You are on page 1of 41

PELAKSANAAN MAJLIS PERUJIAN MEMBACA AL-QURAN

MURID-MURID
SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR PERINGKAT NEGERI
KALI KE -76
TAHUN 202 4
(BAGI ACARA IHTIFAL KAFA KEBANGSAAN)

DI SEDIAKAN OLEH :
UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
KANDUNGAN

1. Kertas Konsep

2. Syarat Penyertaan

2.1 Tilawah Al-Quran Putera &Puteri

2.2 Hafazan Putera & Puteri

2.3 Bercerita Kisah Al-Quran Putera & Puteri

2.4 Seni Khat (Putera & Puteri)

2.5 Nasyid (Putera & Puteri)

2.6 Tulisan Jawi (Putera & Puteri)


KERTAS KONSEP
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN BAGI MURID-MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024

1. TUJUAN

1.1 Kertas konsep ini disediakan untuk dijadikan garis panduan bagi mengadakan Majlis Tilawah Al-
Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Negeri Tahun 2024 bagi acara Ihtifal
Kafa Kebangsaan.

2. TEMPOH PELAKSANAAN

2.1 Bermula pada bulan Mac hingga Julai dimana merangkumi pertandingan dan pengadilan.

3. KAEDAH PELAKSANAAN

3.1 Acara

3.1.1 Tilawah Al-Quran Putera


3.1.2 Tilawah Al-Quran Puteri
3.1.3 Menghafaz Ayat Al-Quran Putera
3.1.4 Menghafaz Ayat Al-Quran Puteri
3.1.5 Bercerita Kisah Al-Quran Putera
3.1.6 Bercerita Kisah Al-Quran Puteri
3.1.7 Seni Khat Putera
3.1.8 Seni Khat Puteri
3.1.9 Nasyid Putera
3.1.10 Nasyid Puteri
3.1.11 Tulisan Jawi Putera
3.1.12 Tulisan Jawi Puteri

3.2 Calon

3.2.1 Wakil calon ditentukan oleh setiap daerah.

3.3 Pelaksanaan

3.3.1 Calon-calon akan bertanding pada 04 Julai 2024 di daerah Muar.


3.3.2 Taklimat kepada hakim dan peserta akan dilaksanakan pada 03 Julai 2024.
3.3.3 Acara akan dipertandingkan secara bersemuka.
3.3.4 Selesai sahaja pertandingan, maka majlis pengumuman pemenang dan
penyampaian hadiah akan dilaksanakan.
3.3.5 Calon yang menjadi Johan pada setiap kategori akan mewakili negeri Johor ke Ihtifal
Kafa Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada bulan Ogos.
3.3.6 Cabutan undi akan dilaksanakan sebulan sebelum majlis.
3.3.7 Peserta Johan tahun lepas bagi semua acara layak bertanding pada tahun ini.
ACARA : TILAWAH AL-QURAN

1. Pengundian

1.1 Senarai ayat tilawah akan diedarkan kepada setiap daerah sebulan sebelum
pertandingan.

1.2 Undian giliran akan ditentukan sebulan sebelum pertandingan.

2. Kaedah Pertandingan

2.1 Peserta akan membaca ayat selama 8 minit.

2.2 4 kali loceng atau buzzer akan dibunyikan:

2.2.1 Loceng / buzzer pertama menandakan pertandingan / bacaan dimulakan.

2.2.2 Loceng / buzzer kedua dibunyikan pada minit ke 7 menandakan peserta


mempunyai 1 minit sahaja untuk menamatkan bacaan.

