahkan satu Tarian Rampaian Tradisional Kreatif;
3.2.7 Setiap rakaman video itu hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan
tidak melebihi 6 minit;
3.2.8 Dalam rakaman video WAJIB diletakkan slogan #SeniUntukSemua
(mengikut kreativiti masing-masing) bagi menyemarakkan kesenian
dalam kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.2.9 Rakaman video hendaklah dimuatnaik melalui pautan yang akan
diberikan oleh pihak pengelola;
3.2.10 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah
dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama;
3.2.11 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama sekolah dalam
rakaman video yang dihantar; dan
3.2.12 Pihak sekolah perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan
Google Form yang diberi:

Video Rakaman : (Nama Sekolah)


Nama Tarian :
Sinopsis Tarian : (50 – 70 perkataan)

5
4. LAGU / MUZIK IRINGAN

4.1 Lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana
lagu rakyat/etnik (sekolah rendah) yang sedia ada dengan mengekalkan
rentak asal lagu tersebut.
4.2 Lagu atau muzik iringan yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana
lagu tradisional/komersial yang bersesuaian (sekolah menengah)
4.3 Lagu atau muzik iringan boleh berbentuk instrumental atau muzik yang
mengandungi suara.
4.4 Lagu/muzik iringan boleh “ditampal” dalam video rakaman.

5. MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa persembahan bagi semua kategori adalah 3 hingga 6 minit sahaja.

6. PAKAIAN / AKSESORI / PROPS

6.1 Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan.


6.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

7. PEMARKAHAN

7.1 KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)

7.1.1 Penilaian Dalam Talian:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan
- 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

6
7.1.2 Penilaian Bersemuka:
Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Teknik tari/keaslian dan kesantunan
- 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 15 markah
Keseragaman dan keselarian - 15 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

7.2 KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)

7.2.1 Penilaian Dalam Talian:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Kreativiti dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 10 markah
Keseragaman dan keselarian - 10 markah
Kualiti audio dan visual - 10 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

7.2.2 Penilaian Bersemuka:


Koreografi dan pola lantai - 35 markah
Kreativiti dan kesantunan - 20 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 15 markah
Keseragaman dan keselarian - 15 markah
Busana dan tatarias - 15 markah
==========
MARKAH PENUH 100

7
8. PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan JPN negeri Selangor.


8.2 Bagi penjurian secara dalam talian (video rakaman), markah akan DITOLAK
sebanyak tiga (3) markah sekiranya TIDAK MEMATUHI mana-mana syarat
yang telah dinyatakan oleh pihak pengelola;
8.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

9. TARIKH PELAKSANAAN

TARIKH PERKARA TINDAKAN


Hebahan kertas konsep kepada
24 Jun 2022 sekolah-sekolah Penganjur

Penghantaran video tarian kepada


1 Ogos 2022 penganjur Sekolah/peserta

Penjurian video rakaman peringkat


2 – 3 Ogos 2022 Penganjur
negeri
Pengumuman keputusan 3 terbaik
4 Ogos 2022 Penganjur
SR dan SM ke peringkat negeri
Penjurian Peringkat Negeri (secara
8 – 9 Ogos 2022 Penganjur
bersemuka)
Pengumuman Keputusan Tarian SR
10 Ogos 2022 dan SM Peringkat Negeri Penganjur

10. TARIKH DAN TEMPAT PENJURIAN AKHIR

Tarikh : 8 hingga 9 Ogos 2022


Tempat : Secara bersemuka (di sekolah masing-masing)

8
11. HADIAH / SIJIL SETIAP KATEGORI

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Trofi dan sijil
2 Naib Johan Trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Trofi dan sijil
6 Penyertaan (Dalam talian) Sijil

11.1 Anugerah Individu


● Penari Lelaki Terbaik Menengah
● Penari Wanita Terbaik Menengah
● Penari Lelaki Terbaik Rendah
● Penari Wanita Terbaik Rendah

11.2 Anugerah Teknikal


● Anugerah Koreografi Terbaik Menengah
● Anugerah Koreografi Terbaik Rendah
● Anugerah Khas Juri Menengah
● Anugerah Khas Juri Rendah
● Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Menengah
● Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Rendah

*Johan, Naib Johan, Tempat ke-3, Tempat ke-4, Tempat ke-5 dan Anugerah ini hanya diberi kepada 5 terbaik
sekolah rendah dan 5 terbaik sekolah menengah yang layak ke peringkat akhir negeri Selangor.

Sebarang pertanyaan hubungi

Pegawai JPN Selangor


Pn Rosmonaliza Binti Ahmad 03-55138242

Pegawai Teknikal Tari JPN Selangor


9
En Mohamed Hanafi Bin Wahab (0166803183)
En Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri (0122790249)

10

You might also like