You are on page 1of 15

1

KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN TARIAN FORMASI
1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.
2. Peserta terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) dari kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Kurang
Upaya Pendengaran (BD).
3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik
ke Youtube (mode unlisted).
4. Sekiranya video didapati disunting penyertaan akan ditolak dan dibatalkan.
5. Pautan video rakaman hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu rakaman video sahaja.
7. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada 6 minit dan tidak lebih daripada
8 minit.
8. Setiap kumpulan yang bertanding hendaklah dianggotai seramai 8 orang MBK.
9. Peserta perlu berada di arena sepanjang masa persembahan dan tidak boleh keluar
masuk.
10. Lagu pilihan hendaklah berentak Joget dan Zapin sahaja.
11. Ciptaan karya tari hendaklah tidak melangkaui tata susila dan budaya masyarakat
Malaysia.
12. Penampilan busana harus menjaga sensitiviti dan budaya masyarakat Malaysia.
13. Penggunaan props adalah dilarang.
14. Pemarkahan adalah seperti yang berikut:
a. Transisi penciptaan pola lantai yang menarik dan di luar jangkaan - 30 markah
b. Koordinasi muzik dan gerakan berhubung kait - 20 markah
c. Koreografi dan keaslian gerak ciptaan baharu - 20 markah
d. Keseragaman dalam kumpulan - 15 markah
e. Busana dan tata rias - 15 markah
15. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pihak pengurus pasukan.
16. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga seperti dalam
Lampiran 1.
17. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan wabak
Covid-19.
18. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapk

2
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN TARIAN FORMASI
KATEGORI :
BERMASALAH PEMBELAJARAN SR (BP) ( )
BERMASALAH PEMBELAJARAN SM (BP) ( )
KURANG UPAYA PENDENGARAN SR (BD) ( )
KURANG UPAYA PENDENGARAN SM (BD) ( )

NOMBOR PASUKAN:

PANDUAN
KRITERIA MARKAH MARKAH
Transisi penciptaan pola lantai yang menarik dan di luar
jangkaan 30

Koordinasi muzik dan gerakan berhubung kait 20

Koreografi dan keaslian gerak ciptaan baharu 20

Keseragaman dalam kumpulan 15

Busana dan tata rias 15

JUMLAH MARKAH / 100

JUMLAH MARKAH :

NAMA HAKIM :

TANDATANGAN HAKIM: PENGESAHAN KETUA

3
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN GAJET
1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.
2. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) dari kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Kurang
Upaya Pendengaran (BD).
3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik
ke Youtube (mode unlisted).
4. Penyertaan pertandingan gajet ini adalah secara berkumpulan dianggotai 5 orang MBK.
5. Setiap peserta dikehendaki memakai uniform lengkap pasukan badan beruniform
masing-masing.
6. Setiap pasukan perlu menyiapkan tiga (3) gajet ciptaan menggunakan bahan terpakai
atau bahan semula jadi.
7. Setiap gajet perlu ada sekurang-kurangnya tiga (3) jenis ikatan.
8. Semua peralatan hendaklah disediakan oleh pihak pasukan masing-masing.
9. Setiap pasukan akan diberikan tempoh masa 90 minit sahaja untuk membina gajet dan
proses berkenaan perlu dirakam menggunakan mode time lapse serta dimuat naik ke
Youtube (mode unlisted).
10. Semua ukuran dan saiz gajet adalah munasabah dan boleh digunakan.
11. Setiap pasukan perlu membuat pembentangan tentang gajet yang dibina. Jelaskan nama
gajet, kegunaan dan fungsinya.
12. Pembentangan perlu dirakamkan tanpa suntingan dengan masa 3-5 minit dan dimuat
naik di Youtube (mode unlisted).
13. Pautan video rakaman hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
14. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
15. Markah akan diberikan berdasarkan kriteria berikut:
a. Kreativiti - 20 Markah
b. Keaslian hasil kerja - 20 Markah
c. Kefungsian - 20 Markah
d. Perbentangan - 40 Markah
11. Penggunaan bahan selain yang ditetapkan akan dikenakan penalti 5 markah.
12. Keputusan hakim adalah muktamad.
13. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pihak pengurus pasukan.
14. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga seperti dalam
Lampiran 1.
15. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan
wabak Covid-19.