2.2.3 Loceng / buzzer akan dibunyikan sebanyak 2 kali menandakan tamat masa
bacaan.

2.3 Markah akan dikira apabila peserta memulakan bacaan. Tiada markah selepas bunyi
loceng / buzzer terakhir.

2.4 Peserta tidak dibenarkan menukar ayat.

2.5 Peserta wajib menjaga bacaan dan adab membaca Al-Quran.

2.6 Peserta hendaklah berada di tempat pertandingan 10 minit sebelum acara dimulakan.

2.7 Peserta hendaklah dikuarantinkan bersendirian bersama peserta lain di dalam bilik
khas sebelum tiba giliran bacaan.

3. Penghakiman Tilawah Al-Quran

3.1 Hakim akan menghakimi bahagian yang ditetapkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim.

3.2 Markah keseluruhan adalah 100 markah. Bahagian yang dihakimi adalah seperti
berikut:

3.3.2 Bahagian Tajwid - 40 markah


Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut:- 
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
 Hukum Mim Sakinah
 Makhraj dan Sifat Huruf
 Hukum Mim dan Nun Saddah
 Hukum Ra’ dan Lam
 Hukum Sakhtah, Imalah Dan Ibdal
 Hukum Tajwid yang lain
 Riwayat Hafs Thoriq Asshatibi
 Hukum Mad Asli dan Fari’e

3.3.3 Bahagian Taranum & Lagu - 25 Markah


Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut:-
 Arab Masri yang muktabar sekurang-kurang 3 taranum tanpa
takrir.
 Setiap taranum hendaklah sempurna secara takrir.
 Sekurang-kurangnya 4 harakat tanpa takrir.
 Setiap tarannum hendaklah disempurnakan dalam 4 tabakat
rendah/sederhana/tinggi.
 Setiap tarannum hendaklah dijawab secara teratur dan tersusun tidak
bercampur aduk kecuali (‫ )وصلة املماثلة‬Setiap tarannum dan harkatnya
hendaklah mempunyai gaya kelembutan alunan yang mencacatkan
atau sumbang.

3.3.4 Bahagian Fasohah - 20 markah


Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut:- 
Cermat di dalam bacaan.
 Lancar sebutan huruf, lafaz dan ayat.
 Terpelihara segala baris dan Tashdid.
 Salah wakaf dan ibtida’
 Terpelihara susunan ayat
 Terpelihara dari bernafas di dalam bacaan.

3.3.5 Bahagian Suara - 15 markah


Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut:- 
Kebersihan suara
 Kelicinan suara
 Tabakat suara
 Ketepatan nada suara
 Kemanisan suara
 Ketepatan dan ketajaman suara
 Pengawalan kualiti suara

3.3 Potongan markah akan dibuat mengikut kesalahan dari setiap perkara yang dihakimi.

3.4 Tiada potongan markah bagi kesalahan berulang.

3.5 Jika terdapat persamaan markah, Pengerusi Jemaah Hakim akan merujuk kepada:

3.5.1 Bahagian Tajwid

3.5.2 Bahagian Taranum

3.5.3 Bahagian Fasohah

3.5.4 Bahagian Suara.


3.6 Sekiranya masih terdapat persamaan, Jemaah Hakim akan bersidang dan berbincang
bagi membuat keputusan.

3.7 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.


ACARA : HAFAZAN AL-QURAN

1. Pengundian

1.1 Peserta dikehendaki mendaftar diri 30 minit sebelum pertandingan dijalankan.

1.2 Undian bagi menentukan giliran bacaan akan diadakan sebulan sebelum
pertandingan dijalankan.

1.3 Setiap peserta akan memilih set soalan yang akan dibaca semasa
pertandingan.

2. Syarat Pertandingan

2.1 Peserta boleh membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan baik dan
fasih.

2.2 Peserta wajib menjaga bacaan dan adab membaca Al-Quran.

3. Kaedah Pertandingan

3.1 Semua peserta hendaklah berada di dalam bilik khas yang telah disediakan
sementara menunggu giliran.

3.2 Peserta akan membuat undian untuk menentukan surah dan ayat yang akan
dibaca.

3.3 Peserta dikehendaki membaca surah atau ayat sebagaimana yang diarahkan
oleh Juru Fateh.

3.4 Munabbih akan membantu 2 kali sahaja dan menamatkan ujian bacaan peserta
yang gagal meneruskan bacaan soalan tersebut.

