You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN

PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI DAN LAGU ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah (tahun 4-6)
dan sekolah menengah (tingkatan 1-6). Penyertaan adalah percuma.
1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan tidak melebihi 5 orang murid
untuk satu kumpulan.
1.3 Peserta boleh terdiri daripada lelaki atau perempuan sahaja atau
campuran. Penyertaan pelbagai kaum sangat digalakkan.
1.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
1.5 Setiap penyertaan sekolah perlu mempunyai seorang guru pembimbing.
1.6 Setiap penghantaran penyertaan wajib menggunakan akaun e-mail moe
Delima peserta

2. FORMAT PERSEMBAHAN

2.1 Puisi berbentuk sajak/syair hendaklah dihasilkan oleh murid yang


terlibat dengan bantuan guru pembimbing.
2.2 Karya perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
2.3 Puisi perlu dideklamasikan oleh murid mengikut kreativiti dengan
iringan muzik yang bersesuaian.
2.4 Melodi lagu hendaklah dicipta oleh peserta dengan bimbingan guru
pembimbing.
2.5 Puisi/syair yang sama juga hendaklah dinyanyikan sama ada secara
individu atau berkumpulan dengan iringan muzik oleh ahli-ahli kumpulan
yang sama, tanpa menambah atau mengurangkan perkataan
daripada karya/puisi asal.
2.6 Penghasilan video puisi dan lagu ini bergantung pada kreativiti peserta
masing-masing. (contoh video muzik/video klip/live band)
2.7 Tema : Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara : Lebih Baik
Cegah
Penerapan elemen Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan
pendekatan Karamah Insaniah adalah sangat digalakkan dalam
menghasilkan karya yang esklusif dan menarik.
2.8 Isi kandungan mestilah bersesuaian serta tidak menyentuh perkara-
perkara sensitif seperti agama, budaya, kaum dan politik.
2.9 Puisi atau lagu yang didapati plagiat akan terus dibatalkan penyertaan.
2.10 Satu salinan puisi dan dokumen-dokumen penyertaan hendaklah
dihantar kepada pihak penganjur dalam bentuk softcopy.

1
2.11 Jangka masa persembahan termasuk montaj hendaklah tidak melebihi
5 minit, sekiranya melebihi masa, markah akan dipotong sebanyak 3
markah bagi setiap 20 saat.
2.12 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
2.13 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2023.
2.14 Keputusan hakim adalah muktamad

3. PEMARKAHAN PERTANDINGAN

3.1 Penilaian markah adalah seperti berikut :

Kriteria Markah

1. Puisi 20
- Ciptaan, bahasa,diksi,sebutan,
tema,deklamasi,ketrampilan,penghayatan

2. Nyanyian 40
- Susunan,gubahan melodi.nyanyian,keaslian
kualiti rakaman, suara,tempo,harmoni
imbangan, muzik Iringan tempo kesesuaian
melodi, imbangan

3. Penghasilan video 40
- Kreativiti Persembahan Video
JUMLAH 100

4. CARA PENGHANTARAN

4.1 Semua penyertaan perlu dihantar ke pautan yang disediakan oleh


jabatan pendidikan negeri masing-masing.
4.2 Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan
4.3 Format video adalah dalam MP4
4.4 Tarikh tutup penyertaan adalah 8 Ogos 2023
4.5 Penyertaan hendaklah dihantar ke PPD masing - masing.
(hubungi pegawai HEM PPD)

2
GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN CREATIVE STICKER @ WHATSAPP STICKER

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Pertandingan terbuka kepada murid sekolah rendah (tahun 4-6) dan
sekolah menengah (tingkatan 1-5)
1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 2-3 orang sahaja.
1.3 Penyertaan adalah percuma. Setiap sekolah hanya boleh menghantar
1 penyertaan sahaja.
1.4 Setiap penghantaran penyertaan wajib menggunakan akaun e-mail moe
Delima peserta
1.5 Peserta boleh memilih salah satu berkaitan tajuk seperti berikut:
a. Bebas Rokok dan Bebas Vape
b. Say No To Drug
c. Jauhi Alkohol dan Inhalan
d. Bahaya HIV AIDS
e. Keluarga Bahagia
f. Gaya Hidup Sihat
1.6 Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang guru pembimbing kepada
murid dalam menghasilkan karya dan mengikut syarat yang ditetapkan.
1.7 Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti, idea yang positif serta
mempunyai nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur
yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan,
politik dan pemimpin.
1.8 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli dan menggunakan
Bahasa Melayu sahaja.
1.9 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan CreativeSticker @ WASticker sebelum ini.
1.10 Penyertaan CreativeSticker @WASticker hendaklah dihantar dalam
format GIF atau JPEG sahaja dan mestilah dilabel dengan nama ahli
kumpulan dan nama dan kod sekolah. Mana-mana penyertaan yang
dihantar tidak dilabel seperti yang dinyatakan tidak akan diterima.
1.11 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal
sebelum mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
1.12 Semua penyertaan perlu dihantar melalui pautan yang disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri melalui PPD masing-masing.
1.13 Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan
1.14 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2023.
1.15 Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/ciplak.
1.16 Kegagalan mematuhi syarat pihak pengajur menyebabkan penyertaan
akan terbatal secara automatik.
3
2 PEMARKAHAN PETANDINGAN CREATIVE STICKER@WAsticker

2.1 Semua hasil pertandingan yang dihantar kepada penganjur adalah hak
milik sepenuhnya pihak penganjur.
2.2 Keputusan panel juri hakim adalah muktamad.
2.3 Pemarkahan aspek yang akan dinilai berdasarkan berikut :

Kriteria Markah

1. Interpretasi/mesej 20 markah

2. Gubahan / Komposisi / Olahan 25 markah

3. Kreativiti 15 markah

4. Keaslian 20 markah

5. Kemasan 10 markah

6. Keunikan 10 markah

JUMLAH 100 markah

4
GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN MELUKIS DOODLE ANTIDADAH

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah (tahun 4-6)
dan sekolah menengah (tingkatan 1 – 5). Penyertaan adalah percuma.
1.2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
Penyertaan adalah secara individu.
1.3. Setiap penghantaran penyertaan wajib menggunakan akaun e-mail
moe Delima peserta.

