You are on page 1of 6

Pertandingan Seni Khat

Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia
(Peringkat Kebangsaan)

Disediakan Oleh:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
2019
Peraturan:

1.1 Penyertaan

1.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

1.1.2 Setiap negeri diwakili oleh seorang peserta lelaki dan seorang
peserta perempuan (bagi kategori sekolah rendah dan sekolah
menengah).

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN

Sekolah Rendah 1 1

Sekolah Menengah 1 1

1.1.3 Setiap peserta hendaklah terdiri daripada warganegara


Malaysia.

1.1.4 Setiap peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis


daripada ibu bapa atau penjaga.

1.2 Pakaian peserta

1.2.1 Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat.

1.2.2 Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili.

1.3 Teks soalan pertandingan

1.3.1 Teks soalan pertandingan akan diedarkan dua minggu


sebelum tarikh pertandingan.

1.3.2 Teks soalan pertandingan peringkat sekolah rendah bersumberkan


sukatan pelajaran dalam buku teks (tahun 1 hingga 6).

1.3.3 Teks soalan peringkat sekolah menengah bersumberkan sukatan


pelajaran dalam buku teks (tingkatan 1 hingga 5).

1.3.4 Peserta dikehendaki menjawab satu soalan sahaja yang


ditentukan oleh jemaah hakim.
1.4 Masa

1.4.1 setiap peserta diberi masa selama dua jam tiga puluh minit
sahaja.

1.5 Peralatan

1.5.1 Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri


termasuk dakwat dan pen. Peserta tidak dibenarkan
meminjam sebarang peralatan daripada peserta lain semasa
pertandingan.

1.5.2 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis pen khat.


Dicadangkan peserta menggunakan mata pen bersaiz 5.0mm
untuk khat thuluth, 3.0mm untuk khat nasakh dan 2.0mm untuk
khat riqaah.

1.5.3 Teks hendaklah ditulis menggunakan dakwat. Penggunaan


pensel sebagai tulisan adalah dilarang, namun pensel boleh
digunakan sebagai lakaran.

1.5.4 Peserta boleh menggunakan dakwat berwarna hitam/biru sahaja.

1.5.5 Warna-warna lain boleh digunakan untuk awan larat yang


sederhana dan tidak menghilangkan tulisan khat (maksima tiga
warna sahaja).

1.5.6 Semua bahan bantuan seperti buku rujukan, catatan lakaran


siap, contoh zukhruf dan acuan corak tidak dibenarkan dibawa
ke dalam dewan semasa pertandingan. (Jangka Lukis dan
Pembaris dibenarkan).

1.5.7 Penganjur hanya menyediakan kertas jenis Art Paper 230gsm


bersaiz A3 untuk sekolah rendah dan bersaiz A2 untuk
sekolah menengah

2. Penghakiman

2.1 Jawatankuasa penghakiman terdiri daripada:

2.1.1 Ketua hakim


2.1.2 Hakim kaedah dan keaslian tulisan
2.1.3 Hakim susunan dan kreativiti
2.1.4 Hakim hiasan dan kekemasan
2.1.5 Pendaftar / jurukira
2.2 Jenis khat yang dipertandingkan

2.2.1 Peringkat sekolah rendah :


1. Nasakh
2. Riqaah

2.2.2 Peringkat sekolah menengah :


1. Thuluth
2. Nasakh
3. Riqaah
2.3 Pembahagian markah

2.3.1 Setiap peserta akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut:

1) Kaedah dan keaslian tulisan (50 markah)

- Teks yang ditulis hendaklah lengkap dan sempurna.


- Menepati kaedah khat mengikut jenisnya.
- Kekuatan huruf.
- Sambungan huruf yang betul.

2) Susunan dan kreativiti (30 markah)

- Susunan mengikut kesesuaian khat.


- Keseragaman huruf.
- Keseragaman kedudukan baris.

3) Hiasan dan kekemasan (20 markah)

- Motif zukhruf islamiah (hiasan tepi) sahaja.


- Kemahiran mengendalikan dakwat.
- Kertas yang bebas daripada dakwat yang berlebihan.

2.3.2 Setiap kesalahan akan dipotong 1 markah, maksimum 3 markah akan


dipotong bagi setiap kesalahan yang berulang.

2.3.3 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai


johan pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga. Sekiranya
berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan
dirujuk kepada markah kaedah, seterusnya susunan. Sekiranya
masih berlaku persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang
untuk menentukan pemenang.
2.3.4 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

3. Tugas-tugas jemaah hakim:

3.1 Tugas Ketua Hakim:

Mengatur serta mentadbir cara penghakiman yang lengkap dan


memastikan ia dijalankan dengan amanah dan rahsia. Antara
tugas-tugas yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

3.1.1 Mengawasi perjalanan dan proses penghakiman sepanjang


pertandingan dijalankan supaya berjalan dengan teratur
dan lancar.

3.1.2 Mempengerusikan mesyuarat jemaah hakim mengenai butir-


butir yang perlu sebelum dan selepas pertandingan diadakan.

3.1.3 Memastikan tugas-tugas hakim mengikut bahagian- bahagian


yang dihakimi.

3.1.4 Memastikan hakim pengganti bagi hakim yang tidak dapat hadir
atau uzur.

3.1.5 Mengesahkan dan menandatangani borang penghakiman dan


keputusan pertandingan.

3.1.6 Memastikan jurukira bertugas untuk menjumlahkan markah-


markah setiap kumpulan dan seterusnya menyediakan
keputusan pertandingan.

3.1.7 Memastikan penjaga masa dan jurukira markah menjalankan


tugas dengan sempurna.

3.2 Tugas Hakim Kaedah dan Keaslian Tulisan:

Hakim kaedah dan keaslian tulisan bertanggungjawab menghakimi


perkara-perkara berikut:

3.2.1 Teks yang ditulis hendaklah lengkap dan sempurna.

3.2.2 Menepati kaedah khat mengikut jenisnya.

3.2.3 Kekuatan huruf.

3.2.4 Sambungan huruf yang betul


3.3 Tugas Hakim Susunan dan Kreativiti:

Hakim Susunan dan kreativiti bertanggungjawab


menghakimi perkara-perkara berikut:

3.3.1 Susunan mengikut kesesuaian khat.

3.3.2 Keseragaman huruf.

3.3.3 Keseragaman kedudukan baris.

3.4 Tugas Hakim Hiasan dan Kekemasan:

Hakim hiasan dan kekemasan bertanggungjawab


menghakimi perkara-perkara berikut:

3.4.1 Motif zukhruf yang bersesuaian.

3.4.2 Kemahiran mengendalikan dakwat.

3.4.3 Kertas yang bebas daripada dakwat yang berlebihan.

Disediakan oleh :

Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam,


Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like