You are on page 1of 9

Pertandingan Kalam Jamaie

Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia
(Peringkat Kebangsaan)

Disediakan Oleh:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
2019
1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Penyertaan :

1.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah


Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

1.1.2 Setiap kumpulan hanya terdiri daripada murid perempuan sahaja.

1.1.3 Setiap peserta adalah terdiri daripada warganegara Malaysia.

1.1.4 Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa


atau penjaga.

1.2 Pakaian Peserta :

1.2.1 Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat.


1.2.2 Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili
1.2.3 Baju kurung dan bertudung sempurna bagi murid yang beragama Islam.
Tiada paksaan pemakaian tudung bagi peserta bukan beragama
Islam.
1.2.4 Hiasan dan solekan adalah sederhana dan tidak melampau serta
bersesuaian dengsn peraturan dan garis panduan berpakaian yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2.5 Konduktor tidak dibenarkan memakai blazer.

1.3 Bilangan Peserta :

1.3.1 Bilangan peserta setiap kumpulan adalah 25 orang sahaja termasuk


seorang konduktor.

1.4 Tema dan Tajuk :

1.4.1 Setiap kumpulan bebas memilih tajuk berkisar tentang pendidikan dan
sukatan pelajaran bahasa arab sekolah rendah semasa, berdasarkan
salah satu tema yang telah ditetapkan seperti berikut :
‫اآلمال والمهن‬ 
‫المعالم في البالد‬ 
‫العلوم التكنولوجيا‬ 
‫في الملعب‬ 
‫في المدرسة‬ 
1.5 Undian Giliran :

1.5.1 Undian giliran kumpulan hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran


dan ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
1.5.2 Undian hendaklah dibuat oleh ketua kontijen atau wakil kumpulan.
1.5.3 Sekiranya ketua kontijen/ wakil tiada dalam proses pengundian dilakukan,
undian akan dibuat oleh jawatankuasa pertandingan.

1.6 Masa :

1.6.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membuat


persembahan.
1.6.2 Masa akan dikira apabila kalam bermula di atas pentas.
1.6.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 8 minit atau
melebihi 10 minit.

1.7 Bahasa :

1.7.1 Penggunaan bahasa arab fushah yang terang dan jelas serta makhraj
huruf yang betul.
1.7.2 Penggunaan dialek ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan.
1.7.3 Istilah khas bukan bahasa arab dibenarkan tidak melebihi 10 patah
perkataan.

1.8 Penyampaian :

1.8.1 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa persembahan.
1.8.2 Cara persembahan :
 Diketuai oleh seorang konduktor
 Kedudukan konduktor tidak membelakangi hakim.
 Konduktor tidak dibenarkan bersuaru sepanjang persembahan
 Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan.
 Penggunaan elemen keseniaan seperti nasyid/qasidah/ zikir/
selawat/syair hanya dibenarkan 3 kali sahaja dalam persembahan.
 Panjang setiap eleman tersebut tidak boleh mendominasi
keseluruhan persembahan.
 Memek muka dan intonasi suara yang baik.
 Pergerakkan sopan yang dibenarkan hanyalah daripada paras
pinggang ke atas.
- Kaki : tidak boleh diangkat atau dihentak tetapi boleh
dijengketkan tanpa mengubah kedudukkan.
- Lutut : tidak boleh dibengkokkan
- Badan : dibenarkan memusingkan badan ke kiri dan ke kanan
tanpa menggerakkan kaki atau tunduk melebihi rukuk.
- Tangan : bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala
(kecuali konduktor)
- Kepala : pergerakkan dibenarkan.

