You are on page 1of 11

LOGO LOGO

SEKOLAH SEKOLAH

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

PERINGKAT DAERAH TATAU/SEBAUH

TARIKH

5 – 23 APRIL 2021

MODE PERTANDINGAN

ATAS TALIAN (ONLINE)

ANJURAN

SK BUKIT MAWANG &

SK KUALA MUPUT

PENERANGAN KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO


SECARA ATAS TALIAN
Kertas konsep ini adalah bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran untuk mengadakan
Pertandingan Nyanyian Solo Secara Atas Talian yang akan diadakan 5 April hingga 23 April 2021.
Berikut dihuraikan lebih lanjut berkenaan Pertandingan Nyanyian Solo yang akan dilaksanakan.

1.0 PENDAHULUAN
Seperti yang kita sedia maklum, berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua aktiviti pertandingan dirancang untuk
dilaksanakan secara atas talian. Untuk pelaksanaan Pertandingan Nyanyian Solo peringkat PPD
Tatau/Sebauh bagi tahun 2021 dianjurkan secara bersama oleh SK Bukit Mawang dan SK Kuala
Muput. Oleh itu, besar harapan kami agar pelaksanaan Pertandingan Nyanyian Solo 2021 dapat
dilaksanakan dengan lancar.

2.0 RASIONAL
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah membuat pelaksanaan pertandingan-
pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras dengan panduan yang diberikan oleh Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pelaksanaan pertandingan atas talian ini diharap dapat memperkembangkan bakat
murid secara holistic dengan meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
pembangunan bakat murid di samping membuka ruang dan peluang kepada murid untuk
mendapat markah yang lebih tinggi dalam PAJSK.
Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid 19 ini
berfokuskan kemahiran murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi
peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek atau
karya di rumah masing-masing.

3.0 MATLAMAT
Pertandingan Nyanyian Solo sekolah rendah Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh ini
diadakan dengan matlamat-matlamat seperti berikut:
3.1 Membentuk disiplin murid-murid dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke
arah pembentukan insan yang mempunyai emosi yang seimbang, kreatif dan inovatif.
3.2 Memberikan peluang kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah untuk mempelajari
serta mendapat pendidikan asas nyanyian serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan murid-murid dengan format pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid.
4.3 Menggalakkan serta menarik minat murid-murid mengenali dan mempelajari asas-asas
nyanyian.
4.4 Menggalakkan murid-murid untuk bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan lagi seni
budaya.
4.5 Memperkayakan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
4.6 Memperkembangkan bakat murid-murid dalam bidang tarian dan nyanyian.
4.7 Memilih murid yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
4.8 Sebagai alternative mengisi masa lapang murid dengan perkara yang berfaedah.

5.0 KONSEP DAN SYARAT PERTANDINGAN


5.1 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah

5.1.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Daerah Tatau/Sebauh Tahun 1


hingga Tahun 6 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.1.2 Pertandingan dijalankan secara solo. Maksimum dua penyertaan bagi setiap
sekolah oleh seorang murid lelaki atau perempuan.
5.1.3 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu.
5.1.4 Lagu mestilah dalam Bahasa Melayu (Malaysia). Pilihan lagu adalah BEBAS.
5.1.5 Lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana sensitiviti
kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia.
5.1.6 Peserta tidak dibenarkan mengguna khidmat penari atau bantuan prop.
5.1.7 Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara Minus-One.
5.1.8 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.
5.1.9 Persembahan yang melebihi 6 minit akan dipotong 1 markah bagi setiap minit
yang lebih.
5.1.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
5.1.11 Persembahan dibuat dalam bentuk rakaman videoa (camera RAW file). Video
boleh disimpan dalam pilihan format MP4/3GP/AVI/MOV/WMV.
5.1.12 Video rakaman bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam
Telegram yang disediakan.
5.1.13 Lirik lagu hendaklah disediakan dan dihantar bersama rakaman karya semasa
pendaftaran.
5.1.14 Penilaian adalah berdasarkan:

Pic : 20 markah
Ton Suara : 15 markah
Sebutan : 15 markah
Dinamik : 10 markah
Tempo : 15 minit
Attack/Release : 10 markah
Penghayatan (ekspresi) : 10 markah
Keterampilan : 5 markah

6.0 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN


6.1 Setiap penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian melalui telegram yang
disediakan. Penyertaan perlu mendapat pengesahan sekolah dan Pejabat Pendidikan
Daerah Tatau/Sebauh. Penyertaan yang tidak melalui saluran yang betul tidak akan
diterima dan dianggap TERBATAL.
6.2 Penyertaan harus beserta sekali dengan BRP, lirik lagu, dan video.
6.3 Pihak PPD Tatau/Sebauh tidak akan bertanggungjawab terhadap apa ua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

7.0 PENGHAKIMAN
7.1 Hakim/penilai dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh semasa
pertandingan ini berjalan.
7.2 Sistem Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh dan sekolah pengelola.
7.3 Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan
dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

8.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN


8.1 Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
8.2 Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
8.3 Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian
8.4 Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Sijil Pencapaian
8.5 Tempat Ke-11 dan seterusnya : Sijil Penyertaan

9.0 SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN


9.1 Setiap penyertaan layak menerima sijil penyertaan
9.2 Sijil pencapaian hanya diberikan kepada peserta tempat pertama hingga ke-10 sahaja.

