You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP

e- PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM NORMA BAHARU


DAERAH HULU LANGAT 2021
(DALAM TALIAN)

ANJURAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU
LANGAT

PENGELOLA :
SK D E S A B A I D U R I

“MOVE AND THE WAY WILL OPEN”

1
KERTAS KONSEP e-PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM NORMA BAHARU
DAERAH HULU LANGAT
(DALAM TALIAN)
Dengan Kerjasama PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT DAN
PIBG SK DESA BAIDURI

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Hulu Langat ini adalah salah satu aktiviti
kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Desa Baiduri. Program ini
boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-
badan unit beruniform sekolah-sekolah daerah Hulu Langat. Ia akan diadakan di SK
Desa Baiduri, Cheras pada 11 September 2021.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia


yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membentuk generasi pelajar yang memiliki keyakinan diri yang tinggi,
berketerampilan, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menyelesaikan
masalah dan menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan


ilmu dan amal ke arah pembentukan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-
nilai murni.

2.3 Mempelbagaikan kegiatan dalam bentuk pertandingan yang sihat dan


mencabar keupayaan pelajar untuk mencapai tahap yang tertinggi

2.4 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai


program kepimpinan dan membentuk pelajar yang mampu berdikari dan
mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

2.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

2
3.0 KONSEP DAN SYARAT UMUM PELAKSANAAN AKTIVITI
3.1 Penyertaan murid adalah secara sukarela dan tiada paksaan.
3.2 Penyertaan murid hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga.
3.3 Cabaran dalam Perkhemahan ini dijalankan untuk peringkat daerah dan
akan dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras.
3.4 Pelancaran Perkhemahan dan penerangan semua cabaran akan dilaksanakan
pada :
Tarikh : 11.9.2021
Masa: 8.45 pagi
Tempat: Pelantar maya (YouTube dan FB) SK Desa Baiduri

3.5 Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara berkumpulan
dilaksanakan.

3.6 Peserta mestilah mempunyai peranti yang mencukupi dan talian internet yang
stabil.

3.7 Peserta sekolah rendah yang layak ialah murid tahun 4,5 dan 6 sahaja.

3.8 Perkhemahan ini menyediakan LIMA cabaran/aktiviti iaitu:

3.8.1 Cabaran Menghasilkan Buku Skrap Asas Perkhemahan


3.8.2 Cabaran Menghasilkan video Simpulan Buku Sila
3.8.3 Cabaran Menghasilkan video Anduh Tangan
3.8.4 Cabaran Menghasilkan video Asas Kawad kaki
3.8.5 Cabaran Menghasilkan Kolaj Penyediaan Sandwich

3.9 Setiap peserta dikehendaki menjalankan semua aktiviti diatas dan pautan
rakaman dimuatnaik dalam Google Form yang disediakan oleh hakim.

4.0 SYARAT RAKAMAN SEMUA CABARAN


4.1 Rakaman video hendaklah tidak melebihi 3 minit dan mesti dirakam secara
berterusan.

4.2 Rakaman yang melebihi 3 minit akan dikenakan diskualifikasi.

4.3 Rakaman mesti bermula daripada peserta mempamerkan nama penuh


sahaja. Nama sekolah dan lencana sekolah tidak dibenarkan.

4.4 Suntingan yang melibatkan pencantuman dan pembetulan babak tidak


dibenarkan. Video tersebut akan dikenakan diskualifikasi.

4.5 Peserta hendaklah berpakaian Unit Beruniform lengkap unit masing-masing


atau pakaian T-Shirt Unit masing-masing dengan berstokin dan berkasut
semasa menjalankan aktiviti dan sepanjang rakaman video.

3
5.0 PENGHANTARAN RAKAMAN VIDEO

5.1 Peserta Pertandingan Peringkat Daerah perlu menghantar pautan (link) ke


Google Form yang disediakan oleh hakim sebelum atau pada 20 September
2021.

6.0 ASPEK PENILAIAN

6.1 Cabaran Menghasilkan Buku Skrap Asas Perkhemahan

6.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada peserta individu beruniform di


sekolah-sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar
dengan badan induknya sahaja.

6.1.2 Pengisian Buku Skrap

6.1.1.2 Halaman kulit hadapan. (Tajuk, Nama Peserta, No MyKid,, Unit


Beruniform, No Telefon, dan emel).