1.9. Skrip:

1.9.1. Skrip hendaklah ciptaan baru dan asli


1.9.2. Empat (4) salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urusetia
pertandingan semasa pertandingan.
1.9.3. Skrip akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian
isi tidak akan dinilai sekiranya skrip tidak diserahkan.
1.9.4. Skrip hendaklah bertaip komputer berdasarkan kriteria seperti berikut:
 Huruf “Traditional Arabic”
 Bersaiz 22
 Jarak langkau 2 baris (double spacing)
 Berbaris
 Muka depan hanya perlu dinyatakan tema, tajuk dan nama
kumpulan sahaja.
1.9.5. Isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik, kebudayaan
atau pun menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.
1.9.6. Tiada pengenalan kumpulan dalam skrip (nama sekolah, nama negeri
dan sebagainya).
1.9.7. Sumber rujukan skrip perlu dinyatakan. Contoh: Buku Teks Tahun .....
Tajuk “...............”
1.9.8. Setiap kumpulan perlu menyediakan paparan (slaid) terjemahan skrip
berdasarkan format berikut:
 Menggunakan PowerPoint.
 Dalam Bahasa Melayu.
 Jelas dan boleh dibaca.
1.9.9. “Softcopy” paparan terjemahan skrip tersebut hendaklah diserahkan
kepada urusetia pendafataran semasa proses pendaftaran.

1.10. Pembatalan penyertaan:


1.10.1. Pengerusi atau jawatankuasa pengelola pertandingan berhak
membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar
peraturan pertandingan.

1.11. Peralatan :
1.11.1. Kumpulan tidak dibenarkan menggunakan sebarang
peralatan sokongan semasa persembahan.
2. PENGHAKIMAN

2.1. Hakim-hakim terdiri daripada:


2.1.1. Ketua Hakim - Seorang
2.1.2. Hakim Suara - 2 orang
2.1.3. Hakim Persembahan - 2 orang
2.1.4. Hakim Isi - 2 orang
2.1.5. Hakim Bahasa - 2 orang
2.1.6. Hakim Masa / Penilai Konduktor - 2 orang

2.2. Pembahagian Markah:


2.2.1. Setiap kumpulan akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut:
a) Suara (30 markah)
 Intonasi dan tekanan sebutan.
 Lontaran suara yang jelas dan difahami.
 Keharmonian dan kesepaduan suara.
 Tempo yang bersesuaian.
 Ciri-ciri kesalahan dalam bidang suara adalah seperti berikut:

Bil. Ciri-ciri kesalahan Kadar Pemotongan Markah


1 Menyalahi tekanan sebutan Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
markah
2 Menyalahi intonasi Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
markah
3 Tempo yang laju / perlahan Dipotong 2 markah
4 Tidak seragam / harmoni Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
markah
5 Menjerit Dipotong 2 markah
6 Suara tersekat / serak Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
markah
7 Sumbang ketika menyampaikan Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
elemen kesenian (nyanyian, qasidah, markah
syair dan sebagainya)

b) Persembahan (30 markah)


 Disiplin peserta
 Persembahan yang meyakinkan
 Kelancaran
 Isyarat atau pergerakan tangan
 Mimik muka
 Pergerakan konduktor yang sesuai
 Ketepatan masa
 Kesopanan (pakaian dan pergerakan)
 Ciri – ciri kesalahan dalam bidang persembahan adalah
seperti berikut :

BIL. CIRI-CIRI KESALAHAN KADAR PEMOTONGAN MARKAH


1 Tidak berdisiplin Setiap satu jenis kesalahan dipotong
1 markah
2 Lupa / tersekat / teragak-agak Setiap satu jenis kesalahan dipotong
1 markah
3 Membaca skrip Setiap satu jenis kesalahan dipotong
1 markah
4 Pergerakan tidak seragam Setiap satu jenis kesalahan dipotong
1 markah
5 Mimik muka yang tidak sesuai Setiap satu jenis kesalahan dipotong
1 markah
6 Pakaian yang tidak menepati syarat Dipotong 1 markah
pertandingan
7 Pergerakan yang tidak menepati Setiap satu jenis kesalahan dipotong
syarat pertandingan 1 markah
8 Konduktor bersuara Dipotong 1 markah
9 Pergerakan konduktor yang kurang Dipotong 1 markah
sopan
10 Lebih masa / kurang 1 minit Dipotong 1 markah
11 Lebih masa / kurang 2 minit Dipotong 2 markah
12 Lebih masa/ kurang 3 minit dan Dipotong 3 markah
seterusnya

c) Isi ( 25 Markah )

 Isi bersesuaian dengan tajuk.


 Idea yang tersusun.
 Pengolahan isi yang baik.

d) BAHASA ( 15 Markah )

 Bahasa yang jelas dan mudah difahami.


