You are on page 1of 12

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT DAERAH LIMBANG


TAHUN 2023
1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan peringkat negeri ini menawarkan dua kategori penyertaan seperti
di bawah:

1.1.1 Kategori A : Murid Menengah Rendah


1.1.2 Kategori B : Murid Menengah Atas

1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat daerah ke


peringkat negeri.
1.3 Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian.
1.4 Penghantaran penyertaan filem di peringkat DAERAH adalah melalui pautan
Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan
hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
2.2 Jumlah penyertaan maksimum bagi setiap kumpulan bagi setiap kategori
melibatkan 10 orang sahaja termasuk pelakon dan krew produksi. (Minimum
penyertaan adalah SEORANG sahaja)
2.2.1 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran; dan
2.2.2 Pasukan digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya lebih
daripada satu kaum.
2.2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada sekolah
masing-masing.
2.3 Setiap Sekolah boleh menghantar satu (1) filem pendek bagi setiap
kategori untuk bertanding di peringkat Daerah.

3. FORMAT RAKAMAN
3.1 Video rakaman filem pendek boleh disunting. Suntingan boleh dibuat dalam
bentuk kolaj dan dimurnikan secara kreatif.
3.2 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720(HP)
dan maksima 1080(HP) dan view landscape.
3.3 Di akhir filem pendek hendaklah dipaparkan slogan #SeniUntukSemua
bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat.

2
3.4 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama atau logo sekolah dalam
rakaman filem yang dihantar.
3.5 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut
kesesuaian watak.
3.6 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan istilah yang sopan.
3.7 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan
menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik
dan pemimpin.
3.8 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang
telah ditetapkan.

4. TEMA DAN KONSEP


4.1 Tema bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat Daerah Limbang bagi Tahun
2023 adalah seperti berikut:

Bil Kategori Tema


4.1.1 Kategori A ABC: Harapan Keluarga Sanjungan
(menengah rendah) Negara

4.1.2 Kategori B ABC: Budaya Disanjung Adat Dijunjung


(menengah atas)

4.2 Genre terbuka seperti drama, komedi, dokumentari dan lain-lain.


4.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah:
4.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan;
4.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
4.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat
patriotik yang boleh dicontohi;
4.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa mengandungi
unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur
lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

3
5. TERMA DAN SYARAT
5.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli.
5.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/ diciplak.
5.3 Sebarang klip video selain daripada hasil rakaman sendiri adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
5.4 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
penghasilan filem pendek.
5.5 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan
dibatalkan.
5.6 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas HAK CIPTA. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran
hasil hak cipta.
5.7 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan
promosi.
5.8 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu mendapat
persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan Menggunakan
Gambar/Imej Individu. (Lampiran 3)
5.9 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah perkataan
dalam borang yang disediakan. Format sinopsis menggunakan Font Arial, saiz
tulisan 12 dan single spacing. (Lampiran 4)
5.10 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan filem
pendek.
5.11 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

6. DURASI FILEM PENDEK


6.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 hingga 5 minit sahaja.
Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.

7. PAKAIAN / PROPS
7.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan.
7.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

4
8. TUNTUTAN HAK CIPTA
8.1 Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memiliki hak
cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan.

9. PEMARKAHAN
PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN 30
 Ketepatan Tema 10 markah
 Keaslian Karya 10 markah
 Nilai dan Pengajaran 10 markah
KREATIVITI 40
 Pengarahan 20 markah
 Lakonan 20 markah
KUALITI 30
 Sinematografi 10 markah
 Suntingan 10 markah
 Audio 10 markah
Jumlah 100 markah

10. PENGHAKIMAN
10.1 Lantikan panel hakim Peringkat Daerah di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, PPD Limbang atas
Cadangan Sekolah Pengelola.
10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

11. PROSEDUR PENYERTAAN


11.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
11.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

5
11.3 Video yang terpilih bagi mewakili sekolah / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang
disediakan oleh Sekolah pengelola / PPD Pengelola.
Fail video pertandingan dinamakan dengan format
NamaPPD_NamaSekolah_TajukFilem

11.4 Senarai bahan/borang yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke


Google Forms pendaftaran:
11.4.1 Lampiran 1- Borang Penyertaan
11.4.2 Lampiran 2- Borang Kebenaran Ibu Bapa (Diisi oleh setiap peserta
yang mengambil bahagian)-sediakan dalam satu file PDF sahaja
11.4.3 Lampiran 3- Borang Persetujuan Menggunakan Gambar/Imej Individu
(Diisi oleh setiap peserta yang mengambil bahagian)- sediakan
dalam satu file PDF sahaja
11.4.4 Lampiran 4- Borang Sinopsis Filem Pendek
11.4.5 Skrip dalam bentuk PDF
11.4.6 Surat Iringan PPD
11.4.7 Video Filem Pendek