6.1.3 Kandungan.

6.1.3.1 Pengenalan Perkhemahan


6.1.3.2 Tujuan Perkhemahan
6.1.3.3 Persiapan Awal Perkhemahan (tempat dan sebagainya)
6.1.3.4 Aturcara Perkhemahan (2 hari 1 malam)
6.1.3.5 Aktiviti Perkhemahan (2 jenis aktiviti perkhemahan)
6.1.3.6 Khemah (2 jenis khemah)
6.1.3.7 Lakaran/Kedudukan Kawasan Khemah
6.1.3.8 Persiapan Akhir Perkhemahan (peralatan perkhemahan)
6.1.3.9 Gajet dan Kegunaannya (2 jenis gajet)
6.1.3.10 Perkara Sebelum Meninggalkan Tapak Perkhemahan
6.1.3.11 Penutup

6.1.4 Pakaian (semasa temubual) -video call

6.1.4.1 Pakaian peserta hendaklah pakaian rasmi pasukan


beruniform
berkenaan.

6.1.5 Pelaksanaan Pertandingan

6.1.5.1 Penghasilan Buku Skrap hanya menggunakan Bahasa Melayu


sahaja.

6.1.5.2 Semua peserta perlu menghantar Buku Skrap Asas


Perkhemahan dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan perlu
menghantar dalam bentuk pdf (softcopy) ke urusetia untuk
penghakiman dan peserta akan menjalani ujian secara temu
bual (video call) secara online.

4
6.1.5.3 Pertandingan akan dijalankan di peringkat daerah.

6.1.5.4 Penghasilan buku skrap berdasarkan kandungan, kreativiti,


dan persembahan yang disokong dengan gambar, keratan dari
buku, majalah, maklumat dari internet dan sebagainya amat
digalakkan.

6.1.5.5 Buku skrap hendaklah ditaip atau tulisan tangan.

6.1.5.6 Reka bentuk buku skrap bersaiz A4 sahaja.

6.2 Cabaran Menghasilkan video Simpulan Buku Sila

6.2.1 Syarat pertandingan


6.2.1.1 Berpakaian uniform lengkap.
6.2.1.2 Durasi video tidak melebihi 3 minit dan tanpa suntingan.
Penalti dikenakan bagi video yang lebih 30 saat.
6.2.1.3 Video mestilah dirakam secara pegun dan menampakkan diri
peserta dari aras pinggang ke atas. Pastikan kualiti audio
adalah baik dan jelas.
6.2.1.4 Tali yang digunakan mestilah bersaiz besar sekurang-
kurangnya 2.55 mm dan boleh dilihat dengan jelas.
6.2.1.5 Bantuan daripada ibu bapa/penjaga adalah dilarang sama
sekali.
6.2.1.6 Pendahuluan video mestilah mengandungi nama, unit
beruniform dan tajuk video. (Disebut secara lisan tanpa nama
sekolah)
6.2.1.7 Video mestilah mengandungi pendahuluan, fungsi simpulan
buku sila, cara membuat dan membuka simpulan, contoh
aplikasi simpulan dan penutup.
6.2.1.8 Video perlu dihantar melalui link telegram yang diberikan.
6.2.1.9 Tarikh akhir penghantaran video pada 20 September 2021
6.2.1.10 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.2.2 Pemarkahan cabaran Simpulan Buku Sila

Bil Item / Perkara Markah


a. Pakaian Unit Beruniform lengkap 10 markah
b. Pendahuluan 10 markah
c. Gerak kerja dan Kekemasan simpulan 30 markah
d. Kreativiti - Aplikasi simpulan 20 markah
e. Refleksi 10 markah
f. Penerangan lisan yang jelas 10 markah
g. Kualiti audio visual dan Pematuhan durasi 10 markah
tidak lebih 3 minit
Jumlah 100 markah

