You are on page 1of 11

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN TARIAN
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH

TAHUN 2020

TARIKH:

7 APRIL 2020

ANJURAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN

KELOLAAN:
SK SIBURAN BATU

1
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT PPD PADAWAN TAHUN 2020

1.0 MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan
peringkat sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-
asas seni tari;

2.2 Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang,
joget, asli, tarian etnik serta tarian rakyat dengan keunikan budaya
masyarakat di Malaysia;

2.3 Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni


budaya;

2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid


sekolah; dan

2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.

3.0 PERTANDINGAN

3.0 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH


RENDAH PERINGKAT PPD PADAWAN TAHUN 2020 (TARIAN
TRADISIONAL MELAYU DAN TARIAN RAKYAT/ ETNIK DI MALAYSIA
2020)

3.1 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah


mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak
luput ditelan zaman.

3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti murid dalam
seni tari tradisional dan tarian rakyat/etnik.

3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan


kebangsaan.

2
4.0 SYARAT PERYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid:

4.1.1 SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) sekolah kerajaan dan


bantuan kerajaan.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang
dan maksimum 12 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran.

4.4 Segala kos perbelanjaan (makan/minum/penginapan/pengangkutan) berkaitan


program adalah atas tanggungan peserta/pasukan sendiri.

4.5 Senarai nama dalam setiap pasukan hendaklah mendapat pengesahan daripada
sekolah masing-masing.

5.0 PENGISIAN PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan Tarian Sekolah Rendah

6.0 KONSEP

6.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori:


6.1.1 Kategori A:
PILIH SATU TARIAN TRADISIONAL MELAYU SAMA ADA ZAPIN/
JOGET/ INANG/ ASLI DAN BUKAN GERAK TARI
KONTEMPORARI/ KREASI BARU/ KREATIF.

6.1.2 Kategori B:
PILIH SATU TARIAN RAKYAT NEGERI ATAU SATU TARIAN
ETNIK DI MALAYSIA (sebaiknya Sarawak).

6.2 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan kedua-dua kategori tarian.


(satu tarian tradisional melayu dan satu tarian rakyat / etnik)
6.3 Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh jumlah
peserta/artis yang sama seperti yang telah didaftarkan.

3
6.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak
melebihi 6 minit.

6.5 Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak
melebihi 6 minit.

6.6 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama; dan

6.7 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan (kurang atau lebih 1 minit: markah akan ditolak
sebanyak 5 markah bagi setiap minit).

7.0 LAGU / MUZIK IRINGAN

7.1 Bagi Kategori A, lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri
daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu- lagu yang
mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.

7.2 Bagi Kategori B, lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri
daripada mana-mana lagu rakyat / etnik yang sedia ada.

7.3 Lagu atau muzik iringan hendaklah menggunakan PENDRIVE / CD


SAHAJA. (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan)

7.4 PENDRIVE / CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan


semasa sesi pendaftaran.

7.5 Penggunaan lagu atau muzik iringan melalui telefon bimbit/ tablet adalah
TIDAK dibenarkan.

7.6 Borang Penyertaan dan Sinopsis Tarian hendaklah disediakan dan


diserahkan kepada pihak urus setia semasa pendaftaran bersama dengan
salinan sijil lahir/kad pengenalan yang telah disahkan oleh guru besar
sekolah peserta. (Rujuk Lampiran 1 dan 2 )

8.0 PAKAIAN / AKSESORI /PROPS

8.1 Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.


8.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya

4
9.0 CARA PEMARKAHAN

Kategori A (Tarian Tradisional Melayu)

o Koreografi dan keaslian tari 30


o Koordinasi muzik dan gerakan 30
o Pecahan tari dan pola lantai 20
o Kesantunan dan keseragaman 10
o Busana dan tatarias 10
MARKAH PENUH 100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/ Etnik)

o Koreografi dan keaslian tari 30


o Koordinasi muzik dan gerakan 30
o Pecahan tari dan pola lantai 20
o Kesantunan dan keseragaman 10
o Busana dan tatarias 10
MARKAH PENUH 100

*Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.

5
10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Hakim adalah terdiri daripada Hakim atau guru-guru yang dilantik oleh PPD
PADAWAN semasa pertandingan ini berjalan.

10.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.


10.3 Sistem Penghakiman di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid,
PPD PADAWAN dan SEKOLAH pengelola.
10.4 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
10.5 Borang Penghakiman (rujuk Lampiran 3), Syarat Penghakiman dan Sistem
Pemarkahan Berkomputer (program) akan disediakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan diguna pakai oleh semua sekolah bertanding
di Peringkat Negeri dan Peringkat Daerah.

