You are on page 1of 5

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN SELAWAT SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2023

1. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Penyertaan

1.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah-sekolah rendah atau

Menengah, sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.2 Setiap sekolah atau daerah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan

selawat yang mengandungi 8 orang bagi setiap kumpulan.

1.1.3 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid dari sekolah yang sama

sahaja.

1.1.4 Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja.

1.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada

lelaki atau perempuan.

1.1.6 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas di atas, boleh

dibatalkan penyertaannya.

1.2 Pengundian

1.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan sebelum atau pada hari pendaftaran

dilakukan.

1.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh wakil atau ketua kontijen kumpulan

selawat mengikut sekolah.

1.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa yang ditetapkan,

undian akan dilakukan oleh pihak urusetia pertandingan.

1.3 Borang Penyertaan

1.3.1 Setiap sekolah atau guru pengiring kumpulan selawat hendaklah menghantar

penyertaan melalui Google Form yang telah disediakan oleh pihak urusetia pertandingan.
1.3.2 Semasa mengisi google form, para guru pengiring mestilah cakna dan mengisi

maklumat dengan betul seperti:

I. Nama sekolah

II. Nama guru pengiring

III. No telefon guru pengiring

IV. Nama peserta

V. Nombor kad pengenalan/ IC peserta

VI. Lirik lagu selawat berbentuk pdf

1.4 Lagu

1.4.1 Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan satu lagu bertemakan selawat

1.5 Melodi/ Irama

1.5.1 Lagu boleh menggunakan melodi/ irama selawat sedia ada ciptaan baru yang

bersesuaian dengan lirik

1.6 Lirik Lagu

1.6.1 Lirik lagu hendaklah dalam bahasa Arab atau Bahasa Melayu dan bertemakan selawat

1.6.2 Lirik lagu mestilah mengandungi kalimah selawat atau diambil secara langsung

daripada kitab berzanji.

1.6.3 Skrip lirik lagu yang disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris hendaklah dilampirkan dengan terjemahannya.

1.6.4 Lirik lagu yang menyentuh isu-isu sensitif adalah tidak dibenarkan.

1.6.5 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan 2 salinan lirik lagu yang dipertandingkan

kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

1.6.6 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas dibatalkan penyertaannya.


1.7 Masa

1.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit (minimum) sehingga 7 minit (maksimum)

untuk menyampaikan persembahan

1.7.2 Markah akan dipotong sekiranya persembahan melebihi atau kurang dari masa yang

ditetapkan.

1.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula masuk ke dewan persembahan.

1.7.4 Masa tamat akan dikira apabila peserta pertama melangkah keluar dari dewan

persembahan.

1.8 Pakaian

1.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan

1.8.2 Pakaian Lelaki: Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin, bersongkok hitam dan

berkasut

1.8.3 Pakaian Wanita: Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut

lengkap

1.8.4 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan

1.9 Suara

1.9.1 Suara dan sebutan mestilah nyata dan jelas.

1.9.2 Suara yang tidak jelas dan sebutan yang tidak nyata akan dipotong markah

1.9.3 Sebutan yang berlainan dengan lirik yang diserahkan kepada pihak urusetia/ hakim

juga akan dipotong markah.


2. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

2.1 Bahagian Persembahan (25 markah)

2.1.1 Penghakiman pada bahagian persembahan berfokus kepada gaya dan corak

persembahan.

2.1.2 Aspek penghakiman;

I. Kreativiti 10m

II. Keseragaman, disiplin dan susun atur 5m

III. Pakaian 5m

IV. Ekspresi 5m

2.2 Bahagian Suara (25 markah)

2.2.1 Penghakiman pada bahagian suara berfokus pada suara dan sebutan.

2.2.2 Aspek penghakiman;

I. Kualiti suara 10m

II. Kesepaduan suara 5m

III. Keharmonian suara 5m

IV. Kejelasan dan kefasihan 10m

2.3 Bahagian Lagu (20 markah)

2.3.1 Penghakiman pada bahagian lagu berfokus pada lirik, seni kata dan irama lagu

2.3.2 Aspek penghakiman;

I. Gubahan lirik 8m

II. Gubahan irama 7m

III. Kesesuaian lirik dengan irama 5m

2.4 Penentuan Keputusan Pertandingan

2.4.1 Kumpulan yang memperoleh markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan dan

begitu juga seterusnya.


2.4.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan

merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut tuntutan;

I. Persembahan

II. Suara

III. Lagu

2.4.3 Sekiranya masih terdapat persamaan markah; jemaah hakim akan bersidang untuk

menentukan keputusan pertandingan.

2.4.5 Keputusan hakim adalah muktamad.

2.5 Bantahan

2.5.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi oleh guru pengiring kumpulan

selawat kepada Ketua Jemaah Hakim

2.5.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti

2.5.3 Bantahan mestilah sampai kepada Ketua Jemaah Hakim sebelum keputusan

diumumkan

2.5.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Ketua

Hakim; tidak akan dilayan

Disediakan oleh:

You might also like