3.5 Peserta hanya boleh meminta Juru Fateh mengulang soalan sekali sahaja.

3.6 Setiap peserta dikehendaki menghafaz ayat dari surah yang ditentukan.

3.7 Peserta dikehendaki menghafaz mengikut bacaan Tadwir sahaja.

3.8 Bentuk soalan adalah seperti berikut :


3.8.1 Bacaan awal surah.
3.8.2 Menyambung bacaan ayat.
3.8.3 Mengulang dan menyambung bacaan ayat.
4. Penghakiman Hafazan Al-Quran

4.1 Hakim akan menghakimi bahagian yang ditetapkan oleh Pengerusi


Jemaah Hakim.

4.2 Markah keseluruhan adalah 100 markah.

4.3 Bahagian yang dihakimi adalah:

4.3.1 Bahagian Hafaz dan Kelancaran - 50 markah.


• Perkara yang akan dihakimi adalah seperti
berikut:
• Bacaan berulang-ulang dipotong 1 markah.
• Bacaan terhenti-henti dipotong 1 markah.
• Bacaan teragak-agak dipotong 1 markah.
• Bacaan tertinggal atau tertambah satu huruf atau salah baris
dipotong 1 markah.
• Bacaan tertinggal atau tertambah satu kalimah dipotong 2
markah.
• Bacaan tersalah sambung dipotong 2 markah.
• Bacaan melangkau atau tersasul dipotong 2 markah.
• Bukan bacaan tadwir dipotong 1 markah.
• Gagal menghabiskan ayat atau surah yang ditentukan
hendaklah diperingatkan, setiap 10 saat dipotong 1 markah.
• Gagal membaca setiap soalan dipotong 10 markah.
• Bacaan tidak mengikut lahjah Arab dipotong 1 markah.

4.3.2 Bahagian Tajwid dan Fasohah - 40 markah.


• Markah akan dikira bagi peserta yang dapat membaca
secara hafaz ayat-ayat dari surah yang dipilih secara undian.
• Setiap kesalahan tajwid dan fasohah dipotong 1 markah.
• Setiap soalan yang gagal dibaca dipotong 8 markah.

4.3.3 Bahagian Suara dan Gaya Bacaan - 10 markah.


• Markah akan diberikan kepada peserta-peserta yang mempunyai
kemerduan suara, bersih dan licin, tenang dan
lantang.
• Markah akan diberi lebih kepada peserta yang dapat membaca
dengan suara yang amat merdu dan dapat menghidupkan rentak-
rentak suara.
4.4 Jika terdapat persamaan markah, Pengerusi Jemaah Hakim akan merujuk
kepada:

4.4.1 Markah Hafaz dan Lancar

4.4.2 Markah Tajwid dan Fasohah

4.4.3 Markah Suara dan Gaya Bacaan.

4.5 Sekiranya masih terdapat persamaan, Jemaah Hakim akan bersidang dan
berbincang bagi membuat keputusan pemenang.

4.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

5. Penghakiman

Ujian hafazan Al-Quran dikendalikan oleh satu jemaah hakim seramai 5 orang iaitu
Juru Fateh, Munabbih, Hakim Hafaz dan Lancar, Hakim Tajwid dan fasohah, Hakim
Suara dan Gaya dan Jemaah Hakim ini dibantu oleh seorang Penjaga Masa dan
seorang Jurukira.

5.1 Juru Fateh

5.1.1 Mempersilakan peserta mengambil undi satu sampul surat yang berisi
beberapa ayat dari surah yang telah disediakan.

5.1.2 Membuka sampul surat yang dipilih oleh peserta dan membacakan soalan
yang terdapat di dalam sampul tersebut.

5.2 Munabbih

5.2.1 Menegur peserta yang tersalah baca, sama ada baris, kalimah, ayat atau
terlangkau ayat.

5.2.2 Membaca sebahagian ayat kepada peserta yang terlupa atau raguragu.

5.2.3 Menamatkan bacaan peserta.

5.3 Hakim Hafaz dan Lancar

5.3.1 Hafaz
• Memastikan peserta menghafaz ayat-ayat daripada ayat
yang telah ditentukan.
• Mengawas dan menilai keseluruhan bacaan peserta dari
awal hingga akhir.
• Bacaan peserta mengikut qiraat Hafs secara Tadwir.
• Bacaan hendaklah mengikut lahjah Arab.

