You are on page 1of 3

e-Bakat PRADANAU 2021

Pertandingan Doodle Arts

e-BAKAT 2.0 PRASEKOLAH DAERAH RANAU


PERTANDINGAN DOODLE ARTS
KERTAS KONSEP

PENGENALAN
Pertandingan Doodles Arts merupakan satu pertandingan yang menguji daya kreativiti peserta dalam
menghasilkan seni lukisan tempatan terbaik. Ianya boleh juga menggilap bakat dan kemahiran murid
dalam bidang seni. Tema bagi pertandingan ini adalah “Bebas”. Pertandingan ini adalah terbuka
kepada semua murid Prasekolah KPM di daerah Ranau.

OBJEKTIF
1. Memupuk minat dan kreativiti di kalangan murid dalam bentuk seni lukis.
2. Mencetus keterujaan di kalangan murid terhadap karya seni yang merangkumi aspek
kehidupan.
3. Menggalakkan penyertaan murid prasekolah bergiat secara aktif dalam bidang seni.
lukis.

RASIONAL

1. Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam
aktiviti seni lukis yang sihat serta bermoral.
2. Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam seni.
3. Menambah jumlah pengiat seni lukis di Malaysia.
4. Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni lukis dari golongan murid
prasekolah seluruh negara.
5. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.
6. Pencapaian dan penyertaan e-Bakat 2.0 Murid Prasekolah menjadi salah satu penanda
aras Guru-Guru Prasekolah Daerah Ranau.

SASARAN PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua murid Prasekolah KPM Daerah Ranau sahaja yang
berumur 5 dan 6 tahun, dan tidak mengira jantina.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Setiap murid layak menghantar satu penyertaan sahaja.
4. Setiap sekolah di Daerah Ranau layak menghantar satu penyertaan sahaja.

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Rakaman video hendaklah dihantar bermula pada 01 November hingga 07 November


2021 (Jam 12.00 malam).
2. Sila letakkan caption bagi setiap video rakaman yang telah berjaya di muat naik seperti
berikut :
Nama :
Umur :
Tajuk Doodle :
Nama Sekolah :

3. Peserta WAJIB mendaftarkan penyertaan secara online dengan mengisi Google Forms (
akan diberikan kemudian )
e-Bakat PRADANAU 2021
Pertandingan Doodle Arts

SYARAT PENYERTAAN
1. Doodle mestilah karya asli dan belum pernah dipamerkan di mana-mana pameran atau
pertandingan.
2. Doodle mestilah mengikut tema yang telah ditetapkan oleh penganjur iaitu “Bebas”
3. Peralatan melukis dan kertas melukis disediakan sendiri oleh peserta.
4. Peserta dikehendaki melukis doodle dalam kertas putih bersaiz A4.
5. Media untuk melukis adalah bebas, terpulang kepada peserta pertandingan.
6. Lukisan doodle mestilah memenuhi kriteria berikut (“keperluan Doodle”):
• Doodle tidak boleh bersifat menghina, kesat, mengugut, memfitnah, memperkecil-
kecilkan, mengandungi fitnah bertulis atau mengandungi apa-apa kandungan yang
tidak wajar, tidak sopan,berunsur seksual, mengarut, berbelit-belit, slander,
berdiskriminasi dalam apa jua cara, atau yang menggalakkan kebencian atau
bahaya terhadap mana-mana kumpulan atau individu atau tidak mematuhi tema dan
semangat pertandingan.
• Doodle tidak boleh mengandungi bahan atau sebarang elemen yang salah dari segi
undang-undang atau melanggar undang-undang.
• Idea yang segar dan tidak pernah dipamerkan atau dipertandingkan dimana-mana
pertandingan sebelum ini ATAU menggunakan idea pelbagai sumber doodle dan
diolah mengikut kreativiti sendiri.
• Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan Doodle yang tidak
memenuhi keperluan Doodle.
• Penyertaan yang tidak lengkap atau penyertaan yang tidak mematuhi semua
peraturan ini boleh dibatalkan.
• Penyertaan boleh dihantar secara atas talian