5
6.3 Cabaran Menghasilkan video Membuat Anduh Tangan

6.3.1 Syarat Pertandingan.

6.3.1.1 Penyertaan peserta adalah secara individu dan menggunakan


seorang model dari kalangan ahli keluarga sendiri dengan
mematuhi SOP MKN,
6.3.1.2 Peserta hendaklah memakai uniform unit masing-masing
sepanjang rakaman.
6.3.1.3 Elemen yang di uji adalah balutan anduh besar.
6.3.1.4 Peserta tidak boleh menerima bantuan dari model atau
orang lain semasa proses membuat balutan anduh besar.
6.3.1.5 Alatan yang dibenarkan ialah kain anduh, skaf Pengakap, skaf
Pandu Puteri Tunas atau sebarang kain berbentuk segitiga
tanpa corak bersaiz kain anduh.
6.3.1.6 Rakaman boleh dibuat menggunakan telefon pintar, kamera
digital (DSR atau SLR), camcorder atau handycam.
6.3.1.7 Peserta menyatakan nama dan nama sekolah dengan terang
dan jelas di awal rakaman.
6.3.1.8 Rakaman video boleh statik atau bergerak mengikut sudut
pandangan yang sesuai.
6.3.1.9 Sudut rakaman mestilah merangkumi semua pergerakan dan
aktiviti dengan jelas tanpa halangan visual.
6.3.1.10 Rakaman hendaklah bebas dari muzik latar, kesan khas video
dan kesan plekat muka(emoji).
6.3.1.11 Paparan video perlu dilaksanakan secara berterusan tanpa
suntingan selama tidak melebihi 3 minit.
6.3.1.12 Kiraan masa bermula dari peserta mengenalkan diri sehingga
penutup kata.
6.3.1.13 Peserta perlu memberi penerangan dan menunjukkan semua
perbuatan dengan jelas.
6.3.1.14 Peserta dan model mestilah dalam paparan penuh atau
separuh badan.
6.3.1.15 Diakhir paparan, peserta mesti menguji ikatan buku sila yang
dibuat dengan membukanya dengan betul. Kemudian
barulah peserta memberi kata penutup. (Sekian, terima
kasih)
6.3.1.16 Peraturan umum pertandingan yang ditetapkan oleh
penganjur adalah terpakai.
6.3.1.17 Keputusan juri adalah muktamad.
6.3.1.18 Perkara yang akan dinilai ialah :
a. Kemantapan suara
b. Penerangan tugasan yang jelas dan tepat
c. Menyatakan kegunaan anduh
d. Kekemasan anduh
e. Masa menyelesaikan tugasan
f. Ketepatan simpulan yang digunakan
g. Mata penalti akan dikenakan bagi setiap
pelanggaran syarat

6
6.3.2 Permarkahan cabaran video Membuat Anduh Tangan

Bil Item / Perkara Markah


a. Pakaian Unit Beruniform lengkap 10 markah
b. Memperkenalkan diri 10 markah
c. Gerak kerja dan Kekemasan Anduh Tangan 30 markah
d. Penutup/Refleksi 20 markah
e. Penerangan lisan yang jelas 10 markah
f. Kreativiti dan alatan yang digunakan 10 markah
g. Kualiti audio visual dan Pematuhan durasi 10 markah
tidak lebih 3 minit
Jumlah 100 markah

6.4 Cabaran Menghasilkan video Asas Kawad Kaki

6.4.1 Konsep Pengujian : Menguji kemahiran kawad kaki peserta. Peserta akan
diuji secara individu.

6.4.2 Skop ujian


6.4.2.1 Berdasarkan sukatan kurikulum Unit Beruniform SR
6.4.2.2 Peserta akan dikehendaki memberi hukuman dan melakukan
perbuatan kawad statik.

6.4.3 Kriteria Penilaian : Peserta akan dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut;


6.4.3.1 Ketepatan bahasa hukuman
6.4.3.2 Suara hukuman
6.4.3.3 Ketepatan pelakuan
6.4.3.4 Kekemasan dan sahsiah diri (Uniform)

6.4.4 Syarat umum Pengujian


6.4.4.1 Uniform lengkap setiap unit
6.4.4.2 Rakaman dari pandangan hadapan dan sisi kanan ( ulang
pergerakan)
6.4.4.3 Waktu melapor hanya perlu menyatakan nama dan tidak perlu
nyatakan nama selokah Contoh: “ saya…………………………….. sedia
untuk diuji.

6.4.5 Pelakuan kawad yang diuji :

6.4.5.1 Melapor
6.4.5.2 Senang diri
6.4.5.3 Rehatkan Diri
6.4.5.4 Baris sedia
6.4.5.5 Buka Barisan

7
6.4.5.6 Ke Kanan Lurus
6.4.5.7 Bergerak ke kiri
6.4.5.8 Bergerak ke kanan
6.4.5.9 Menghadap Ke Belakang
6.4.5.10 Menghadap ke hadapan
6.4.5.11 Tutup barisan

6.4.6 Borang Pemarkahan Ujian Asas Kawad Kaki

Peserta:………………………………………………………

Perlakuan Bahasa Hukuman Jumlah Catatan

Melapor 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Senang diri 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Rehatkan diri 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Baris sedia 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Buka barisan 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Kanan lurus 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Bergerak ke kiri 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Bergerak ke kanan 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Menghadap ke belakang 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Menghadap hadapan 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Tutup barisan 0 1 2 3 4 0 1 2 3 4