11.5 Tarikh akhir penghantaran filem pendek ke pihak pengelola adalah pada
15 Mei 2023.

12. PENGESAHAN PENYERTAAN


Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD masing-
masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google forms pendaftaran. ( Bagi
Penyertaan Peringkat Negeri sahaja )

6
13. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh pendaftaran pertandingan peringkat Daerah: 11-15 Mei 2022

Perkara Tarikh
PERINGKAT DAERAH
Hebahan kertas konsep Daerah kepada semua 01 Mei 2023
Sekolah
Tarikh Pendaftaran Peringkat Daerah 11-15 Mei 2023
Tarikh Penghakiman Daerah 15-16 Mei 2023
Keputusan dihantar ke UPBM PPD Limbang 16 Mei 2023
Peringkat Negeri
Tarikh Pendaftaran Peringkat Negeri 17 - 18 Mei 2023
Penjurian Peringkat Negeri 23-25 Mei 2023
Hebahan Keputusan Peringkat Negeri 31 Mei 2022
Tarikh JPN hantar penyertaan Peringkat Kebangsaan 13 Jun 2023
Penjurian Peringkat Kebangsaan (video rakaman) 20 Jun 2023
Pengumuman keputusan 5 terbaik Peringkat Jun 2023
Kebangsaan
Pengumuman Keputusan Peringkat Kebangsaan Julai 2023

14. HADIAH / SIJIL SETIAP KATEGORI

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Sijil Pencapaian
3. Tempat Ketiga Sijil Pencapaian
4. Tempat Keempat Sijil Pencapaian
5. Tempat Kelima Sijil Pencapaian

7
15. AM
15.1 Tema pertandingan peringkat daerah ini adalah selaras dengan tema pertandingan
peringkat kebangsaan Tahun 2023. (Wakil JPN Sarawak yang terpilih ke
peringkat kebangsaan perlu merujuk kertas konsep kebangsaan yang akan
dikeluarkan kelak)
15.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.
15.3 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan tepat dan betul. Ejaan nama ditulis
seperti pada kad pengenalan/mykid. (Pihak pengelola tidak akan
bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan sijil yang mempunyai kesalahan ejaan
yang disebabkan pengisian pendaftaran yang salah)
15.4 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

TUAN HAJI AWANG ZAINALABIDIN BIN HAJI USOP


Penolong Pegawai Pendidikan
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Limbang 0128506894

NASARUDDIN STANLEY BIN KUJAT


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Filem Pendek)
019-8367271

15.6 Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran boleh hubungi Sekolah Pengelola:


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Medamit Limbang
15.7 Lampiran;
15.7.1 Lampiran 1- Borang Penyertaan
15.7.2 Lampiran 2- Borang Kebenaran Ibu Bapa
15.7.3 Lampiran 3- Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej
Individu
15.7.4 Lampiran 4- Borang Sinopsis Filem Pendek

8
LAMPIRAN 1

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK


TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN

KATEGORI *(A) MENENGAH RENDAH / *(B) MENENGAH ATAS


PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK FILEM PENDEK
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU 1
NO. TELEFON
NAMA GURU 2
NO. TELEFON

BIL NAMA PESERTA JANTINA KAUM NO. KP


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/ kami.
Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Nama Guru) Tarikh :

Pengesahan Pengetua:Cop rasmi sekolah


9
LAMPIRAN 2

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI


SARAWAK TAHUN 2023

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya (Ibu, Bapa, Penjaga)


No. Kad Pengenalan membenarkan anak jagaan
saya No. Kad
Pengenalan menyertai Pertandingan Filem
Pendek Sekolah Menengah Peringkat Negeri Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan:
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh:

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

10
LAMPIRAN 3

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI


SARAWAK TAHUN 2023

BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GAMBAR / IMEJ INDIVIDU

Saya (Ibu, Bapa, Penjaga) No. Kad

Pengenalan bersetuju bahawa gambar / imej anak

jagaan saya untuk

penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat

Negeri Tahun 2023.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan:
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh:

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

1
LAMPIRAN 4

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI


SARAWAK TAHUN 2023

SINOPSIS FILEM PENDEK

TAJUK FILEM PENDEK :

DURASI FILEM PENDEK :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN
SINGLE SPACING

PENGARAH :
SEKOLAH :

You might also like