10.0 TARIKH PERTANDINGAN

5 APRIL – 23 APRIL 2021

11.0 GARIS MASA


Berikut adalah garis masa (Timeline) pengurusan pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh 2021.

Bil Tarikh Perkara


1. 5 April – 23 April 2021 Pendaftaran Pertandingan Peringkat
Daerah Tatau/Sebauh di Telegram yang
disediakan. (Projek atau Karya dihantar
semasa pendaftaran).
2. 26 April – 30 Mei 2021 Proses Penghakiman
3. 14 Mei 2021 Pengumuman Pemenang Pertandingan
Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah
Tatau/Sebauh.

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH TATAU/SEBAUH


Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Daerah Tatau/Sebauh dipengerusikan oleh Ketua
Pegawai, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada sekolah
pengelola.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Daerah berhak membuat keputusan yang difikirkan
wajar dan munasabah ika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan
kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

13.0 AM
13.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh.
13.2 Pautan pertandingan akan dihebahkan dari semasa ke semasa dalam “Group Whatapps”
Penolong Kanan Kokurikulum PPD Tatau/Sebauh.

14.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Encik Samri bin Suhaili
Pengerusi 1 : GB SK Bukit Mawang
Pengerusi 2 : GB SK Kuala Mupuk
Penyelaras 1 : PK KK SK Kuala Muput
Penyelaras 2 : PK KK SK Bukit Mawang
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli-ahli : Semua guru SK Bukit Mawang dan SK Kuala Muput
15.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

TUGAS/ JAWATAN GURU / STAF SKOP TUGAS / CATATAN


Penyelaras - Merancang pertandingan,
menentukan dan
menjelaskan matlamat,
objektif, jenis pertandingan
yang akan dijalankan,
penyertaan, format
pertandingan, masa,
tempat, pemarkahan,
hadiah, tentative, ahli
jawatankuasa, skop tugasan
dan anggaran perbelanjaan.
- Memantau perkembangan
pelaksanaan dan perjalanan
pertandingan yang
dirancang dari permulaan
sehinggalah
penghujungnya.
Setiausaha - Membantu menyelaras
untuk memastikan
pertandingan yang
dirancang berjalan dengan
lancar.
Bendahari - Merekod bajet
pertandingan.
Laporan dan dokumentasi - Mengambil gambar
sepanjang proses
perancangan, pengurusan,
penghakiman dan sehingga
akhir pertandingan dan
seterusnya membuat
laporan keseluruhan.
Sijil, Hadiah dan - Menyediakan sijil dan
Cenderahati hadiah untuk para
pemenang ( tempat
pertama, kedua dan ketiga)
daripada setiap kategori
pertandingan.
- Melabelkan hadiah-hadiah.
- Menyediakan sijil untuk para
AJK.
Publisiti dan Buku Program - Menyediakan grafik banner
untuk pertandingan
Nyanyian Solo.
- Menyediakn buku program
yang ringkas untuk
pertandingan tersebut bagi
tujuan mengetahui
perjalanan pertandingan
yang dijalankan.
Pendaftaran dan - Menyemak senarai nama
Pengurusan peserta/murid serta boring BRP peserta
semasa pendaftaran.
- Berhubung dengan pihak
sekolah dalam penyertaan
atau permasalah yang
timbul.

Penyelaras Group Telegram - Menguruskan group dan


menyelenggara bahan yang
dihantar oleh pihak sekolah.
- Menyimpan dan
menguruskan semua video
penyertaan untuk dihakimi
oleh pihak penilai/hakim.

16.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, pertandingan yang dianjurkan bagi Peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Tatau/Sebauh yang dijalankan secara atas talian adalah bertujuan untuk memberi
perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik para murid, menanam semangat
nasionalisme dan patriotisme dalam jiwa para murid melalui medium seni suara. Selain itu,
pertandingan-pertandingan yang dijalankan juga akan dapat membantu mengasah bakat
murid dalam seni nyanyian, seterusnya menjadikan murid-murid sekolah di Daerah
Tatau/Sebauh berkembang secara seimbang dan menyeluruh seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh:

...........................................................
(ENCIK BRYAN ANAK KEROL)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Bukit Mawang, Sebauh.

LAMPIRAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

KEZIE BIN MAT USOP

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)

Sektor Pembangunan Murid

Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

BRYAN ANAK KEROL

PK Kokurikulum

SK Bukit Mawang

INDANG

PK Kokurikulum

SK Kuala Muput

You might also like