2. FORMAT PENYERTAAN

2.1 Peserta perlu menghasilkan lukisan doodle pada kertas lukisan bersaiz
A3.
2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan
berfokus kepada tema.
2.3 Peserta akan melukis doodles bertemakan Murid Ceria, Guru
Bahagia, Sekolah Bitara:Lebih Baik Cegah.
2.4 Karya yang dihasilkan hendaklah karya asli dan tidak pernah diterbitkan
serta tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini.
2.5 Karya hendaklah berteraskan elemen pendidikan pencegahan dadah,
(Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV AIDS)
2.6 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen
ataupun warna air.
2.7 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru
atau sesiapa sahaja.
2.8 Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping
proses kerja seperti kerja lakaran awal melukis (sebelum), pertengahan
mewarna (semasa) dan hasil karya (selepas) yang telah disiapkan.
2.9 Penggunaan sebarang aplikasi komputer atau media digital adalah
Tidak Dibenarkan.
2.10 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum dan politik serta tidak
mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak,
tali gantung dan sebagainya.
2.11 Format fail adalah dalam bentuk JPEG dengan saiz karya kurang
daripda 10 MB.
2.12 Setiap penyertaan dan karya adalah hak milik penganjur.
2.13 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut
syarat yang ditetapkan.

5
2.14 Pihak penganjur berhak menggunakan lukisan yang dihantar dalam
pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media
cetak, media sosial dan media elektronik.
2.15 Semua penyertaan perlu dihantar ke pautan yang disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri melalui PPD masing-masing.
2.16 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos 2023
2.17 Keputusan hakim adalah muktamad

3. PEMARKAHAN

3.1 Keputusan juri adalah muktamad.

Kriteria Markah

1. Interpretasi 10 markah

2. Kreativiti 20 markah

3. Gubahan / Komposisi / Olahan 30 markah

4. Warna 30 markah

5. Kemasan 10 markah

JUMLAH 100 markah

6
GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL ANTIDADAH
1. SYARAT PENYERTAAN

1.1 Penyertaaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah (tahun 4-6)
dan sekolah menengah (tingkatan 1-5).
1.2 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada 1-3 orang
sahaja peserta. Penyertaan adalah percuma.
1.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
1.4 Hanya logo Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja yang dibenarkan
untuk diletakkan pada buku skrap digital.
1.5 Setiap penghantaran penyertaan wajib menggunakan akaun e-mail moe
Delima peserta

2. FORMAT PERSEMBAHAN
2.1 Peserta perlu menghasilkan buku skrap digital dengan bertemakan
Lebih Baik Cegah : Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara.
2.2 Karya hendaklah berteraskan elemen pendidikan pencegahan dadah,
(Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV AIDS)
2.3 Peserta bebas menggunakan apa juga aplikasi dalam penghasilan buku
skrap. Contoh: Powerpoint, Canva, Adobe Photoshop dan yang
bersesuaian.
2.4 Peserta akan menghantar buku skrap digital menggunakan format URL
LINK ANY FLIP.
2.5 Buku skrap digital yang dihasilkan mestilah menggunakan Bahasa
Melayu.
2.6 Bilangan muka surat buku skrap digital :-
Sekolah Rendah : 6-8 muka surat termasuk muka hadapan
Sekolah Menengah : 8-10 muka surat termasuk muka hadapan
2.7 Buku skrap yang dihasilkan mestilah asli dan kreatif, bermaklumat dan
mampu meyebarkan mesej pencegahan dadah secara positif.
2.8 Semua hasil karya mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi
mana-mana pertandingan berkaitan buku skrap digital.
2.9 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk
serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan,
tengkorak dan lain-lain.
2.10 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut
syarat yang ditetapkan.
2.11 Penganjur berhak menggunakan buku skrap digital yang dihantar
dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di
media cetak, media sosial dan media elektronik.
2.12 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7
3. PEMARKAHAN DAN PENILAIAN

FORMAT HURAIAN ILUSTRASI KREATIVITI PEMILIHAN DAN


FAKTA KEKEMASAN KOMBINASI WARNA
10% 40% 20% 20% 10%

3.1 Format penulisan buku skrap digital hendaklah mempunyai perkara


berikut:

a. Muka depan (ilustrasi dan tajuk buku skrap)


b. Biodata/maklumat diri murid (nama murid, nama sekolah, kod
sekolah, tahun/tingkatan serta masukkan nama guru
pembimbing, jawatan guru, cth: guru akademik mata
pelajaran/guru bimbingan dan kaunseling
c. Pengisian berdasarkan tema dan tajuk buku skrap
d. Penutup dan penghargaan

4. CARA PENGHANTARAN

4.1 Semua penyertaan perlu dihantar ke pautan yang disediakan oleh


Jabatan Pendidikan Negeri melalui PPD masing-masing.
4.2 Johan negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan
4.3 Tarikh tutup penyertaan pada 8 Ogos 2023

You might also like