You are on page 1of 5

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH

TAHUN 2017
1 PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di
samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir
dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan
komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan
kental dalam diri.

2 LATAR BELAKANG

Koir, dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti


yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik.
Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi
peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping
keperluan masa latihan yang agak singkat.

3 MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan


menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi
seimbang, kreatif dan inovatif.

4 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.

5 PELAKSANAAN

5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah / Gabungan

5.1.2 Peringkat Negeri


5.1.3 Peringkat Kebangsaan

(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak


sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik
akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi).

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah menengah


bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi
pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-
pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk
satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.

6 JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice
choir) atau koir suara lelaki / perempuan sahaja (male / female voice choir).

7 AHLI PASUKAN KOIR

7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang
sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu
Pemuzik).

8 LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu atau sebuah
lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu


8.1.2 Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris SAHAJA

8.2 Sebuah daripada lagu (bukan lagu dalam medley) yang dipersembahkan
hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.
8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang
diharamkan oleh pihak berkuasa di negara ini.

8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8
minit.

8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau


gabungan keduanya.

(Homophonic : Lapisan-lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu


dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang
berlaku dalam polyphonic).
9 MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

9.1 Penggunaan piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment) atau gitar


secara live sebagai alat muzik iringan.

9.2 Penggunaan muzik iringan selain daripada yang tersebut di dalam perkara 9.1
adalah tidak dibenarkan.

9.3 Pemain muzik iringan hendaklah terdiri daripada seorang pelajar atau
seorang guru.

(Sekolah boleh mengambil guru dari sekolah lain sebagai pemain muzik)

9.4 Persembahan secara Acapella adalah dibenarkan.

10 PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian
dan sopan.

11 PERMARKAHAN

11.1 Harmoni : 40 markah

11.2 Dinamik : 30 markah

11.3 Intonasi
(Tone colour/pitching) : 20 markah

11.4 Imbangan : 20 markah

11.5 Attack/Release : 20 markah


(Tempo/Stabiliti)

11.6 Sebutan : 10 markah

11.7 Ketrampilan : 10 markah


BIL. NAMA LAGU

1. PUTRA-PUTRI
2. PERAJURIT TANAH AIR
3. SI BAJU HIJAU
4. MALAYSIA TANAH AIR KU
5. BERJAYA
6. TANAH PUSAKA
7. BUMI MALAYSIA
8. NYALAKAN TEKAD
9. BERSATU BERDISIPLIN
10. GEMILANG
11. DIRGAHAYU TANAH AIR KU
12. KERANA MU MALAYSIA
13. JALUR GEMILANG
14. BUNGA RAYA
15. PERWIRA
16. BAHTERA MERDEKA
17. SELAMAT PERGI PAHLAWAN KU
18. TANAH AIR KU
19. PERMAINYA BUMI MALAYSIA
20. Sebarang lagu patriotik terkini yang tidak diharamkan oleh kerajaan
BORANG PENGHAKIMAN

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH MENENGAH


TAHUN 2017

NO. KUMPULAN / GILIRAN PERSEMBAHAN : __________________

% % MARKAH
BIDANG PENILAIAN MARKAH DIPEROLEHI CATATAN
HARMONI
i. Ton yang jelas 40
ii. Register suara yang sesuai
DINAMIK & EKSPRESI
i. Dinamik 20
ii. Penghayatan mud lagu
iii.Interpretasi mengikut stail
INTONASI (tone colour / pitching)
i. Mengikut nada 10
ii. Mengikut melodi lagu (SATB)
IMBANGAN
i. Kejelasan melodi utama 10
ii. Imbangan antara lapisan
suara (BALANCING)
ATTACK / RELEASE
(Tempo / Stabiliti)
i. Keseragaman attacking
pada setiap permulaan 10
verse & frasa
ii. keseragaman breathing
point
iii. Harkat & Release (panjang
& pendek nilai not)
SEBUTAN & ARTIKULASI
i. Hafalan lirik lagu
ii. Vokal / Konsonan jelas 5
iii. Penggunaan alat resonansi
& register
iv. Perangkaian lagu (Frasa &
Teknik Pernafasan)
KETRAMPILAN
i. Pakaian
ii. Postur badan 5
iii. Keyakinan diri
iv. Hiasan diri (Make-up)

JUMLAH MARKAH 100

TANDATANGAN : _____________________________

NAMA HAKIM : _____________________________

TARIKH : _____________________________

You might also like