You are on page 1of 10

PERTANDINGAN TEATER

SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI 2023

ANJURAN
BAHAGIAN SUKAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KELOLAAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

1
1. MATLAMAT

Pelibatan murid-murid dalam pertandingan ini memberi pendedahan dan memupuk


penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang kesenian kepada murid
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, pertandingan ini
membantu meningkatkan ilmu pengetahuan, peragaan bakat dan memupuk
penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;

2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;

2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni dalam


memartabatkan kesenian yang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat
pendidikan;

2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh
mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada
negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada
nilai seni tersendiri...”. Sehubungan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyak program wajib pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian dalam pelbagai peringkat.

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaran seni dengan;

1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah


berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid

2
dalam program kesenian;
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang
berasaskan seni persembahan; dan

1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar pada peringkat
kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk
mengasah dan menyerlahkan bakat dalam pelbagai cabang seni
persembahan;

3.2 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen


Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

3.3 Memastikan semua program yang dirancang selari dengan


dasar  Kementerian Pendidikan Malaysia  dan Kerajaan Negeri untuk
melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan di peringkat negeri dan


kebangsaan.

1.2 Pertandingan secara berperingkat; pemilihan ke peringkat


kebangsaan melalui pemilihan di peringkat negeri.

1.3 Pemilihan di peringkat negeri boleh dijalankan secara dalam talian atau
bersemuka (perlu mematuhi Surat Siaran Bil.3/2023 : Garis Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas).

3
1.4 Hanya satu pasukan terbaik bagi Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah sahaja akan mewakili Selangor ke Pertandingan Teater
peringkat kebangsaan.

1.5 Pertandingan di Peringkat Negeri diadakan secara Dalam Talian (Online)


dan penghantaran video serta dokumen lain, melalui link Google Drive.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid :


- Sekolah rendah berumur 10-12 tahun sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
- Sekolah menengah berumur 13-18 tahun sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
- Bukan warganegara DIBENARKAN menyertai sekiranya mendapat status
penduduk tetap ( PERMANENT RESIDENT - PR ) sahaja.

2.2 Penyertaan setiap pasukan ialah tidak melebihi 10 orang


(termasuk tenaga produksi) dan 2 orang guru
pembimbing/jurulatih.

2.3 Pertandingan ini melibatkan semua sekolah kerajaan/bantuan kerajaan di


Negeri Selangor.

2.4 Senarai nama peserta WAJIB BERTAIP (EXCELL) serta perlu mendapat
pengesahan dari sekolah masing-masing.

4
3. SYARAT PENYERTAAN

3.1 Masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan adalah :


3.2.1 Sekolah Rendah
3.2.1.1 Bump in 5 minit, persembahan antara 15-20 minit,
bump out 5 minit. (masa bump in dan bump out tidak
termasuk di dalam masa persembahan)

3.2.2 Sekolah Menengah


3.2.2.1 Bump in 5 minit, persembahan antara 25-30 minit,
bump out 5 minit. (masa bump in dan bump out tidak
termasuk di dalam masa persembahan)

3.2.3 2 Markah akan dipotong bagi setiap 1 minit melebihi


masa persembahan yang ditetapkan.

3.2 Poster dan teaser bagi setiap pasukan akan dinilai secara berasingan serta
markah teaser dan poster TIDAK termasuk dalam pemarkahan video
persembahan.

3.3 Semua pementasan hendaklah dipersembahkan menggunakan bahasa


Melayu. Penggunaan dialek dan loghat daerah yang tidak keterlaluan
adalah dibenarkan.

3.4 Kumpulan yang bercadang untuk mementaskan naskhah drama Malaysia


adalah digalakkan supaya memilih naskhah drama yang ditulis oleh
pengarang-pengarang Malaysia dalam bahasa Melayu dan pernah
diterbitkan dalam bentuk buku atau majalah tempatan seperti Dewan
Sastera. Setiap kumpulan juga boleh memilih untuk mementaskan naskhah
asli. Semua naskhah skrip, sama ada yang dipilih atau ditulis hendaklah
dikemukakan kepada pihak urus setia. Naskhah adaptasi diterima dalam
pertandingan ini. Peserta dinasihatkan agar menyatakan naskhah asal yang
menjadi rujukan adaptasi karya masing-masing.

5
3.5 Setiap pengarah atau ketua kumpulan hendaklah memohon izin terlebih
dahulu daripada pengarang dan penerbit berkenaan sebelum naskhah
tersebut dipentaskan. Pihak urusetia beranggapan bahawa setiap kumpulan
telah mendapat izin atau pelepasan daripada pihak-pihak berwajib sebelum
memulakan pementasan. Sebarang implikasi perundangan timbul
berhubung naskhah drama dipilih ialah tanggungan mutlak kumpulan.

3.6 Semua pementasan mestilah bebas daripada unsur-unsur :

3.7.1 bersifat negatif, provokasi, cacian, maki hamun, atau


penggunaan bahasa kasar dan carut yang boleh menjejaskan
nama baik semua pihak atau boleh menggugat ketenteraman
awam, keselamatan negara, nilai keagamaan, moral, etika serta
budaya bangsa.