Mengikut urutan 0 1 2 3 4

Suara hukuman 0 1 2 3 4

Kekemasan dan sasiah diri 0 1 2 3 4

Jumlah

8
6.5 Cabaran Menghasilkan Kolaj Penyediaan Sandwich

6.5.1 Syarat Cabaran


6.5.1.1 Peserta hendaklah berpakaian uniform lengkap unit masing-
masing atau T-Shirt Unit masing-masing dengan
berstokin dan berkasut semasa menjalankan aktiviti dan
sepanjang aktiviti dijalankan.
6.5.1.2 Susunan gambar dan hiasan mengikut kreativiti masing-
masing.
6.5.1.3 Penyediaan bahan dan peralatan yang digunakan mesti
ditunjukkan pada gambar pertama.
6.5.1.4 Mesti ada 8 keping gambar yang mengandungi
Pendahuluan, Proses dan Penutup (Hasil)
6.5.1.5 Gambar mesti jelas , berkualiti dan merangkumi semua aspek
yang ingin disampaikan.
6.5.1.6 Susunan gambar mengikut urutan yang betul dalam satu
muka surat sahaja.
6.5.1.7 Pastikan peserta ada dalam setiap gambar bersama bahan
dan aktiviti yang ditunjukkan.
6.5.1.8 Kebersihan dan kekemasan juga diambil kira.

6.5.2 Pemarkahan Foto Kolaj berdasarkan :

Bil Item / Perkara Markah


a. PAKAIAN / PENAMPILAN PESERTA 10 markah
b. ISI KANDUNGAN (50 MARKAH)
Pendahuluan (Perkenalkan bahan) 10 markah
Langkah penyediaan 30 markah
Penutup (Hasil) 10 markah
c. PERSEMBAHAN HIDANGAN (20 MARKAH)
Hiasan 10 markah
Kreativiti penyediaan dan Inovasi 10 markah
d. Penerangan yang jelas (tulisan pada gambar) 10 markah
e. Kualiti foto (tidak kabur) 5 markah

Pematuhan Syarat (bilangan foto dan muka surat, 5 markah


uniform lengkap, susunan tertib dll)

Jumlah 100 markah

6.5.3 Guru / ibubapa boleh memberikan idea kepada murid-murid


mengenai susunan / storyboard persembahan foto kolaj. Supaya
lebih menarik dan semua Langkah penyediaan dan bahan yang
hendak ditunjukkan ada dalam hasil foto kolaj peserta.

9
6.5.4 Penyertaan (aktiviti penyediaan hingga tamat dan penghasilan
kolaj ) mestilah asli dan hasil kerja tangan ahli sendiri , bukan
dengan buatan ibubapa atau guru dan peserta hanya posing sahaja.
Ibubapa dan guru hanya sebagai pemantau , penasihat atau juru
foto sahaja. Penyertaan akan dikenakan diskualifikasi.

6.5.5 Kita mendidik anak / anak murid kita supaya bersikap Amanah
dalam apa jua yang dilakukan.

6.5.6 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.5.7 Penghantaran Foto Kolaj

6.5.7.1 Peserta Pertandingan Peringkat Daerah perlu menghantar


penyertaan Foto Kolaj ke Google Form yang disediakan oleh
hakim sebelum atau pada 20 September 2021.

7.0 PANEL JURI


7.1 Panel Juri akan dilantik oleh pihak PPD bagi pertandingan peringkat daerah ini.

8.0 PENGIKTIRAFAN / SIJIL PERTANDINGAN/HADIAH

8.1 Semua murid yang menyertai akan menerima sijil dan pengiktirafan markah
PAJSK peringkat daerah.

8.2 Sijil Pencapaian akan diberi kepada 10 peserta terbaik bagi setiap kategori
yang dipertandingkan.

8.3 Setiap cabaran menyediakan 10 hadiah untuk dimenangi.

9.0 URUSETIA/PEGAWAI PERTANDINGAN, SILA HUBUNGI

1. Pegawai Meja Pasukan Badan Beruniform


Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
Puan Masitah Binti Mustafa 014-2236164

2. Pegawai Teknikal Perkhemahan Daerah Hulu Langat


En. Amran Bin Lateh - 018-3146643

3. Urusetia Pertandingan
Puan Rashidah Binti M.C Shaik Fareed (PK Kokurikulum SK Desa Baiduri)
013 2600996

Cik Nor Nazni Aniza Bt. Mohd Zain (SU Ko Kurikulum) – 019 3147838
Puan Norhidayah Bt Chek Meh (Pen. SU Ko Kurikulum) – 016 4808424

10
Juri Rayuan
Puan Masitah Binti Mustafa(Penolong Pegawai PPD)
Puan Rashidah Binti M.C Shaik Fareed (PK Kokurikulum SK Desa Baiduri)
En. Amran Bin Lateh(Pegawai Teknikal Perkhemahan)

10.0 PENUTUP

Penganjuran Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Hulu Langat ini diadakan bagi
memenuhi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum. Pihak pengelola berharap
agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektif yang digariskan. Di
harapkan ianya akan menjadi acara tahunan dalam takwim Pejabat Pendidikan
Daerah Hulu Langat pada masa akan datang.

11

You might also like