10.6 Bilangan Hakim :


a. Peringkat Daerah
Tiga (3) orang Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-
masing, bersama dengan seorang teknikal komputer (disedia oleh sekolah
pengelola). Hakim-hakim yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru
kebudayaan sekolah rendah/menengah yang berkelayakan atau salah seorang
yang bukan guru (JKKN /MSS/Freelance) yang berkelayakan dalam bidang
tarian (sekiranya perlu).

10.7 Ketua Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

10.8 Hakim-hakim yang dipilih mestilah hakim yang mempunyai integriti yang tinggi,
seorang penari, seorang perekatari, dan seorang yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam tarian.

10.9 Selepas pertandingan, Ketua Hakim mestilah memberi ulasan dan memperbaiki
kelemahan sekolah yang akan mewakili daerah masing-masing
10.10 Semua Hakim mestilah menyatakan kelemahan, kritikan secara membina dan
pujian mestilah ditulis di ruang Borang Penghakiman dan diserah kepada
sekolah yang mengambil bahagian selepas pertandingan.

10.11 Keputusan pertandingan mestilah telus dan


keputusan hakim adalah muktamad.

6
11.0 HADIAH
11.1 Hadiah Peringkat Daerah
i. Anugerah Emas : Sijil
ii. Anugerah Perak : Sijil
iii. Anugerah Gangsa : Sijil
: Sijil
iv. Sijil Penyertaan
: Sijil dan piala
v. Anugerah Koreografi terbaik Kategori A : Sijil dan piala
vi. Anugerah Koreografi terbaik Kategori B : Sijil dan piala
vii. Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Kategori A : Sijil dan piala
viii. Anugerah Busana dan Tatarias Terbaik Kategori B : Sijil dan piala
ix. Anugerah Khas Juri : Sijil dan piala
x. Anugerah sekolah Terbaik Keseluruhan : Sijil dan piala

11.2 Pencapaian pasukan akan dinilai berdasarkan kepada markah seperti berikut:
i. 85 hingga 100 : Sijil Anugerah Emas
ii. 70 hingga 84 : Sijil Anugerah Perak
iii. 50 hingga 69 : Sijil Anugerah Gangsa
iv. 1 hingga 49 : Sijil Penyertaan Sahaja

11.3 Sijil Anugerah Emas, Perak, Gangsa, Penyertaan dan piala akan disediakan
oleh pihak sekolah penganjur di Peringkat Daerah.

12.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat PPD Padawan Tahun 2020


dianjurkan oleh PPD Padawan di bawah kelolaan SK Siburan Batu.

12.1 Tarikh : 7 April 2020 (Selasa)


12.2 Tempat : Dewan SJK Chung Hua Siburan

13.0 HAL-HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan


pihak Jabatan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah
muktamad.

7
14.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat PPD Padawan


2020 diharapkan dapat memberi impak yang positif dan membina jati diri murid
yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Unit Pembangunan Bakat Murid


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Maklumat Tambahan*
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2020

1. Pemenang pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Daerah Padawan


Tahun 2020 akan mewakili negeri ke Pertandingan Tarian Sekolah Rendah
Peringkat Negeri 2020 yang akan berlangsung pada 21-23 April 2020 di Sarikei.

*Segala perubahan tertakhluk kepada keperluan semasa dan akan dimaklumkan


kemudian

8
Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN
Kategori Sekolah Rendah

Pejabat Pelajaran Daerah

Nama dan Alamat Sekolah

Nama Ketua Kontijen / Pengurus Pasukan

Nama Guru Pengiring 1.


2.

Tajuk Tarian
a.Kategori A : _______________________________________________________

b.Kategori B : _______________________________________________________

BUTIRAN PESERTA
Jantina
Bil Nama No. Kad Pengenalan
(L/P)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

9
Lampiran 2

SINOPSIS TARIAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH


Nama PPD

Nama Sekolah

No,Tel. / No. Fax

Tarian Kategori A
Tajuk Tarian

Tarian Kategori B
Tajuk Tarian

Sinopsis Tarian Kategori A

Sinopsis Tarian Kategori B

10
Lampiran 3
BORANG PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN TARIAN ANTARA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH PADAWAN
SARAWAK
2020
KUMPULAN /UNDI : …………………………… KATEGORI: Tradisional / Etnik
Markah yang
Bil Perkara Unjuran Markah
diperoleh
1 Koreografi dan keaslian tari 30
2 Koordinasi muzik dan gerakan 30
3 Pecahan tari dan pola lantai 20
4 Kesantunan dan keseragaman 10
5 Busana dan tatarias 10
MARKAH PENUH 100

ULASAN PIHAK HAKIM

BIL Perkara Ulasan


1 Koreografi dan keaslian tari

2 Koordinasi muzik dan gerakan

3 Pecahan tari dan pola lantai

4 Kesantunan dan keseragaman

5 Busana dan tatarias

11

You might also like