You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA
(PROGRAM KOKURIKULUM PASCA COVID-19)

ANJURAN:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGELOLA:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KPM
DAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

1
CABARAN SIBER KRS SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang


daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di
pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.

Cabaran Siber merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh


KPM dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli
KRS dan TKRS semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19)
untuk memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran teknologi
maklumat di samping membuat perkongsian kemahiran dan pengalaman
yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi
ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan
beruniform walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti
perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan


nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah;

2
2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang
dipelajari daripada guru dan jurulatih;

2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan


kemahiran pembelajaran teknologi maklumat; dan

2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti


KRS dan TKRS.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Cabaran Siber KRS dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu Peringkat
Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri
akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala
program Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan oleh Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


a. Peringkat Negeri - 15 Mac hingga 21 April 2021
b. Peringkat Kebangsaan - 5 Mei hingga 12 Mei 2021

3.3 Pertandingan ini terbuka kepada 2 kategori iaitu:


a. Sekolah Rendah (TKRS)
b. Sekolah Menengah (KRS)

3
3.4 Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara
berkumpulan dijalankan.

3.5 Butiran paparan video


i. Rakaman video mestilah beresolusi minima 360p 30fps.
ii. Rakaman boleh dibuat menggunakan telefon pintar, kamera
digital (SLR @ DSLR), Camcoders, handycam @ drone.
iii. Sudut rakaman mestilah dari pandangan hadapan dan
melintang.
iv. Rakaman video boleh statik @ bergerak mengikut sudut
pandangan yang sesuai.
v. Paparan dalam video perlu ada maklumat berikut:

Tajuk: Cabaran Siber KRS 2021


Nama Peserta :
Nama Sekolah :
Daerah :
Negeri :
Maklumat diatas mestilah dipaparkan dari mula sehingga tamat
dibahagian atas sebelah kiri paparan video.

3.6 Peserta pertandingan dikehendaki melaksanakan hanya satu (1)


daripada acara berikut:

a. Acara 1 - Pertandingan Foto Personel TKRS / Video


Personel KRS
i. Pertandingan Foto Personel TKRS
Ahli TKRS dikehendaki membuat album foto
menggunakan teknologi dan aplikasi yang sesuai dengan
memasukkan gambar-gambar berkaitan TKRS seperti
sejarah ringkas penubuhan TKRS, contoh penglibatan
peserta dalam aktiviti TKRS, pencapaian yang dicapai
4
oleh peserta sepanjang menjadi ahli TKRS dan
sebagainya.
Durasi masa – tidak melebihi 2 minit

ii. Pertandingan Video Personel KRS


Ahli KRS dikehendaki membuat rakaman video berserta
gambar berkaitan pasukan KRS seperti sejarah ringkas
penubuhan KRS, contoh penglibatan peserta dalam aktiviti
KRS, pencapaian yang dicapai oleh peserta sepanjang
menjadi ahli KRS dan sebagainya.
Durasi masa – tidak melebihi 2 minit.

b. Acara 2 - Pertandingan Laungan Azan


i. Pertandingan Laungan Azan TKRS
Peserta dikehendaki membuat rakaman video laungan
azan yang lengkap secara berterusan.
Video tidak boleh disunting atau diedit.
Peserta dikehendaki memakai uniform TKRS (lengkap
atau separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 3 minit.

ii. Pertandingan Laungan Azan KRS


Peserta dikehendaki membuat rakaman video laungan
azan yang lengkap secara berterusan.
Video tidak boleh diedit atau disunting.
Peserta dikehendaki memakai uniform KRS (lengkap atau
separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 3 minit.
5
c. Acara 3 - Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
i. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik TKRS.
Peserta dikehendaki membuat rakaman video nyanyian
lagu patriotik Bahasa Melayu menggunakan minus one.
Nyanyian sambil bermain alat muzik atau diiringi oleh
kugiran adalah tidak dibenarkan.
Rakaman video hendaklah berterusan dan tidak boleh
diedit atau disunting.
Peserta dikehendaki memakai uniform KRS (lengkap atau
separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 6 minit.

ii. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik KRS


Peserta dikehendaki membuat rakaman video nyanyian
lagu patriotik Bahasa Melayu menggunakan minus one.
Nyanyaian sambil bermain alat muzik atau diiringi oleh
kugiran adalah tidak dibenarkan.
Rakaman video hendaklah berterusan dan tidak boleh
diedit atau disunting.
Peserta dikehendaki memakai uniform KRS (lengkap atau
separa lengkap).
Durasi masa - tidak melebihi 6 minit.

iii. Senarai lagu Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik TKRS


dan KRS ialah:

6
➢ Warisan
➢ Bahtera Merdeka
➢ Ilham Pujangga
➢ Perwira
➢ Fikirkan Boleh
➢ Sejahtera Malaysia
➢ Si Baju Hijau
➢ Inilah Barisan Kita

3.7 Penghantaran bahan pertandingan


a. Pertandingan Peringkat Negeri
Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke Youtube
dan menghantar pautan (link) ke aplikasi google form yang
disediakan oleh JPN masing-masing sebelum atau pada 21
April 2021. (QR Code di poster)

b. Pertandingan Peringkat Kebangsaan


Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk
dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Peserta yang terpilih
tersebut akan menghantar pautan (link) Youtube berkenaan
melalui JPN masing-masing ke alamat yang disediakan oleh
KPM sebelum atau pada 12 Mei 2021.

7
4.0 Bilangan penyertaan ke pertandingan Peringkat Kebangsaan bagi
setiap negeri adalah seperti berikut:

4.1 Sekolah Rendah (TKRS)


Acara 1 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 2 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 3 - 20 penyertaan bagi setiap negeri

4.2 Sekolah Menengah (KRS)


Acara 1 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 2 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
Acara 3 - 20 penyertaan bagi setiap negeri
5.0 Aspek penilaian
5.1 Pertandingan Foto Personel TKRS dan Video Personel KRS.
Bil Item / Perkara Markah
a. Kandungan (pendahuluan, sejarah 60 markah
penubuhan, aktiviti, kejayaan
b. Kesesuaian muzik latar 10 markah
c. Kualiti audio visual 10 markah
d. Kreativiti 10 markah
e. Durasi (1 – 2 minit) 10 markah
JUMLAH 100 markah

5.2 Pertandingan Laungan Azan.


Bil Item / Perkara Markah
a. Suara 60 markah
b. Lagu 10 markah
c. Sebutan 10 markah
d. Tertib 10 markah
e. Pakaian 10 markah
f. Video diedit atau disunting (tolak 30 markah)

8
5.3 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.
Bil Item / Perkara Markah
a. Suara 60 markah
b. Tempo 10 markah
c. Diksi 10 markah
d. Kreativiti 10 markah
e. Penghayatan 10 markah
f. Gaya persembahan 10 markah
g. Pakaian (uniform KRS / TKRS) 10 markah
h. Video diedit atau disunting (tolak 30 markah)

6.0 Panel penilai.


Panel penilai akan dilantik oleh pihak KPM untuk menilai hasil aktiviti murid
mana JPN Peringkat Negeri. Keputusan panel adalah muktamad

7.0 Pemenang.
Sijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh JPN
masing-masing. Sijil Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Kebangsaan
akan dikeluarkan oleh pihak KPM melalui JPN masing-masing.

8.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi


En Basri Efendi Bin Masri
Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
012-7410257

9
9.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
KRS dan TKRS untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran
mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi menangani penularan
Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam pertandingan
ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan
kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di
samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.

10

You might also like