 Dialek ammiyah tidak dibenarkan.
 Tatabahasa yang tepat.
 Gaya bahasa yang menarik.
 Ciri-ciri kesalahan dalam bahasa adalah seperti berikut :

BIL CIRI-CIRI KESALAHAN KADAR PEMOTONGAN MARKAH

1 Lahjah Melayu Setiap satu kesalahan dipotong 1


markah

2 Dialek ammiyah Setiap satu kesalahan dipotong 1


markah

3 Lahjah bahasa arab yang tidak tepat Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1
markah

4 Makhraj yang tidak tepat Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1


markah

5 Gaya bahasa ( uslub ) melayu Setiap satu kesalahan dipotong 1


markah

6 Penggunaan istilah khas melebihi 10 Setiap satu kesalahan dipotong 1


perkataan markah

7 Menyalahi tatabahasa Setiap satu jenis kesalahan dipotong 1


markah

2.2.2 Maksimum 2 markah akan dipotong bagi setiap kesalahan yang berulang.

2.2.3 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diishtiharkan sebagai johan
pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga.

2.2.4 Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan


dirujuk kepada markah suara, seterusnya markah persembahan dan jika masih
berlaku persamaan, dirujuk kepada markah isi dan seterusnya markah bahasa.

2.2.5 Sekiranya masih berlaku persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang
untuk menentukan pemenang.

2.2.6 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.


3. TUGAS-TUGAS JEMAAH HAKIM

3.1 Tugas Ketua Hakim :

Mengatur serta mentadbir cara penghakiman yang lengkap dan memastikan ia


dijalankan dengan amanah dan rahsia. Antara tugas-tugas yang akan dijalankan
adalah seperti berikut :

3.1.1 Mengawasi perjalanan dan proses penghakiman sepanjang pertandingan


dijalankan supaya berjalan dengan teratur dan lancar.

3.1.2 Mempengerusikan mesyuarat jemaah hakim mengenai butir-butir yang perlu


sebelum dan selepas pertandingan diadakan.

3.1.3 Memastikan tugas-tugas hakim mengikut bahagian-bahagian yang dihakimi.

3.1.4 Memastikan hakim pengganti bagi hakim yang tidak dapat hadir atau uzur.

3.1.5 Mengesahkan dan menandatangani borang penghakiman dan keputusan


pertandingan.

3.1.6 Memastikan juru kira bertugas untuk menjumlahkan markah-markah setiap


kumpulan dan seterusnya menyediakan keputusan pertandingan.

3.1.7 Memastikan penjaga masa dan juru kira markah menjalankan tugas dengan
sempurna.

3.2 Tugas Hakim Suara :

3.2.1 Keharmonian suara.

3.2.2 Kesesuaian nada, intonasi dan penyampaian yang berkeyakinan.

3.2.3 Suara yang terang dan jelas

3.3 Tugas Hakim Persembahan :

Hakim persembahan bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut :

3.3.1 Persembahan yang bersopan.

3.3.1 Segala isyarat dan pergerakan yang dibenarkan.

3.3.2 Tidak membaca skrip atau nota

3.3.4 Tidak berhenti separuh jalan seperti lupa, tersekat-sekat dan sebagainya.
3.4 Tugas Hakim Isi :

Hakim isi bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut :

3.4.1 Idea dan isi yang tersusun.

3.4.2 Pengolahan isi yang baik.

3.4.3 Kesesuaian isi dengan tajuk dan tema.

3.5 Tugas Hakim Bahasa :

Hakim bahasa bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut :

3.5.1 Menggunakan gaya bahasa yabg bersesuaian dengan dimensi persembahan.

3.5.2 Menggunakan tatabahasa yang betul.

3.5.3 Tidak menggunakan dialek ammiyah, sebutan arab hendaklah fasih.

3.5.4 Bahasa fushah.

3.6 Hakim Masa / Konduktor :

Hakim masa bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut :

3.6.1 Mencatat tempoh masa persembahan setiap pasukan

3.6.2 Menilai ciri-ciri konduktor terbaik.

Disediakan oleh :

Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam,

Bahagian Pendidikan Islam,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like