5.3.2 Lancar
• Bacaan tidak berulang, tidak terhenti-henti dan tidak teragak-
agak.

5.4 Hakim Tajwid dan Fasohah

5.4.1 Hakim Tajwid mengawasi dan menilai perkara-perkara berikut :-


• Sebutan makhraj huruf dan sifatnya. Menjaga hukum wakaf dan
ibtida’.
• Menjaga hukum tarqiq, tafkhim dan taghliz.
• Mad Asli, Mad Badal, Mad Iwad, Mad Silah Qasirah,
Mad Tamkin dan Mad Tabie’ tetap dengan panjang dua (2)
harakat.
• Mad Jaiz Munfasil dengan kadar panjang 2, 4, 5 harakat dengan
satu cara dipilih antara 3 wajah kecuali terdahulu Mad Wajib
Muttasil yang berhimpun dan berhampiran dengan Mad Wajib
Muttasil dalam ayat hendaklah sama
kadar panjangnya.
• Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dan Harfi begitu juga dengan Mad
Faraq, panjangnya 6 harakat.
• Mad Arid dibaca kadar panjang 2, 4 atau 6 harakat.
• Mad Silah Towilah dengan kadar 2, 4 atau 5 harakat.
• Tertentu dalam bacaan Tadwir mengikut riwayat Hafs.

5.5 Hakim Suara dan Gaya

5.5.1 Mengawasi dan menilai perkara-perkara berikut:-

• Kemanisan dan kelembutan suara.


• Suara bersih dan licin (tidak serak)
• Terang dan lantang.
• Suara tidak berubah dari awal hingga akhir.
• Gaya bacaan yang menarik.
.
ACARA : BERCERITA KISAH AL-QURAN

1 Syarat Pertandingan:

1.1 Undian giliran dilakukan sebulan sebelum pertandingan.

1.2 Peserta dilarang / tidak dibenarkan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan


dengan politik, sensitiviti agama lain, kebudayaan kaum-kaum lain,
keperibadian seseorang.

1.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan bahasa dan isyarat yang tidak sopan
dalam persembahan.

1.4 Peserta dilarang menampilkan gaya persembahan yang keterlaluan.

1.5 Setiap tajuk yang disampaikan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 isi


utama.

1.6 Setiap isi kandungan yang disampaikan perlu disokong dengan dalil daripada
Al-Quran dan hujah-hujah yang lain.

1.7 Setiap dalil tersebut perlu dinyatakan sumbernya.

1.8 Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan pertandingan. Peserta dilarang


menggunakan bahasa / dialek negeri atau daerah atau kaum.

2 Kaedah Pertandingan

2.1 Peserta hendaklah menyampaikan cerita tidak melebihi 8 minit.

2.2 4 kali loceng atau buzzer akan dibunyikan:

2.2.1 Loceng / buzzer pertama menandakan pertandingan dimulakan.

2.2.2 Loceng/ buzzer kedua dibunyikan pada minit ke 6 menandakan peserta


mempunyai 2 minit sahaja untuk menamatkan cerita.

2.2.3 Loceng/buzzer akan dibunyikan sebanyak 2 kali menandakan masa


tamat.

2.3 Tiada pengiraan markah selepas bunyi loceng / buzzer terakhir.


3 Cara Penyampaian

3.1 Penyampaian cerita yang menggunakan dialog, nas Al-Quran dibaca secara
taranum, bersyair atau bergurindam, berpantun, bersajak, bernasyid yang
menarik dan menepati ciri-cirinya akan diberi markah bonus.

