You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BEYBLADE DUEL PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

Pertandingan Beyblade Duel di peringkat sekolah ini adalah yang julung kalinya
diadakan di Sekolah. Pertandingan ini adalah salah satu program kendalian Panitia
Pendidikan Jasmani dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Tujuan utama
pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat bersaing secara
sihat dalam kalangan murid.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan Beyblade.


2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang
dipertandingkan.
2.3 Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid.
2.4 Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan yang
diberikan.
2.5 Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video.
2.6 Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.

3. SASARAN

Murid Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2

4. TEMPAT

Kantin SK Sungai Tua Baharu

5. TARIKH/HARI

28 September 2019 / Sabtu


6. MASA

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

7. JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Raja Ashariah binti Raja Jaaffar
Pengerusi : Tuan Haji Aznam bin Mohamed
GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : En. Azmin bin Abdullah
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : En. Nazrul bin Ahmad Zaidi
GPK Kokurikulum
Penyelaras : En. Muhamad Faiz bin Khir
Pembantu Penyelaras : En. Abdul Malick bin Mohamed Hanipah
Setiausaha : En. Mazuan bin Che Mohamed
Bendahari : Cik Siti Najiyah Khalisah binti Mat Nor

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengadil : 5 orang pelajar Maahad Tahfiz Yaakubiah

Pendaftaran dan Pencatat : En. Abdul Malick bin Mohamed Hanipah


En. Faizal bin Idris

Pengurus Peserta : En. Ezaq farouk bin Adi Azman

Disiplin : En. Mohd hatta bin Deraman

Teknikal & Peralatan : En. Mohd Amir bin Abdul Rahim

Juru Gambar & : En. Muhamad Faiz bin Khir


Dokumentasi

Hadiah : Pn. Melati binti Hamzah


8. PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN

8.1 PENYERTAAN

8.1.1 Terbuka kepada semua murid.


8.1.2 Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa.
8.1.3 Terhad kepada 180 penyertaan terawal sahaja.
8.1.4 Peserta telah membayar yuran penyertaan. Setiap penyertaan dikenakan
yuran sebanyak RM 5.
8.1.5 Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik peserta.

8.2 PERLAWANAN

8.2.1 Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan yang telah diundi oleh
peserta semasa pendaftaran.
8.2.2 Setiap perlawanan berbentuk duel dan mempunyai 3 pusingan.
8.2.3 Perlawanan adalah secara kalah mati. Pemenang untuk setiap
perlawanan layak ke peringkat seterusnya.

8.3 PENGADILAN

8.3.1 Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil.


8.3.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.3.4 Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya:-
i) mengeluarkan beyblade pihak lawan daripada stadium atau
ii) bertahan paling lama atau
iii) berjaya memecahkan beyblade pihak lawan.

9. HADIAH

Juara Keseluruhan : Car Remote Control, beg sekolah


Naib Juara : Car Remote Control, beg sekolah
Tempat Ketiga : Car Remote Control, beg sekolah
Tempat Keempat : Car Remote Control, beg sekolah
Saguhati (ke-5 hingga 10) : Beg sekolah
10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN HARGA/UNIT JUMLAH

1 Car Remote Control (Johan) 1 unit RM 120.00 RM120.00

2 Car Remote Control (Naib Johan) 1 unit RM 90.00 RM90.00

3 Car Remote Control (Ketiga) 1 unit RM78.00 RM78.00

4 Car Remote Control (Keempat) 1 unit RM 55.00 RM55.00

5. Beg sekolah 10 unit - -

6. Stadium Beyblade 5 unit RM 7.00 RM 35.00

JUMLAH RM 378.00

SUMBER PENDAPATAN: SUMBANGAN PIBG SKSTB 2019

11. PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan.
Di samping itu, murid yang bertanding dapat bersaing secara sihat dan mengelakkan
ketagihan kepada permainan gadget yang kian membimbangkan semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MAZUAN BIN CHE MOHAMED) (MUHAMAD FAIZ BIN KHIR)


Setiusaha Sukan, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Disemak oleh, Disemak oleh,

(AZNAM BIN MOHAMED) (RAJA ASHARIAH BINTI RAJA JAAFFAR)


Penolong Kanan Kurikulum, Guru Besar

You might also like