You are on page 1of 12

FESTIVAL RANCAK SENI

PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2022

KELOLAAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA

ANJURAN:
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

1
FESTIVAL RANCAK SENI
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH

1. MATLAMAT

Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi


semua aspek dalam seni persembahan tradisional dan moden. Penglibatan murid-
murid dalam festival dan pertandingan-pertandingan yang diselaraskan ini memberi
pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai
bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai
teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada
negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada
nilai seni tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib MAKES dipelbagai
peringkat;

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:

2
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaran seni dengan:
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah
berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid
dalam program kesenian;
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang
berasaskan seni persembahan; dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat


kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah
dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.3 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran pandemik
Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam seni
persembahan dalam kalangan murid KPM;
3.4 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.5 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen
Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.

3
PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan Peringkat Negeri;


1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat negeri
melalui pemilihan di peringkat negeri;
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman);
1.4 Video yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu dimuatnaik
ke akaun youtube oleh penyelaras PPD masing-masing;
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta;dan
1.6 Penghantaran penyertaan video diperingkat negeri adalah melalui link yang
disediakan oleh JPN Sabah dengan melampirkan salinan link youtube oleh
pegawai penyelaras di PPD masing-masing.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


(Ting. Peralihan hingga Ting.6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan;

2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri maksima melibatkan 18 orang sahaja:


2.2.1 10 - 16 orang - Peserta Murid
2.2.2 2 orang – Guru Pengiring/Jurulatih

2.3 Jumlah penyertaan ke peringkat negeri dan penyertaan sekolah-


sekolah bagi penyertaan peringkat daerah adalah seperti berikut:

PERINGKAT PPD
Penyertaan sekolah untuk pemilihan di peringkat PPD adalah tiada had.
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat PPD tetapi hanya SATU (1) penyertaan terbaik yang akan
dihantar untuk ke Peringkat Negeri;

PERINGKAT Negeri
Hanya SATU (1) penyertaan terbaik akan mewakili PPD untuk dihantar ke
penyertaan peringkat negeri. Pegawai Penyelaras di PPD perlu memuatnaik link
video youtube secara unlisted kepada pihak pengelola iaitu PPD Semporna.

2.4 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran;dan
2.5 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.

4
3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM
PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video Youtube (unlisted);


3.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja mengikut
kesesuaian pasukan masing-masing;
3.3 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan
dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang
dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan
resolusi 1080HD;
3.4 Dilarang meletakkan nama sekolah, negeri dalam video persembahan.
Walau bagaimanapun, nama pasukan boleh diletakkan;
3.5 Setiap kumpulan persembahan diwajibkan mempersembahkan SATU
LAGU SAHAJA:

3.5.1 Lagu Instrumental (BEBAS)

3.6 Pilihan lagu adalah bergenre POP;

3.7 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana


sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia;dan
3.8 Di akhir rakaman, semua murid hendaklah mengucapkan slogan
#SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru
dan masyarakat.

4. MASA PERSEMBAHAN

4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah


4 - 7 minit (Intro 1 minit pertama tidak dinilai dalam penjurian)

5. ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6. PERALATAN

6.1 Peralatan WAJIB gabungan 2, 3 atau 4 dari alat muzik tradisional seperti
contoh berikut:
a. Gamelan
b. Gambus
c. Angklung
d. Gendang/Rebana
e. Sitar/Veena
f. Erhu/Gu Zheng

5
7. PEMARKAHAN

i. Keseluruhan - 100 markah

Imbangan Bunyi dan Dinamik - 25 markah


Keseragaman Muzik - 25 markah
Gubahan - 25 markah
Kreativiti Persembahan - 15 markah
Kualiti Rakaman - 10 markah

(Imbangan bunyi : imbangan bunyi untuk semua alat yg dimainkan &


Keseragaman muzik : tempo dan rhythmic alat-alat muzik yg dimainkan.)

8. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT NEGERI

8.1 Penyelarasan penjurian peringkat negeri akan dilaksanakansecara


Secara dalam talian untuk menilai 24 penyertaan mewakili PPD seluruh
Sabah.

9. PENGHAKIMAN

9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan negeri pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Sektor
Pembangunan Murid, JPN Sabah.

9.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

6
10. HADIAH

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

PERINGKAT PPD
Tertakluk kepada perancangan pelaksanaan PPD masing-masing. Perserta
dimohon untuk meghubungi pegawai meja di Sektor Pembangunan Murid PPD
masing-masing untuk keterangan lanjut.
(Borang penyertaan ada dilampirkan)

PERINGKAT NEGERI
Tarikh Tutup Penyertaan : 5 September 2022
Tarikh Penjurian : 7-8 September 2022
Pengumunan Pertandingan : 10 September 2022
Penghantaran peringkat Kebangsaan : 14 September 2022

12. KEPUTUSAN PERTANDINGAN


16.1 Setiap penyertaan persembahan kumpulan akan dinilai
berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh panel
juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
16.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

1. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :


1. Tuan Manja bin Abdul Kahal
TPPD SPM, PPD Semporna
Tel: 013-886 3432

2. Encik James Juanis


Pegawai Teknikal Negeri ( Simfoni Tradisional)
Tel: 016-819 5330

7
LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK PENGHANTARAN DOKUMEN PENYERTAAN


PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI 2022

BIL PERKARA ADA TIADA


( ∕ ) (X)

1 BORANG PENYERTAAN
PESERTA

2 BORANG KEBENARAN
IBUBAPA/PENJAGA

3 BORANG KEBENARAN PENYIARAN

4 PAUTAN RAKAMAN VIDEO

5 GAMBAR BERUKURAN
PASPORT

8
LAMPIRAN B

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH

DAERAH

PEGAWAI TEKNIKAL DAERAH

ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH

NO. TEL. BIMBIT

NAMA GURU PENGIRING 1

ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH

NO. TEL. BIMBIT

NAMA GURU PENGIRING 2

NO. TEL. SEKOLAH

NO. TEL. BIMBIT

9
KAUM JANTINA PERANAN
BIL. NAMA PESERTA NO.KPA M C I LL L P
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

10
LAMPIRAN C

PERTANDINGAN SIMFONI TRADISIONAL SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya ( ibu/bapa/ penjaga*) No. Kad Pengenalan

membenarkan anak / anak jagaan saya

No. Kad. Pengenalan

menyertai Pertandingan..............................................................

...........................................................................................................Peringkat Negeri Tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...........................................

(Ibu Bapa/ Penjaga)

Tarikh : ..............

Diisi oleh setiap peserta (murid yang mengambil bahagian)

*Potong mana yang tidak berkenaan.

11
12

You might also like