SYARAT TAMBAHAN
1. Bagi memastikan karya yang dihasilkan adalah asli, peserta dikehendaki merekod proses
pembuatan ‘doodle’ mereka dengan menggunakan handphone/kamera dan dirakam
menggunakan format ‘timelapse’ dan diolah menjadi ‘speed drawing’.
2. Hasilkan dari rakaman timelapse ini dijadikan satu video ringkas tidak melebihi tiga minit.
Contoh pembuatan doodle menggunakan aplikasi timelapse boleh dilihat di pautan ini :
https://www.youtube.com/watch?v=iZE9Yy27t4I

PEMARKAHAN DAN ANUGERAH


1. Kriteria pemarkahan:
Kekemasan /struktur : 15 markah
Ton Warna : 15 markah
Kreativiti/ olahan : 35 markah
Latar Belakang : 25 markah
Nilai : 10 markah
Markah keseluruhan = 100 markah

2. Setiap murid akan menerima Sijil Penyertaan Peringkat Daerah.


3. Lapan tempat teratas (Top 8) akan menerima thropy dan Sijil Pencapaian Kedudukan
Terbaik Peringkat Daerah.
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati 5 orang
4. Saguhati akan menerima hadiah wang tunai dan sijil pencapaian.

PEMATUHAN SOP
e-Bakat PRADANAU 2021
Pertandingan Doodle Arts

Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:
1. Memastikan guru prasekolah, PPM dan murid yang terlibat membuat saringan dan
merekod suhu badan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan
yang mencapai atau melebihi 37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan
meneruskan aktiviti.
2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang
rakaman pertandingan berlangsung.
3. Memastikan guru, PPM dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air
dan sabun atau hand sanitizer.
4. Memastikan lokasi rakaman dan pemilihan peserta bersih dan selamat digunakan.
Sanitasi perlu dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan
oleh Pejabat Kesihatan daerah masing-masing.

GARIS MASA PERTANDINGAN


BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1. Pembentangan e-Bakat 26 April 2021 Secara Bersemuka pada
2.0 Mesyuarat Kurikulum
Prasekolah Peringkat
Daerah.
2. Hebahan kepada semua 26 April 2021
sekolah
3. Pelaksanaan pertandingan 15 Okt—31 Okt 2021 Sekolah atau rumah
masing-masing
4. Pendaftaran penyertaan 01 Nov—07 Nov 2021 Google Forms:
dan penghantaran video
secara online
6. Penilaian juri peringkat 08 Nov—19 Nov 2021 Pihak PRADANAU akan
Daerah membuat penilaian
peringkat Daerah
7. Pengumuman keputusan 22 Nov 2021 Hebahan kepada semua
rasmi Prasekolah Daerah Ranau.

PANEL PERINGKAT DAERAH

1. Panel penilai dilantik oleh pihak penganjur semasa pertandingan ini berjalan.
2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan En. Razwan Garidi ( Guru Prasekolah
SK. Matupang, Ranau. )
3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
4. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan
dilayan.

PERTANYAAN
Encik Jeary Jasmie – Guru Prasekolah SK. Tinanom Ranau ( Pengerusi PRADANAU )
Puan Lesly Majana – Guru Prasekolah SK. Poring ( Biro Kebudayaan PRADANAU )
Encik Razwan Garidi – Guru Prasekolah SK. Matupang ( Timbalan Pengerusi PRADANAU )

URUSETIA PERINGKAT DAERAH


Cik Viona Taipoi – Guru Prasekolah SK. Tampios, Ranau ( Setiausaha PRADANAU )
Cik Junita Gauseh – Guru Prasekolah SK. Napong, Ranau ( Timbalan Setiausaha PRADANAU )
Puan Nurul Azlina Sudin – Guru Prasekolah SK. Marakau ( Bendahari PRADANAU )
Puan Hasrinah Sanin – Guru Prasekolah SK. Kituntul ( Biro Publisiti )
Puan Nurul Fathin Ibrahim – Guru Prasekolah SK. Pekan Dua, Ranau.
Puan Arnnyzah Matlin – Guru Prasekolah SK. Langsat
En. Wilbon Dawai – Guru Prasekolah SK. Nampasan
En. Johudin Sapin _ Guru Prasekolah SK. Tibabar ( PraKom Tumbalang )

You might also like