You are on page 1of 4

P I B G PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT


MALURI,
JALAN BURUNG KASAWARI, TAMAN BUKIT MALURI,
52100 KEPONG, KUALA LUMPUR.
TEL : 03-62742666/03-62745489 FAX : 03-62745489

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL JOGATHON 2018


BILANGAN 3

Tarikh : 19 September 2018


Hari : Rabu
Masa : 8.45 Petang
Tempat : Bilik Bicara Ilmu , SK Taman Bukit Maluri

KEHADIRAN
Hadir : 6 ORANG

1. YM Tengku Razmi bin Tengku Othman Pengerusi Jawatankuasa


2. En Muhammad Saufi bin Basuki Naib Pengerusi Jawatankuasa
3. En Najib bin Jamri Penyelaras Karnival
4. Pn Wong Siew Chin Setiausaha Jawatankuasa
5. Cik Fatin Bahirah binti Shahabudin Naib Setiausaha Jawatankuasa
6. En Harbans Singh a/l Mikar Singh Ahli Jawatankuasa
7. Pn Neela a/p Muniandy Ahli Jawatankuasa
8. Pn Wasilah binti Mokhtar Ahli Jawatankuasa
9. En Azlan bin Kamarul Bahrain Ahli Jawatankuasa
10. Pn Zatul Iradah binti Yusof Ahli Jawatankuasa
11. En Sivadas Menasome Ahli Jawatankuasa

TURUT HADIR

1 Encik Mohamed Rasul Bin Sallehudin GPK Hal Ehwal Murid

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Aluan Pengerusi/ YDP


2. Perkara berbangkit
3. Perkara yang dibincang
4. Ucapan penangguhan

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Pengerusi (YDP) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang
dapat hadir ke mesyuarat kali keempat ahli jawatankuasa karnival jogathon 2018.

1.2. Beliau berharap guru-guru dan ibu bapa yang dapat bekerjsama menjayakan
karnival jogathon ini supaya dapat mengumpul dana bagi membiayai program
pembangunan akademik, sasiah dan kokurikulum murid seterusnya merapatkan
hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
2. Pekara berbangkit
2.1 Perkara 3.1
Kad Jogathon telah diberi kepada murid dan guru-guru pada 14 September 2018.
Publisiti perlu dibuat melalui group Whatsapp PIBG, laman web, Facebook,
Telegram dan VLE Frog sekolah.

2.2 Perkara 3.8


Carta pemungut tertinggi akan diletakkan di papan kenyataan PIBG di depan pintu
2. Maklumat pemungut tertinggi perlu di kemasikini di dalam group Whatsapp
PIBG, laman web, Facebook, Telegram dan VLE Frog sekolah.

2.3 Perkara 3.11


Ibu bapa bimbang akan Jogathon akan mempengaruhi PAT murid, mungkin
kehadiran akan kurang memuaskan. Bincang dengan Pn Sharifah supaya
tundakan PAT atau letakkan subjek bukan elektif ke hadapan.

2.4 Perkara 3.13


Kenal pasti adakah insurans Takaful memberi perlindungan kepada murid di
kawasan luar sekolah, terutamanya semasa aktiviti sekolah.

2.5 Perkara 3.15


Menurut En Rasul, YB Hannah Yeoh tidak dapat menghadir pada hari Jogathon.
En Azlan cuba jemput sekali lagi, sekurang-kurangnya dapatkan wakil daripada
pihak YB Hannah Yeoh. Setiausaha sediakan surat.

2.6 Perkara 3.17


Terdapat tambahan kos semasa membuat Kad Kutipan Jogathon – En Rasul.

3. Perkara yang dibincangkan

3.1 Senarai AJK perlu disusun balik mengikut tenaga ibu bapa dan guru yang ada.
Menyenaraikan tugas bagi setiap AJK.

3.2 En Najib sila berhubung dengan pihak polis dan rela untuk mendapatkan bantuan
daripada mereka. – buat tempahan awal

3.3 En Harbans telah menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan ambulans


dengan harga RM 350. En Muhammad Saufi cuba dapatkan ambulans dengan
harga yang lebih rendah.

3.4 Rancang untuk menyediakan water station sepanjang trek jogathon. – air mineral
sea master 250ml.

3.5 Ganjaran untuk murid-murid yang mencapai kutipan sebanyak RM200 telah
ditukarkan kepada beg Decathlon.

3.6 Setiap checkpoint akan diberi satu button badge, sijil penamat akan diberi kepada
pelari pada garis tamat.

3.7 Pelari boleh sendiri mencetak sijil penyertaan – pihak sekolah akan memberi link
pdf yang disediakan oleh KPM.

3.8 Hadiah akan disediakan bergantung kepada jumlah kutipan yang telah dibuat.
3.9 Hadiah untuk guru – 3 buah
Pertama – RM 250
Kedua – RM 150
Ketiga – RM 100

3.10AJK sila memberi maklumat syarikat kepada setiausaha supaya dapat


menyediakan surat minta sumbangan. Surat minta sumbangan boleh diubahsuai
mengikut permintaan.

3.11 Jika syarikat dapat membuat sumbangan sebelum 5 Oktober 2018, maka logo
syarikat akan diletakkan di dalam banner Karnival Jogathon. – tambah logo
syarikat yang memberi sumbangan di bawah carta pemungut tertinggi.

3.12Pendaftaran dibuka kepada murid SKTBM, ahli keluarga murid SKTBM dan wakil
dari syarikat yang memberi sumbangan.

3.13Larian diadakan dalam 3 peringkat, larian dewasa, larian tahap 1 dan larian tahap
2.

3.14Setiausaha menyediakan borang dan surat maklum balas untuk mengenal pasti
bilangan pelari pada 13 Oktober 2018.

3.15Memberi motivasi kepada murid untuk menyertai Karnival Jogathon dengan


markah kokurikulum dan sijil penyertaan.

3.16Pn Nurul Fatimah untuk sediakan count down Karnival Jogathon seperti Hari
Sukan yang lepas dan masukkan dalam Facebook sekolah.

3.17Setiausaha sediakan surat sunbangan sertakan dengan kad kutipan jogathon


untuk semua sekolah di WPKL. Minta tolong kerani untuk hantar ke jabatan dan
masukkan ke dalam pegion hole sekolah.

3.18Pada hari Jogathon akan disediakan tempat untuk membuat sumbangan, wang
dan air.

3.19Pihak kantin akan buka untuk berniaga pada 13 Oktober 2018. Pihak kantin akan
sediakan makanan sarapan pagi untuk 70 orang AJK. Sebagai balasan, pihak
sekolah akan menyediakan surat sumbangan dan sijil penghargaan kepada pihak
kantin.

4. Ucapan penangguhan
4.1 Pengerusi jawatankuasa berharap semoga segala perancangan dapat berjalan
dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 petang.

Minit mesyuarat dicadangkan untuk :

Disahkan oleh : ………………………………………….

Disokong oleh : ………………………………………….

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.......................................... .............................................
(Wong Siew Chin) (Tengku Razmi bin Tengku Othman)
SU Karnival Jogathon 2018 Pengerusi Karnival Jogathon 2018
SK Taman Bukit Maluri. SK Taman Bukit Maluri.

You might also like