3.2 Penyampaian cerita tidak dibenar menggunakan sebarang alat sokongan.

3.3 Tidak dibenarkan sebarang tunjuk ajar atau bantuan dalam bentuk isyarat
kepada peserta yang sedang bercerita.

4 Penghakiman

4.1 Hakim akan menghakimi bahagian yang ditetapkan oleh Ketua Hakim.

4.2 Markah keseluruhan adalah 100 markah. Bahagian yang dihakimi adalah
seperti berikut:
i. Bahagian Penyampaian - 40 markah
ii. Bahagian Isi - 30 Markah
iii. Bahagian Bahasa - 30 markah

4.3 Bahagian Penyampaian (40 markah)


Kelancaran
Kesesuaian nada dan gaya
Kesopanan
Meyakinkan
Markah istimewa

4.4 Bahagian Isi (30 Markah)


Isi
Huraian
Nas atau dalil
Markah Istimewa

4.5 Bahagian Bahasa (30 markah)


Bahasa yang baik
Markah istimewa

4.6 Potongan markah akan dibuat mengikut kesalahan dari setiap perkara yang
dihakimi.

4.7 Jika terdapat persamaan markah, Ketua Hakim akan merujuk kepada:
4.7.1 Bahagian Penyampaian
4.7.2 Bahagian Isi
4.7.3 Bahagian Bahasa
4.8 Sekiranya masih terdapat persamaan markah Jemaah Hakim akan bersidang
dan berbincang bagi membuat keputusan.

4.9 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.


ACARA : KHAT

1 Syarat Peserta

1.1 Setiap daerah hanya dibenarkan menghantar 2 orang wakil sahaja.

1.2 Peserta terdiri daripada 1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan.

2 Syarat Pertandingan

2.1 Jenis Khat / Tulisan

2.1.1 Khat Wajib (Thuluth)

2.1.2 Khat Pilihan (Nasakh, Raka'ah, Parsi, Diwani dan Kufi)

2.2 Peserta yang menulis selain dari jenis khat yang ditetapkan terkeluar dari
pertandingan dan tidak diadili.

2.3 Tulisan khat hendaklah berbaris.

3. Peralatan

3.1 Sebarang alat tulis khat dan dakwat hendaklah dibawa oleh peserta.

3.2 Kertas akan disediakan oleh urus setia pertandingan.

3.3 2 helai kertas (Art Paper, Saiz A3) sahaja akan dibekalkan kepada setiap
peserta pada permulaan pertandingan.

3.4 Hanya 2 kertas tambahan yang dibekalkan bagi kertas yang rosak, setelah
mencukupi, sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas ditanggung oleh
peserta sendiri.

3.5 Peserta tidak dibenarkan meminjam sebarang peralatan semasa pertandingan.

3.6 Alat tulis yang boleh digunakan adalah pen khat, batang resam, buluh dan
rotan.

3.7 Saiz mata alat tulis tidak kurang 2.0 mm.

3.8 Penggunaan blok dan acuan adalah dilarang.


13

4. Persembahan

4.1 Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan 2 hasil persembahan, tulisan


khat sahaja.

4.2 Persembahan adalah hasil rekaan dan kreativiti peserta sendiri.

4.3 Peserta dilarang meniru sewaktu pertandingan.

4.4 Persembahan tulisan khat tidak dibenar menggunakan pewarna tambahan


kecuali awan larat yang sederhana tidak menenggelamkan tulisan khat.

5. Masa

5.1 Setiap peserta diberi masa 2 jam untuk menulis.

5.2 Pertandingan akan berakhir sebaik sahaja masa yang telah ditetapkan tamat.

6. Pemarkahan

6.1 Pemarkahan Khat dibahagikan kepada 4 bahagian :


i. Tulisan : 50 markah
Hiasan &
ii. Kreativiti : 30 markah
Kebersihan &
iii. Kekemasan : 20 markah

7. Penghakiman

7.1 Aspek Tulisan


Betul semua perkataan yang ditulis.
Tidak bercampur dengan khat yang lain.
Menulis mengikut teks dan jenis khat yang telah ditentukan.

