You are on page 1of 6

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PINDAAN 1 / 2021

ACARA : NASYID

1. Syarat Peserta/Kumpulan

1.1 Setiap sekolah/negeri dibenarkan menghantar DUA (2) kumpulan


nasyid yang terdiri daripada satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan
perempuan.

1.2 Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu


kumpulan jantina (lelaki atau perempuan) bagi setiap kumpulan yang
mengandungi 10 orang peserta sahaja (termasuk pemain muzik).

2. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid

2.1 Penyertaan Ciptaan lagu dan lirik adalah 2 buah lagu (sebuah lagu
Bahasa Arab dan sebuah lagu Bahasa Melayu).

2.2 Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang sama.

2.3 Lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan kumpulan.

2.4 Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur serta
Hak Cipta Terpelihara.

2.5 Sumbangan akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau
wakil yang dilantik sekiranya lagu dan lirik diterbitkan dalam apa jua
bentuk (melalui sesi perbincangan).

3. Borang Penyertaan Kumpulan

3.1 Setiap kumpulan hendaklah mengisi borang penyertaan Kumpulan


dengan lengkap dan disahkan oleh pegawai pendidikan negeri
masing-masing.

3.2 Borang penyertaan Peringkat Kebangsaan yang lengkap dan disahkan


hendaklah sampai kepada pihak urusetia sebelum atau pada tarikh yang
ditetapkan.

4. Tema Lagu Nasyid

Tema adalah mengikut tema Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan


tahun semasa.

5. Lagu

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.

5.2 Lagu pertama (Bahasa Arab) hendaklah ciptaan asal, bebas daripada
saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakamkan / dicetak atau
disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia dibenarkan

GARIS PANDUAN MIISMAM


32
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PINDAAN 1 / 2021

merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada tidak melebihi 30% sebagai
panduan dan rujukan.

5.3 Manakala lagu kedua (Bahasa Melayu) hendaklah ciptaan asal, bebas
daripada saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakamkan/ dicetak
atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia
dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada tidak melebihi
30% sebagai panduan dan rujukan.

5.4 Lagu yang disampaikan / hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional


yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba,
Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi
seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah . Ciri-ciri qasidah
adalah digalakan.

5.5 Rentak berunsur hardrock, heavy metal, jazz, rap, hip-hop dan R&B
yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

5.6 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh


dipotong markah.

5.7 Lagu yang pernah dipertandingkan pada mana-mana pertandingan


peringkat kebangsaan adalah dilarang.

5.8 Kumpulan nasyid lelaki dan perempuan setiap negeri adalah dilarang
mempersembahkan lagu yang sama .

6. Lirik

6.1 Lirik kedua-dua lagu tersebut hendaklah ciptaan baru dan asli serta
diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran.

6.2 Lirik bagi lagu yang pertama adalah Bahasa Arab dan bagi lagu kedua
adalah Bahasa Melayu.

6.3 Lirik Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.

6.4 Lirik lagu yang dicipta hendaklah menepati konsep tema Festival
Nasyid yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang
unggul seperti keimanan kepada Allah Ta’ala, kepatuhan kepada
ibubapa, berakhlak mulia, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air,
masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

6.5 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

6.6 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh


dipotong markah.

GARIS PANDUAN MIISMAM


33
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PINDAAN 1 / 2021

6.7 Lirik yang tidak menepati tema akan dipotong 10 markah.

7. Persembahan

7.1 Persembahan mula diadili selepas peserta memberi salam.

7.2 Persembahan pembukaan @ intro dan penutupan @ outro tidak


dibenarkan.

7.3 Hanya pergerakan yang bersesuaian dan tidak keterlaluan dibenarkan.


Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.

7.4 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik
seperti kompang, bongo, conga, darbuka, shaker, tamborine,
djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime.

7.5 Alatan muzik elektrik, elektronik, bertali, tiupan, gong, gamelan dan
Cajon tidak dibenarkan.

7.5 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live). Minus


one tidak dibenarkan sama sekali.

7.6 Setiap kumpulan tidak perlu memperkenalkan nama kumpulan,


nama/identiti setiap anggota kumpulan ketika di atas pentas.

7.8 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh


dipotong markah.

8. Pakaian

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

8.1 Lelaki :
8.1.1Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok
hitam) yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

8.2 Perempuan :

8.2.1 Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna serta berkasut.


Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

8.2.2 Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

8.2.3 Semua etika dan larangan yang terdapat dalam peraturan


berpakaian boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).

GARIS PANDUAN MIISMAM


34
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PINDAAN 1 / 2021

9. Masa

9.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan kedua-


dua buah lagu.

9.2 Masa persembahan akan dikira bermula daripada ketukan perkusi atau
nyanyian pertama apabila peserta berada di atas pentas dan dalam
keadaan bersedia.

9.3 5 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 12 minit yang
telah ditetapkan (borang catatan masa akan disediakan).

10. Pemarkahan

10.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian


iaitu:
i- Suara : 35 markah
ii- Lagu : 20 markah
iii- Lirik : 15 markah
iv- Persembahan : 15 markah
v. Muzik Iringan : 15 markah
Jumlah : 100 markah (Setiap satu lagu)

11. Penentuan Keputusan

11.1 Kumpulan Nasyid Terbaik

11.1.1Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan


sebagai Johan.

11.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan


diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

11.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan


dirujuk kepada :
Pertama : Suara
Kedua : Lagu
Ketiga : Lirik
Keempat : Persembahan
Kelima : Susunan Muzik

11.1.4Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan


membuat keputusan.

11.1.5Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

11.2 Ciptaan Lagu dan Lirik Terbaik / Suara dan Susunan Muzik Terbaik

11.2.1Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk


anugerah lagu terbaik dan anugerah lirik terbaik.

GARIS PANDUAN MIISMAM


35
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PINDAAN 1 / 2021

11.2.2Suara dan susunan muzik terbaik juga akan dinilai untuk


anugerah vokal terbaik dan anugerah susunan muzik terbaik.

12. Hadiah Pertandingan Nasyid

Peruntukkan hadiah dan pembahagian kategori yang menerima hadiah akan


ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Pelaksana.

13. Penghakiman Dan Pemarkahan

13.1 Bahagian Suara (35 Markah)


Penghakiman Suara diperuntukkan sebanyak 35 markah. Setiap lagu
dinilai dari aspek berikut:
i- Kualiti Ton ( 8 Markah )
ii- Ketepatan Pic, Nada, Tempo Dan Frasa ( 8 Markah )
iii- Sebutan ( 6 Markah )
iv- Dinamik ( 6 Markah )
v- Keseimbangan / Harmoni ( 7 Markah )

13.2 Bahagian Lagu (20 markah)


20 markah diperuntukkan bagi lagu yang disampaikan. Aspek yang
dinilai adalah:
i- Keaslian Lagu (Melodi) ( 4 markah )
ii- Irama Masri/Unsur-unsur irama padang Pasir dan Qasidah (5
markah)
iii- Bentuk tradisional ( 4 markah )
iv- Kesesuaian rentak ( 4 markah)
v- Disiplin Lagu/kreativiti ciptaan ( 3 markah)

13.3 Bahagian Lirik (15 markah)


15 markah diperuntukan bagi lirik lagu.Setiap lirik dinilai dari aspek
berikut :
i- Kesesuaian Mengikut Tema (Agama dan Pendidikan) ( 4 markah )
ii- Kejelasan mesej ( 4 markah )
iii- Kesinambungan isi ( 3 markah )
iv- Bahasa ( 4 markah )

15.4 Bahagian Gaya Dan Persembahan (15 markah)


15 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan. Setiap
persembahan dinilai dari aspek berikut:
i- Gaya dan penampilan : 5 markah
ii- Etika : 4 markah
iii- Ekspresi : 3 markah
iv- Keberkesanan persembahan : 3 markah

15.5 Bahagian Muzik Perkusi (15 markah)


15 markah diperuntukkan bagi muzik perkusi. Muzik perkusi dinilai dari
aspek berikut:
i- Susunan Muzik Perkusi : 8 markah
ii- Kesesuaian Muzik Perkusi dengan Lagu : 7 Markah

GARIS PANDUAN MIISMAM


36
This document was created with the Win2PDF “Print to PDF” printer available at
https://www.win2pdf.com
This version of Win2PDF 10 is for evaluation and non-commercial use only.
Visit https://www.win2pdf.com/trial/ for a 30 day trial license.
This page will not be added after purchasing Win2PDF.
https://www.win2pdf.com/purchase/

You might also like