You are on page 1of 6

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH

PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2020

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai


pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah–sekolah terutama dalam keadaan
wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri


dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai
sosialisasi, estetika dan etika. Disamping sebagai pendorong yang
berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah
peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen
dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus


membina keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan,


merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah
berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir
tidak memerlukan perbelanjaan besar dari segi peralatan muzik dan
juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping
keperluan masa latihan yang agak singkat.

3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat


persembahan dan menikmati muzik ke arah pembentukan insan yang
mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

1
4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran


estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui
persembahan.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan
pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.

5. PELAKSANAAN

5.1 Dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah/gabungan, negeri dan


kebangsaan.

5.2 Terbuka kepada semua sekolah menengah kerajaan dan sekolah


menengah bantuan kerajaan sahaja.

6. JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed


voice choir) ATAU koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female
voice choir).

7. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

7.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SEKOLAH


MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

7.2 Jumlah penyertaan setiap negeri adalah 36 orang sahaja:

7.2.1 1 orang Ketua Kontingen/Pengurus Pasukan


7.2.2 2 orang Jurulatih. Guru Pengiring
7.2.3 1 orang Wakil Hakim.
7.2.4 25 - 32 orang murid sekolah menengah

7.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja


atau campuran;

7.4 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan

7.5 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak


melebihi
32 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik
2
iringan dan pembantu pemuzik)

8. LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah


lagu
ATAU sebuah lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama (Penuh) : Lagu Patriotik dalam


Bahasa
Melayu sahaja

8.1.2 Lagu Kedua : Lagu pilihan dalam


Bahasa
Melayu atau Bahasa
Inggeris
atau
Bahasa-bahasa lain
yang dapat mempamerkan
kepelbagaian
budaya dan integrasi kaum di
Malaysia

8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai


dalam
lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara
ini.

8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak


melebihi 10 minit.

8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau


polyphonic atau gabungan kedua-duanya.

(Homophonic : lapisan-lapisan suara bergerak secara ‘in-step’


antara satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara
sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).

8.6 Skor atau lirik lagu WAJIB diserahkan kepada pihak penganjur
semasa sesi pendaftaran.

9. MUZIK IRINGAN (ACCOMPANIMENT)

9.1 Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja


dibenarkan
termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-
accompaniment).

3
9.2 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ‘live’ oleh
seorang
pemuzik (pelajar atau guru).
(Sekolah boleh mengambil seorang guru/pengiring piano
luar sebagai pemain muzik)

9.3 Persembahan secara Acappella adalah dibenarkan.

10. PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah


bersesuaian dan sopan.

11. PEMARKAHAN

11.1 Harmoni : 30 markah

11.2 Kualiti Ton (Intonasi/Pic) : 20 markah

11.3 Sebutan : 15 markah

11.4 Tempo : 10 markah

11.5 Dinamik : 10 markah

11.4 Imbangan : 5 markah

11.5 Attack / Release : 5 markah

11.6 Ketrampilan : 5 markah

JUMLAH : 100 markah

12. HADIAH/ SIJIL

Pencapaian pasukan akan dinilai berdasarkan kepada markah seperti berikut:

i. 85 hingga 100 : Anugerah Emas


ii. 70 hingga 84 : Anugerah Perak
iii. 50 hingga 69 : Anugerah Gangsa
iv. 1 hingga 49 : Sijil Penyertaan Sahaja

13. PENGHAKIMAN
4
Sistem hakim akan dilakukan mengikut sistem juri. (Rujuk Lampiran)

14. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Tempat : 6 – 8 Ogos 2020

Tarikh pertandingan : Selangor

15. TENTATIF PELAKSANAAN

Pertandingan Koir Sekolah Menengah


Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

09.00 pagi : Pendaftaran

10.00 pagi : Aluan Pengacara Majlis

10.15 pagi : Pertandingan Bermula

12.30 tgh : Rehat/ Makan Petang

2.00 petang : Pertandingan diteruskan

3.00 petang : Ulasan Hakim

Majlis Penyampaian Hadiah

4.00 petang : Bersurai

* Tertakluk pada perubahan

5
CADANGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK (WAJIB)
PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2020

1. PUTRA PUTRI
2. PERAJURIT TANAH AIR
3. SI BAJU HIJAU
4. MALAYSIA TANAH AIRKU
5. BERJAYA
6. TANAH PUSAKA
7. BUMI MALAYSIA
8. NYALAKAN TEKAD
9. TANAHAIRKU
10. GEMILANG (JACK)
11. DIRGAHAYU TANAH AIRKU
12. KERANAMU
13. JALUR GEMILANG
14. BUNGA RAYA
15. PERWIRAKU
16. BAHTERA MERDEKA
17. SELAMAT PERGI PAHLAWANKU
18. SETANGKAI MAWAR
19. PERMAINYA BUMI MALAYSIA
20. BUDI BAHASA BUDAYA KITA
21. MALAYSIAKU TERBILANG

* Senarai ini adalah untuk rujukan saja, lagu-lagu patriotik lain juga
diterima.

You might also like