7.2 Aspek Hiasan / Kreativiti


Tulisan yang kemas dan boleh dibaca dengan baik.
Tiada lambang yang sensitif menyentuh mana-mana pihak.
Besar huruf (fonts) yang sesuai mengikut potongan ayat.

7.3 Aspek Kebersihan & Kekemasan


Menggunakan warna yang bersesuaian.
Bunga dan awan larat yang menarik dan bersesuaian.
8. Kesalahan

8.1 Tertinggal perkataan / huruf (dipotong 30 markah mandatori)

8.2 Tidak menepati jenis khat wajib yang disyaratkan dalam soalan pertama
(dipotong 50 markah).

8.3 Bagi setiap kesalahan dibawah akan dipotong satu markah dan tiada
pemotongan markah bagi kesalahan sama yang lebih dari dua kesalahan.
• Awan larat yang keterlaluan.
• Menggunakan warna yang pelbagai yang menenggelamkan tulisan.
• Tulisan khat tidak boleh dibaca.
• Awan larat merosakkan tulisan khat.
• Campuran dengan khat yang lain.

8.4 Bagi dua kesalahan dibawah penyertaan akan terbatal dan tidak diadili.
• Menulis teks yang tiada dalam pertandingan.
• Didapati meniru.

9. Penentuan Keputusan

9.1 Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

9.2 Peserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai Naib
Johan dan begitulah seterusnya.

9.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan


dirujuk kepada :
Pertama : Tulisan
Kedua : Hiasan / Kreativiti
Ketiga : Kekemasan & Kebersihan

9.4 Sekiranya masih sama. Jemaah Hakim akan bersidang dan membuat
keputusan berdasarkan juri hakim. Keputusan hakim adalah
MUKTAMAD.
‫خط ثلث (واجب)‬

‫َ ۡ َ ُ ۡ ََٰ‬
‫نس ُن م َِّم ُخل ِقَ‬ ‫ٱل‬
‫فلينظ ِر ِ‬

‫َ ۡ َ َّ َّ ُ َ َ َ َ ُ ّ َۡ‬
‫ٱلكرى‬
‫أويذكر فت فعه ِ‬

‫خط نسخ ‪ /‬رقعة ‪ /‬فريس ‪ /‬ديوين ‪ /‬کويف (ڤيلهين)‬

‫مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ‬

‫سنِ عِبَادَتِكَ‬
‫اَللَهُمَ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ َوشُكْرِكَ وَحُ ْ‬
ACARA : NASYID

1. Syarat Peserta / Kumpulan

1.1 Setiap daerah dibenarkan menghantar DUA (2) kumpulan nasyid yang terdiri
daripada satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan.

1.2 Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu kumpulan
jantina (lelaki atau perempuan) bagi setiap kumpulan yang mengandungi 10
orang peserta sahaja (termasuk pemain muzik).

2. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid

2.1 Penyertaan Ciptaan lagu dan lirik adalah 2 buah lagu (sebuah lagu Bahasa Arab
dan sebuah lagu Bahasa Melayu).

2.2 Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang sama.

2.3 Lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan kumpulan.

2.4 Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur serta Hak
Cipta Terpelihara.

3. Borang Penyertaan Kumpulan

3.1 Setiap kumpulan hendaklah mengisi borang penyertaan Kumpulan dengan


lengkap dan disahkan oleh PPID masing-masing.

3.2 Borang penyertaan peringkat negeri yang lengkap dan disahkan hendaklah
sampai kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

4. Tema Lagu Nasyid

Tema adalah mengikut tema Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun
1445 Hijriyah (Perpaduan Teras Maju Johor).

5. Lagu

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua (2) buah lagu.

5.2 Lagu pertama (Bahasa Arab) hendaklah ciptaan asal, bebas daripada saduran
/ ciplak / plagiat dan belum pernah dirakamkan / dicetak atau disiarkan untuk
sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu
yang sedia ada tidak melebihi 30% sebagai panduan dan rujukan.
5.3 Manakala lagu kedua (Bahasa Melayu) hendaklah ciptaan asal, bebas
daripada saduran/ciplak/plagiat dan belum pernah dirakamkan/ dicetak atau
disiarkan untuk sebarang siaran. Walaubagaimanapun ia dibenarkan merujuk
kepada lagu-lagu yang sedia ada tidak melebihi 30% sebagai panduan dan
rujukan.