3.7.2 objek berbahaya termasuk penggunaan senjata atau alat-alat


tajam, senjata api, bahan letupan, api yang menyala, cecair
mudah terbakar atau asid, haiwan liar dan berbisa serta
sebagainya.

3.7.3 spiritual dan yang menggugat sensitiviti perkauman, keagamaan,


tahyul, unsur lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

4. FORMAT PERSEMBAHAN
4.1 Semasa penutup bagi setiap persembahan peserta WAJIB mengucapkan
slogan #SeniUntukSemua mengikut kreativiti masing-masing bagi
menyemarakkan kesenian dalam kalangan murid, guru dan masyarakat.

4.1.1 Penalti 2 markah jika gagal mengucapkan slogan #SeniUntukSemua

4.2 Peserta WAJIB menyediakan satu poster (JPEG/PDF) dan satu rakaman
teaser bagi tujuan promosi antara 1-2 minit. Sumber Video dan bahan
bergambar yang diambil untuk menghasilkan poster dan teaser mestilah
berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika
ada sebarang komplikasi dari penghasilan video teaser dan poster tersebut.
4.3 Aliran teater adalah BEBAS .
4.4 Penggunaan multimedia seperti Projektor LCD (Liquid Crystal Display),
Projektor LED (Light – emitting Diode) , Stage Led Screen Dan
6
seangkatannya adalah TIDAK DIBENARKAN.

5. PAKAIAN / AKSESORI / PROPS

5.1 Pakaian dan aksesori pelakon hendaklah bersesuaian serta


memelihara sensitiviti.

5.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya

6. KONSEP DAN TEMA

6.1 Setiap pasukan boleh memilih salah satu dari tema berikut
untuk dipersembahkan:

1) Kasih Sayang
2) Kesetiakawanan
3) Patriotisme
4) Alam Sekitar
5) Kemasyarakatan
6) Kegigihan
7) Futuristik

7. FORMAT RAKAMAN

7.1 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja mengikut
kesesuaian pasukan masing-masing.

7.2 Rakaman hendaklah berada di dalam satu ruang atau kawasan yang
ditentukan sebagai pentas (sama ada pentas yang tersedia atau dibina
sendiri).

7.3 Rakaman di luar kawasan pentas seperti di tengah hutan, di pasar atau
sebagainya dengan bertujuan menjadikannya sebagai latar belakang
persembahan adalah TIDAK DIBENARKAN

7
7.4 Rakaman hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan
dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI,
WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan resolusi 1080HD.

7.5 Jarak peranti rakaman hendaklah bersesuaian dengan ruang rakaman


supaya persembahan boleh dilihat secara keseluruhan dari satu arah.

7.6 Dilarang meletakkan nama sekolah, negeri dalam video persembahan.


Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan

7.7 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk
tujuan promosi.

8. FORMAT PENGHANTARAN

8.1 Pihak sekolah yang bertanding perlu menghantar sembilan (9) bahan
pertandingan semasa membuat pendaftaran/ penyertaan selewat- lewatnya
pada atau sebelum 09 OGOS 2023 (RABU). Bahan berikut perlu dimuatnaik
ke dalam google drive dan telah membuka general access “anyone with the
link”.

8.1.1 SURAT RASMI PENYERTAAN SEKOLAH DALAM BENTUK PDF

8.1.2 BORANG PENYERTAAN PESERTA DALAM BENTUK EXCELL

8.1.3 BORANG KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA

8.1.4 GAMBAR PESERTA BERUKURAN PASPORT

8.1.5 SALINAN KAD PENGENALAN / MYKID PESERTA YANG DISAHKAN

8.1.6 VIDEO PERSEMBAHAN TEATER

8.1.7 SKRIP DALAM BENTUK PDF

8.1.8 POSTER DALAM BENTUK PDF

8
8.1.9 VIDEO TEASER PERSEMBAHAN

8.2
Kemudian daftarkan penyertaan pada pautan di bawah :

9. PEMARKAHAN

9.1 ASPEK PEMARKAHAN

BIL KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH


1 Pengarahan 35%
2 Lakonan 30%
3 Sinografi : Set & Props 15%
4 Sinografi : Kesan Audio dan Pencahayaan 10%
5 Sinografi : Kostum dan Tatarias 10%
JUMLAH 100

1. PENGHAKIMAN

1.1 Lantikan panel hakim adalah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan


Negeri Selangor
1.2 Juri/Penilai perlu mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep
Kementerian Pendidikan Malaysia
1.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak
akan diterima.

2. TARIKH PENJURIAN

Tarikh : 10 & 11 OGOS 2023

3. HADIAH / SIJIL

3.1 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan guru
pembimbing / jurulatih.

9
3.2 Hadiah yang ditawarkan seperti berikut:

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil
6 Penyertaan Negeri Sijil

1.1 Anugerah Individu

- Pengarah Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Perempuan Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik
- Pelakon Harapan Terbaik
- Anugerah Skrip (Karya Asli) Terbaik
- Anugerah Set dan Props Terbaik
- Anugerah Kostum dan Tatarias Terbaik
- Anugerah Audio dan Pencahayaan Terbaik
- Anugerah Keseluruhan Sinografi Terbaik
- Anugerah Poster Terbaik
- Anugerah Teaser Terbaik
- Anugerah Khas Juri

10

You might also like