4
16. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN GAJET
KATEGORI :
BERMASALAH PEMBELAJARAN SR (BP) ( )
BERMASALAH PEMBELAJARAN SM (BP) ( )
KURANG UPAYA PENDENGARAN SR (BD) ( )
KURANG UPAYA PENDENGARAN SM (BD) ( )

NO. PESERTA :

NAMA PASUKAN :

PANDUAN
BIL KRITIRIA PENILAIAN MARKAH
MARKAH
1 KREATIVITI 20

2 KEASLIAN HASIL KERJA 20

3 KEFUNGSIAN 20

4 PERBENTANGAN 40

JUMLAH MARKAH /100

JUMLAH MARKAH :

NAMA HAKIM :

TANDATANGAN HAKIM: PENGESAHAN KETUA JURI:

4
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN KOIR KOD TANGAN
1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.
2. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR)
dan Sekolah Menengah (SM) dari Kurang Upaya Pendengaran (BD).
3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik
ke Youtube (mode unlisted).
4. Sekiranya video didapati disunting penyertaan akan ditolak dan dibatalkan.
5. Pautan video rakaman hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu rakaman video sahaja.
7. Masa yang diperuntukkan adalah minimum 2 minit dan maksimum 5 minit.
8. Setiap kumpulan yang bertanding hendaklah dianggotai 8 orang MBK.
9. Peserta perlu berada di arena persembahan sepanjang masa persembahan dan tidak
boleh keluar masuk.
10. Lagu pilihan merupakan lagu popular dan tidak menyentuh sensitiviti
agama/kaum.
11. Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu yang
dipersembahkan serta harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia.
12. Persembahan Koir Kod Tangan akan melalui proses penjurian mengikut kriteria
berikut:
a. Kod tangan
i. Penghakiman kod tangan adalah dari segi ketepatan dan keseragaman kod
tangan serta keseimbangan dan harmoni.
b. Lagu
i. Setiap penyertaan dikehendaki mempersembahkan sebuah persembahan
koir sahaja.
ii. Lagu tersebut bukan ciptaan baharu di mana peserta boleh
mempersembahkan lagu yang sedia ada di pasaran.
c. Lirik
i. Lirik lagu hendaklah menepati tema yang ditetapkan oleh urus setia.
ii. Lirik lagu hanya menggunakan bahasa melayu sahaja.
iii. Lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
d. Persembahan / kreativti
i. Persembahan koir bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik.
ii. Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang
disampaikan dan tidak keterlaluan.

5
e. Muzik
i. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan.
ii. Iringan muzik tersebut hendaklah jelas.
f. Masa
i. setiap persembahan diberi masa 2 hingga 5 minit sahaja.
ii. masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik.
iii. pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang
ditetapkan.
13. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pengurus pasukan.
14. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga seperti dalam
Lampiran 1.
15. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan wabak
Covid-19.
16. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

6
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN KOIR KOD TANGAN
KATEGORI :
KURANG UPAYA PENDENGARAN SR (BD) ( )
KURANG UPAYA PENDENGARAN SM (BD) ( )

NO. PESERTA :

NAMA PASUKAN:

PANDUAN
BIL KRITIRIA PENILAIAN MARKAH
MARKAH
1 KOD TANGAN 40
2 LAGU 10
3 LIRIK 10
4 PERSEMBAHAN/KREATIVITI 20
5 MUZIK 10
6 MASA 10
JUMLAH MARKAH / 100

JUMLAH MARKAH:

NAMA HAKIM:

TANDATANGAN HAKIM: PENGESAHAN KETUA JURI:

7
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN TEPUK SORAK
1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.
2. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas
(MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori
Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Kurang Upaya Penglihatan (BL) yang
menyertai pasukan badan beruniform di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik
ke Youtube (mode unlisted)
4. Sekiranya video didapati disunting penyertaan akan ditolak dan dibatalkan.
5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
6. Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu rakaman video sahaja.
7. Penyertaan pertandingan ini adalah secara berkumpulan iaitu disertai oleh 8 orang
MBK.
8. Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
9. Setiap peserta dikehendaki memakai uniform lengkap pasukan badan beruniform
masing-masing.
10. Tepuk Sorak yang dibuat hendaklah berupa kata-kata semangat atau membawa
mesej yang baik (positif) kepada semua dan tidak mengandungi unsur-unsur
perkauman atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
11. Tepuk Sorak hanya dalam Bahasa Malaysia sahaja.
12. Tempoh durasi video tersebut adalah tidak kurang 30 saat dan tidak lebih 60 saat.
13. Kriteria pemarkahan adalah seperti yang berikut:
a. Keseragaman (Imej / Pakaian) – (30 Markah)
i. Hiasan pakaian yang dipakai kumpulan tepuk sorak – 15 Markah
ii. Imej yang ditonjolkan – 15 Markah
b. Disiplin (Teknik Sorakan) – (50 Markah)
i. Lirik yang dinyanyikan – 10 Markah
ii. Alunan tepuk sorak – 20 Markah
iii. Koordinasi tepuk sorak – 20 Markah
c. Persembahan (Keceriaan) – (20 Markah)
i. Personaliti kumpulan – 10 Markah
ii. Peralatan yang digunakan (props) – 10 Markah
14. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pengurus pasukan.
15. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga seperti dalam
Lampiran 1.

