You are on page 1of 5

Laporan Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah

1.O PENDAHULUAN
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988 telah disusuli pengumuman
Menteri Pelajaran bahawa sebutan baku muladigunakan di sekolah. Yang tersirat dalam
pengumuman itu ialah hasratuntuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam
dalamsistem pendidikan negara, terutama dalam aspek sebutan baku di kalanganpelajar.Untuk
mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perludidedahkan kepada penggunaan
bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah senantiasa disediakan untuk
kalangan inimendampingi dan menguasai bahasa baku.
Maka, sebagai suatu langkah untuk menggalakkan pelaksanaan danpenggunaan bahasa baku ini,
Jabatan Pelajaran Negeri menganjurkanPertandingan Forum Remaja.

2.0 OBJEKTIF
Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasanapenggunaan bahasa Melayu
baku di kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku.
Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

3.0 PENGELOLAAN
Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah pengelola dengan kerjasaama Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.0 JENIS PERTANDINGAN


Sistem ‘kalah mati’

5.0 PENYERTAAN
5.1 Terbuka kepada murid sekolah menengah bantuan kerajaantingkatan 1 hingga 5 kecuali
MRSM.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN


a) adab (5 markah)
b) gaya perlakuan (5 markah)
c) tutur kata/kesantunan bahasa (5 markah)
d) memulakan perbincangan (5 markah)
e) mengawal perbincangan (5 markah)
f) menggulung perbincangan (5 markah)

6.9 Pengerusi mungkin mendapat banyak markah bagi aspek bahasa,penyampaian dan
pengendalian forum. Markah pengendalian forum untuk pengerusi ialah 30 markah.

6.10 Ahli forum juga diberi markah bagi aspek pengendalian forum kerana unsur adab, gaya
perlakuan dan kesantunan Bahasa Markah penuh yang boleh diberi kepada ahli forum ialah 15
markah.

6.11 Markah maksimum bagi setiap ahli forum untuk aspek bahasa, penyampaian dan
pengendalian forum ialah 95 markah, manakalamarkah maksimum bagi pengerusi pula ialah 110
markah.
6.12 Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat ada
peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya, markah maksimum yang boleh
dipotong ialah 5
markah daripada keseluruhan markah penyampaian.

6.13 Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan dibunyikan
sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat. Apa-apa yang disampaikan
oleh ahli
forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah.

6.14 Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan memberikan ruang
kepada ketua hakim untukmengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satusoalan
kepada pasukan yang bertanding pada peringkat negeri dankebangsaan. Masa tatkala ketua
hakim mengajukan soalan tidakakan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada
peserta bagi menjawab soalan tersebut.

6.15 Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukansecara bergilir-gilir kerana
jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan.
Jawapan yang memuaskan daripada setiap ahli forum diberikan 3 markah.Markah untuk
pengerusi pasukan ialah 1 markah. Markah penuh untuk pasukan ialah 10 markah. Loceng
amaran akan dibunyikansekali, 3 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat

6.16 Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan,pengerusi pasukan boleh
menangguhkan pertandingan selama 5minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil
tempat
yang dikosongkan.

6.17 Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar danmunasabah demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandinganpada satu-satu masa, misalnya apabila berlaku
putus bekalan elektrik, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.

6.18 Penilaian markah bagi pertandingan di peringkat negeri bolehdilaksanakan mengikut


pengkhususan atau secara keseluruhan,manakala di peringkat kebangsaan pula penilaian markah
adalah
mengikut pengkhususan.

6.19 Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga,pemenang sagu hati,
pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik diperingkat negeri dan kebangsaan akan ditentukan
dengan menggunakan sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan 4 oranghakim akan diambil
kira dan jika keputusannya seri barulah keputusan ketua hakim pula diambil kira.
7.0 Butiran Pertandingan
Tarikh: 23 April 2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat: SMK Kota Samarahan, Samarahan Sarawak.

8.0 Sasaran
Para peserta seramai 5 orang termasuk simpanan. Memastikan Sasaran Johan untuk pertandingan
Forum Remaja Piala TYT peringkat daerah Samarahan. Memastikan mendapat Pengerusi terbaik
dan panel terbaik.
a) Mohd. Danial Khan bin Badru Zaman Khan (4 Maliki)/ Pengerusi
b) Nurfatihah Syamimi binti Abdul Hadi (4 Syafie)/Panel
c) Hamidzha Aidzha Syahada binti Hamden (4 Syafie)/Panel
d) Qurratu ‘Aini binti Masli ( 4 Maliki )/Panel
e) Muhammad Azhar bin Jamil ( 4 Maliki)/Simpanan

9.0 Keputusan Pertandingan


Naib Johan Pertandingan Forum Remaja Piala TYT peringkat daerah Samarahan
Panel Terbaik dimenangi oleh Adik Hamidzha Aidzha Syahada binti Hamden ( 4 Syafie)

Laporan disediakan oleh

(ROZANA BINTI BESIRI)


Juru latih dan Guru pengiring
Pertandingan Forum Remaja Piala TYT 2019
Lampiran

Mendapat Naib Johan Forum Remaja Peringkat Daerah Panel Terbaik dimenangi oleh adik
Samarahan Hamidza Aidzha Syahada binti
Hamden

Semasa Pertandingan berlangsung


Semasa Pertandingan berlangsung

Semasa Pertandingan berlangsung

You might also like