5.4 Lagu yang disampaikan / hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang


mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz,
Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah,
Banjakah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakan.

5.5 Rentak berunsur hardrock, heavy metal, jazz, rap, hip-hop dan R&B yang
seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

5.6 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dipotong


markah.

5.7 Lagu yang pernah dipertandingkan pada mana-mana pertandingan peringkat


kebangsaan adalah dilarang.

5.8 Kumpulan nasyid lelaki dan perempuan setiap daerah adalah dilarang
mempersembahkan lagu yang sama .

6. Lirik

6.1 Lirik kedua-dua lagu tersebut hendaklah ciptaan baru dan asli serta diserahkan
kepada urus setia semasa pendaftaran.

6.2 Lirik bagi lagu yang pertama adalah Bahasa Arab dan bagi lagu kedua adalah
Bahasa Melayu.

6.3 Lirik Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.

6.4 Lirik lagu yang dicipta hendaklah menepati konsep tema Festival Nasyid yang
ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti
keimanan kepada Allah Ta’ala, kepatuhan kepada ibubapa, berakhlak mulia,
nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai
murni yang lain.

6.5 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

6.6 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dipotong


markah.

6.7 Lirik yang tidak menepati tema akan dipotong 10 markah.


7. Persembahan

7.1 Persembahan mula diadili selepas peserta memberi salam.

7.2 Persembahan pembukaan @ intro dan penutupan @ outro tidak dibenarkan.

7.3 Hanya pergerakan yang bersesuaian dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah
akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.

7.4 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik seperti
kompang, bongo, conga, darbuka, shaker, tamborine, djembe, cabasa,
gendang, maracas, rebana dan chime.

7.5 Alatan muzik elektrik, elektronik, bertali, tiupan, gong, gamelan dan Cajon tidak
dibenarkan.

7.5 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live). Minus one
tidak dibenarkan sama sekali.

7.6 Setiap kumpulan tidak perlu memperkenalkan nama kumpulan, nama/identiti


setiap anggota kumpulan ketika di atas pentas.

7.8 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dipotong


markah.

8. Pakaian

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

8.1 Lelaki :

8.1.1 Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok hitam)


yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.

8.2 Perempuan :

8.2.1 Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna serta berkasut. Sandal
atau selipar tidak dibenarkan.

8.2.2 Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

9. Masa

9.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan keduadua


buah lagu.
9.2 Masa persembahan akan dikira bermula daripada ketukan perkusi atau
nyanyian pertama apabila peserta berada di atas pentas dan dalam keadaan
bersedia.

9.3 5 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 12 minit yang telah
ditetapkan (borang catatan masa akan disediakan).

10. Pemarkahan

10.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:


i- Suara : 35 markah
ii- Lagu : 20 markah
iii- Lirik : 15 markah
iv- Persembahan : 15 markah
v. Muzik Iringan : 15 markah
Jumlah : 100 markah (Setiap satu lagu)

11. Penentuan Keputusan

11.1 Kumpulan Nasyid Terbaik

11.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai


Johan.

11.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan


diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

11.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk
kepada :
Pertama : Suara
Kedua : Lagu
Ketiga : Lirik
Keempat : Persembahan
Kelima : Susunan Muzik

11.1.4 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan membuat
keputusan.

11.1.5 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

11.2 Ciptaan Lagu dan Lirik Terbaik / Suara dan Susunan Muzik Terbaik

11.2.1Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk anugerah
lagu terbaik dan anugerah lirik terbaik.