8
16. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan
wabak Covid-19.
17. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

9
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN TEPUK SORAK
KATEGORI :
BERMASALAH PEMBELAJARAN SR (BP) ( )
BERMASALAH PEMBELAJARAN SM (BP) ( )
KURANG UPAYA PENGLIHATAN SR (BL) ( )
KURANG UPAYA PENGLIHATAN SM (BL) ( )

NO. PESERTA :

NAMA KUMPULAN:

PANDUAN
BIL KRITIRIA PENILAIAN MARKAH MARKAH

KESERAGAMAN (IMEJ / PAKAIAN) – (30 MARKAH)


1

DISIPLIN (TEKNIK SORAKAN) – (50 MARKAH)


i
2

PERSEMBAHAN (KECERIAAN) – (20 MARKAH)


3 i. Personaliti kumpulan

JUMLAH MARKAH / 100

JUMLAH MARKAH :

NAMA HAKIM :

TANDATANGAN HAKIM: PENGESAHAN KETUA JURI:

1
0
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
1. Semua peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan pertandingan.
2. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR)
dan Sekolah Menengah (SM) dari kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan
Kurang Upaya Penglihatan (BL).
3. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik
ke Youtube (mode unpublish).
4. Sekiranya video didapati disunting penyertaan akan ditolak dan dibatalkan.
5. Pautan video rakaman disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
6. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu rakaman video sahaja.
7. Peserta dikehendaki mendendangkan 1 lagu dengan iringan muzik.
8. Pertandingan bertemakan Lagu Tema Filem Malaysia (Original soundtrack)
9. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7)
minit.
10. Kriteria pemarkahan adalah seperti yang berikut:
a. Suara - 40 markah
b. Tema - 20 markah
c. Gaya - 10 markah
d. Ekspresi - 10 markah
e. Pakaian - 10 markah
f. Persembahan/Kreativiti - 10 markah
11. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pengurus pasukan.
12. Setiap penyertaan MBK perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga seperti dalam
Lampiran 1.
13. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan
wabak Covid-19.
14. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

1
1
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
KATEGORI :
BERMASALAH PEMBELAJARAN SR (BP) ( )
BERMASALAH PEMBELAJARAN SM (BP) ( )
KURANG UPAYA PENGLIHATAN SR (BL) ( )
KURANG UPAYA PENGLIHATAN SM (BL) ( )

NAMA PESERTA :

BIL KRITERIA PENILAIAN PANDUAN MARKAH MARKAH


SUARA (40 MARKAH)
a. PIC 20
1 b. SEBUTAN 10
c. DINAMIK 5
d. KUALITI 5
2 TEMPO 20
3 GAYA 20
4 EKPRESI 5
5 PAKAIAN 5
6 PERSEMBAHAN/KREATIVITI 10
JUMLAH MARKAH / 100

JUMLAH MARKAH :

NAMA HAKIM :

TANDATANGAN HAKIM: PENGESAHAN KETUA JURI:

1
2
KARNIVAL e-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

SYARAT DAN PERATURAN


PERTANDINGAN SUKAN STACKING
1. Semua peserta tertakluk kepada peraturan pertandingan.
2. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR)
dan Sekolah Menengah (SM) dari kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Kurang
Upaya Pendengaran (BD) dan Kurang Upaya Penglihatan (BD).
3. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut:
a. BP/BD Sekolah Rendah
b. BP/BD Sekolah Menengah
c. BL Sekolah Rendah
d. BL Sekolah Menengah
e. Autisme Sekolah Rendah
f. Autisme Sekolah Menengah
g. Sindrom Down Sekolah Rendah
h. Sindrom Down Sekolah Menengah
4. Disiplin pertandingan:
1. Acara 3-3-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari
kiri ke kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3)
di sebelah kiri, tengah dan kanan
2. Acara 3-6-3: Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari
kiri ke kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3)
cawan di sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah, dan tiga (3) cawan di sebelah
kanan.
3. Acara Cycle: Turutan susunan 3-6-3 disusun hingga menjadi 1-10-1 secara
stack up dan stack down dan diakhiri hingga membentuk set cawan 3-6-3
5. Pertandingan akan diadakan secara live video melalui kumpulan Karnival
eKokurikulum Kebangsaan 2021 di laman Facebook.
6. Peserta perlu membuat penghantaran live video sukan stacking semua disiplin seperti
berikut:
a. 2 kali latihan (tidak perlu mengira masa)
b. 3 kali percubaan (perlu mengira masa)
7. Pautan live video perlu disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form.
8. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

1
3
9. Perkakasan/peralatan permainan adalah mengikut spesifikasi World Sport Stacking
Association seperti berikut:
a. Cup (12 biji)
b. Mat
c. Timer
d. Tournament Display (pilihan)
10. Pengadil akan mengambil masa terpantas setiap disiplin. Pemenang ditentukan
berdasarkan masa terpantas peserta.
11. Pertandingan akan diadili oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
12. Semua urusan pendaftaran peserta dilakukan oleh pengurus pasukan.
13. Setiap penyertaan murid perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga seperti dalam
Lampiran 1.
14. Setiap penyertaan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani penularan wabak
Covid-19.
15. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan setiap kumpulan
yang bertanding jika didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

14

You might also like