You are on page 1of 8

PERTANDINGAN ENSEMBLE REKODER &

GENDERANG
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA
TAHUN 2023

KELOLAAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

ANJURAN:
UNIT PEMBANGGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA
DENGAN KERJASAMA
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK DAERAH KINTA UTARA
PERTANDINGAN ENSEMBLE REKODER & GENDERANG SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2023

1. MATLAMAT

Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi


semua aspek dalam seni persembahan tradisional dan moden. Penglibatan
muridmurid dalam festival dan pertandingan- pertandingan yang diselaraskan ini
memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari
pelbagai bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2. RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada negara yang
boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada nilai seni
tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk memperbanyakkan
program wajib di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib MAKES dipelbagai peringkat;

2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat dan
potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:

TERAS 1: Seni Untuk Semua


1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaran seni dengan:
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah
berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid dalam
program kesenian;
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang
berasaskan seni persembahan; dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat


kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah
dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.2 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran pandemik
Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam seni
persembahan dalam kalangan murid KPM;
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.4 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen
Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.
PERTANDINGAN ENSEMBLE REKODER & GENDERANG SEKOLAH RENDAH

1. MOD PROGRAM

1.1 Pertandingan Peringkat Daerah.


1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat daerah melalui
pemilihan di peringkat kelompok.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah


(Tahun 4 – 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
2.2 Jumlah penyertaan setiap sekolah maksima melibatkan 15 orang sahaja:
10 - 13 orang - Peserta Murid (Termasuk Konduktor)
2 orang – Guru Pengiring/Jurulatih

3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM


PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan peserta secara bersemuka atau dengan penghantaran pautan


video mengikut ketetapan kelompok masing-masing.
3.2 Setiap kumpulan persembahan diwajibkan mempersembahkan SEBUAH
LAGU SAHAJA dan boleh dipersembahkan dalam bentuk medley;
3.3 Tema Lagu adalah BEBAS;
3.4 Lagu pilihan mestilah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang
DIHARAMKAN oleh pihak berkuasa Malaysia;
3.5 Setiap pasukan tidak dibenarkan menggunakan muzik iringan.
3.6 Setiap pasukan boleh menggunakan rekoder jenis soprano sahaja atau
semua jenis rekoder yang lain(sopranino, alto, tenor, bass) dan Alat
Genderang (minimum 2 alat genderang(tidak berpic) dan maksimum 4)
serta Perkusi badan tidak dibenarkan ketika membuat persembahan;
3.7 Diakhir persembahan, semua peserta hendaklah mengucapkan slogan
#SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru
dan masyarakat

.
4. MASA PERSEMBAHAN

4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 – 6


minit sahaja.
4.2 Ketua Juri berhak memotong markah jika sesebuah pasukan didapati
melanggar masa persembahan.

5. ETIKA PAKAIAN

5.1 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

6.1 PERALATAN

1. Peralatan melibatkan satu gabungan jenis-jenis rekoder dan alat


genderang(tidak berpic) mengikut kesesuaian dan kreativiti pasukan
masing-masing. Contohnya :

a. Soprano & Alat Genderang


b. Soprano, Tenor, Bass & Alat Genderang
c. Sopranino, Alto, Bass & Alat Genderang
d. Sopranino, Soprano & Alat Genderang
e. Sopranino, Soprano, Tenor, Bass & Alat Genderang

2. Peralatan tambahan dan perkusi badan : TIDAK DIBENARKAN

7. PEMARKAHAN

i. Keseluruhan - 100 markah

Harmoni - 15 markah
Imbangan - 15 markah
Ton/Intonasi - 15 markah
Interpretasi - 15 markah
Dinamik - 10 markah
Attack/Release - 10 markah
Tempo - 10 markah
Keseluruhan Persembahan - 5 markah
Kreativiti Video - 5 markah
8. KAEDAH PENJURIAN

8.1 Penyelarasan penjurian peringkat daerah akan dilaksanakan secara


DUA peringkat seperti berikut:
i) Pusingan SEPARUH AKHIR (Secara dalam talian / bersemuka )
melibatkan penilaian atau penjurian peringkat kelompok bagi
mewakili kelompok masing-masing.

ii) Pusingan AKHIR ( BERSEMUKA)


Melibatkan 20 kumpulan terbaik yang terpilih dari
penjurian/pemilihan pusingan separuh akhir yang telah
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada
SOP terkini Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang
dikeluarkan oleh KPM
.

9. PENGHAKIMAN

9.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan sekolah pengelola


selaku tuan rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat
dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian;

9.2 Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau bantahan


tidak akan dipertimbangkan.

10. HADIAH/SIJIL

10.1 Peringkat saringan kelompok


- Sijil penyertaan dan sijil pencapaian
10.2 Peringkat akhir
- Sijil penyertaan dan pencapaian serta trofi bagi pemenang
tempat pertama, kedua dan ketiga.
11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh akhir penyertaan peringkat kelompok : 6 hingga 9 Jun 2023


Penjurian peringkat kelompok : 12 hingga 16 Jun 2023
Pertandingan Akhir dan Majlis Penutup : 24 Jun 2023

12. KEPUTUSAN PERTANDINGAN


12.1 Setiap penyertaan persembahan kumpulan
akan dinilai berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan
oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur
12.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

13. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

MOHD ROSLAN BIN MOHD NOOR


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.
019-4624092 / roslan.mohdnoor@moe.gov.my

MOHAMAD FAIROS BIN ABDULL RAHMAN


Pegawai Teknikal Rekoder Kinta Utara.
SK Chepor, Chemor
017-5013699 / fairosrahman@gmail.com
LAMPIRAN B
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN ENSEMBLE REKODER & GENDERANG SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2023

ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. SEKOLAH

NAMA GURU PENGIRING 1

NO. TEL. BIMBIT

NAMA GURU PENGIRING 2

NO. TEL. BIMBIT

NAMA KONDUKTOR

KAUM JANTINA PERANAN


BIL. NAMA PESERTA NO. MYKID/KP M C I LL L P

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

DISAHKAN ( GURU BESAR)

____________________________

You might also like