11.2.2 Suara dan susunan muzik terbaik juga akan dinilai untuk anugerah vokal
terbaik dan anugerah susunan muzik terbaik.
12. Hadiah Pertandingan Nasyid

Peruntukkan hadiah dan pembahagian kategori yang menerima hadiah akan


ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13. Penghakiman Dan Pemarkahan

13.1 Bahagian Suara (35 Markah)


Penghakiman Suara diperuntukkan sebanyak 35 markah. Setiap lagu dinilai
dari aspek berikut:
i- Kualiti Ton ( 8 Markah )
ii- Ketepatan Pic, Nada, Tempo Dan Frasa ( 8 Markah )
iii- Sebutan ( 6 Markah )
iv- Dinamik ( 6 Markah )
v- Keseimbangan / Harmoni ( 7 Markah )

13.2 Bahagian Lagu (20 markah)


20 markah diperuntukkan bagi lagu yang disampaikan. Aspek yang dinilai
adalah:
i- Keaslian Lagu (Melodi) ( 4 markah )
ii- Irama Masri/Unsur-unsur irama padang Pasir dan Qasidah
(5 markah)
iii- Bentuk tradisional ( 4 markah )
iv- Kesesuaian rentak ( 4 markah)
v- Disiplin Lagu/kreativiti ciptaan ( 3 markah)

13.3 Bahagian Lirik (15 markah)


15 markah diperuntukan bagi lirik lagu.Setiap lirik dinilai dari aspek berikut :
i- Kesesuaian Mengikut Tema (Agama dan Pendidikan)
( 4 markah)
ii- Kejelasan mesej ( 4 markah ) iii-
Kesinambungan isi ( 3 markah) iv-
Bahasa ( 4 markah )

13.4 Bahagian Gaya Dan Persembahan (15 markah)


15 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan. Setiap
persembahan dinilai dari aspek berikut:
i- Gaya dan penampilan : 5 markah
ii- Etika : 4 markah
iii- Ekspresi : 3 markah
iv- Keberkesanan persembahan : 3 markah

13.5 Bahagian Muzik Perkusi (15 markah)


15 markah diperuntukkan bagi muzik perkusi. Muzik perkusi dinilai dari aspek
berikut:
i- Susunan Muzik Perkusi : 8 markah
ii- Kesesuaian Muzik Perkusi dengan Lagu : 7 Markah
14. Borang Penghakiman

14.1 Lampiran 5A - Bahagian Suara

14.2 Lampiran 5B - Bahagian Lagu

14.3 Lampiran 5C - Bahagian Lirik

14.4 Lampiran 5D - Bahagian Gaya Dan Persembahan

14.5 Lampiran 5E - Bahagian Muzik Perkusi


ACARA : TULISAN JAWI

1. Syarat-Syarat Peserta

1.1 Setiap daerah hanya di benarkan menghantar 2 orang wakil sahaja.

1.2 Peserta terdiri daripada 1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan.

2. Syarat-Syarat Pertandingan

2.1 Peserta perlu menulis berdasarkan teks di atas kertas yang disediakan.

2.2 Masa diperuntukkan sebanyak 60 minit (1 jam).

2.3 Penulisan mestilah jelas, kemas serta tersusun.

2.4 Penulisan jawi yang dikehendaki adalah yang menepati tulisan jawi Dewan
Bahasa & Pustaka (DBP).

2.5 Tidak boleh menggunakan mesin taip atau komputer.

3. Pemarkahan

3.1 Pemarkahan adalah seperti berikut:

3.1.1. Ejaan dan tulisan (60 markah)


a. Mengikut ejaan jawi DBP
b. Betul semua perkataan yang ditulis
c. Ejaan teratur, kemas dan tersusun

3.1.2. Kekemasan dan kebersihan (40 markah)


a. Tulisan yang kemas dan boleh dibaca
b. Bentuk huruf yang jelas dan sempurna
c. Tiada kesan tulisan yang dipadam
d. Tulisan yang jelas dan terang

4. Borang Penghakiman

4.1 Lampiran 6A - Bahagian Ejaan Dan Tulisan

4.2 Lampiran 6B - Bahagian Kekemasan Dan Kebersihan

You might also like